PHOTOJOURNALIST ( FOTO KEWARTAWANAN )

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan salam Perjuangan Salam kejayaan

presiden1

3-naib1

1.Pada kali ini saya ingin berkongsi maklumat berhubung Foto Kewartawanan yang menjadi nadi dan memperkenalkan sesebuah daerah,parlimen,negeri,negara mahupun imej pemimpin,peniagaan,isu semasa dunia,peperangan,kemanusiaan dan lain-lain.

2.Fotografi (Photography) merupakan satu proses rakaman imej dengan kaedah merakamkan cahaya ke atas media atau bahan yang sensitive kepada cahaya (light-sensitive material),seperti filem atau sensor.

3.Corak cahaya yang dikeluarkan atau dipantulkan oleh objek-objek akan melalui sesebuah lensa dan dirakamkan pada filem atau sensor dengan menggunakan kamera.

 foto17foto19foto20

4.Wartawan (Journalist) adalah seorang yang mengambil berat tentang ketamadunan manusia dan dunia. Seorang wartawan melaporkan kepada dunia apa yang berlaku di satu-satu kawasan dan satu-satu ketika, atau dengan kata lain wartawan ialah Pelapor Peristiwa.

5.Penulis seorang wartawan berkeupayaan membuat pembaca memahami subjek yang dilaporkan, hanya dengan penggunaan perkataan dan tatabahasa.

 

zahidshafieagung51

6.Seorang wartawan mampu menceritakan, bahkan mempengaruhi pemikiran pembaca tentang apa yang dilaporkan contohnya berkenaan krisis bekalan makanan. Namun, kekuatan mesej yang cuba disampaikan oleh wartawan akan bertambah kukuh dengan sokongan foto.

foto3foto5foto4foto8foto7padam-l3foto2foto9

7.“Photojournalism” mampu membuat pembaca lebih memahami apa disampaikan oleh wartawan dengan melihat foto sesuatu peristiwa yang ditulis.

8.Seorang “photojournalist” adalah wartawan yang melaporkan peristiwa atau fakta dengan bantuan foto (visual).Saya ingin menjelaskan dari sudut Wikipedia, “photojournalism” perlu mengandungi perkara-perkara berikut;

a.Susurmasa (Timeliness); gambar yang disiarkan berkait dengan kesinambungan peristiwa.

b.Tujuan (Objectivity);situasi yang digambarkan mestilah tepat, benar, shahih dan menjurus kepada peristiwa yang diceritakan/dilaporkan.

c.Penulis (Narrative); gambar-gambar kewartawanan bila dipadankan dengan penulisan atau sebarang bentuk penyampaian akan member lebih pemahaman kepada para pembaca berkenaan peristiwa atau berita yang disampaikan.

 

 

 big_sabah_mtkinabalufoto15hajidunia

“Photographer vs Photojournalist”

1.Jurufoto (Photographer); merakamkan gambar berkenaan “nouns” (kata nama) iaitu manusia,haiwan,benda, barang-barang atau tempat.

2.Wartawan Foto (Photojournalist); merakamkan gambar berkenaan “verbs” (kata kerja/perbuatan) seperti meletup,pergaduhan,ketawa,menangis atau dengan kata lain “photojournalist” merakamkan peristiwa atau berita.

3.Kadangkala “photojournalist” merakamkan “kata nama” juga, tetapi kata nama/benda yang dirakamkan MESTI menceritakan sesuatu peristiwa.

foto16foto11foto23agung101

Etika “Photojournalist”

a.Photojournalist mesti jujur ketika membuat liputan berita dan tidak memutarbelitkan fakta.

b.Gambar yang diambil tidak palsu (pose) tidak diubah secara digital atau tidak dimanupulasi.

c.Mesti menyampaikan maksud sebenar peristiwa atau berita. Sifat berita dengan 5w 1H ( Who? What? When? Where? Why? & How?) diguna pakai dalam merakam foto-foto kewartawanan. “5W 1H” juga digunakan di dalam membuat penjelasan (caption/Cutline) ke atas gambar yang diambil.

Kategori “Photojournalist”

a.Berita (News)

b.Feature

c.Dokumentari / cerita bergambar (Documentary / Picture Stories).

Beberapa Panduan Merakam “Photojournalist”

Rakaman di majlis-majlis resmi.

Photojournalist akan melibatkan majlis pemimpin dan pembesar Negara.Rakaman yang dilaksanakan akan mengambil berat tentang bagaimana majlis tersebut berlangsung. Perlu diambil perhatian rakaman bagaimana pemimpin berucap dengan menampakkan khalayak hadirin mendengar ucapan pemimpin tersebut. Rakaman perlu dilakukan ketika suasana majlis itu berlangsung. Sebagai contoh pemimpin Yang Berhormat memalu gong,memotong reben,menepung tawar,menyampaikan sumbangan atau hadiah. Adalah menjadi “trend” masakini, photojournalist suka merakam apa yang dilakukan oleh pemimpin dan tetamu majlis resmi tersebut. Contohnya, bersalaman dengan anak-anak yatim, warga emas atau merasai makanan yang dimapirkan.

 

 

 

Rakaman peristiwa atau kejadian

Merakam gambar dalam kategori perlu menumpukan pada subjek yang hendak diberitakan. Biasanya merakam foto sebegini harus melahirkan “mood” peristiwa tersebut. Contoh suasana kemalangan atau kebakaran. Kita pastikan memaparkan suasana kelam kabut di lokasi.

Rakaman arena sukan

Merakam aksi di arena sukan “photojournalist” mesti mengetahui sedikit sebanyak undang-undang sukan yang dirakam. Kawasan yang mana perlu dihindari agar ahli sukan tidak terganggu. Biasanya penggunaan “flash” adalah dilarang.

Penggunaan lensa telephoto atau lensa zooms antara 200 – 500 mm membolehkan segala pergerakan atlit boleh dirakamkan dengan berbagai aksi.

Tips dan teknik mengambil gambar

Berikut adalah tips-tips asas/umum untuk mengambil gambar ;

1.       Fahami dan sayangi kamera anda.

2.       Banyak melihat gambar jurufoto professional.

3.       Bayangkan (visualize) gambar yang anda inginkan.

4.       “Compose” sebaik mungkin.

5.       Rajin mengambil gambar – “photo outing”, lakukan ujikaji.

6.       Gunakan aksesori yang bersesuaian untuk mengambil gambar, seperti ; tripod, flash & filter.

7.       Cetak gambar-gambar anda.

8.       Sertai komuniti jurufoto.

Tips tambahan ;

a.Fahami dan peka dengan cahaya

b. Untuk mengambil gambar manusia ataupun gambar haiwan-dapatkan “eye contact” dan “eye level” subjek.

c.Dekati dan fahami subjek anda

d.”Be a picture director” bila berkesempatan.

 

 

 

 

 gaza81km12

Asas-asas komposisi

Mengambil gambar adalah sama seperti melukis, bezanya jurufoto melukis menggunakan cahaya. Namun asas-asas komposisi lukisan digunakan untuk menghasilkan gambar yang baik,cantik,menarik dan seimbang. Komposisi adalah kaedah susun letak elemen-elemen di dalam gambar.

Berikut adalah asas-asas komposisi ;

.”Simplicity”

.Titik tarikan (point of interest)

.”Rule of Thirds”

.Garisan & Lengkungan (Lines & Curves )

.Corak dan bentuk (Pattern & Shape)

.Bingkai (Framing)

.Bebayang (Shadow)

.”Reflection”

Bagaimana memasarkan gambar-gambar “Photojournalist”?

Melalui akhbar atau majalah-majalah media memerlukan gambar yang boleh menjadi “Skop” untuk melariskan jualan mereka atau tajaan iklan. Walaupun kita bukan petugas media tersebut masih boleh menyumbang bahan-bahan berita bersama dengan gambar yang dirakam.

Contoh, seorang guru boleh mengirimkan berita atau rencana berserta gambar mengenai kegiatan sekolah untuk dimuatkan dalam halaman pendidikan.

Kita boleh memohon untuk menjadi “stringer” (pemberita sambilan) untuk mewakili agensi berita tersebut. Ada ketikanya “stringer” lebih awal tiba sebelum wakil tetap agensi berita itu tiba untuk liputan lanjut.

Gambar-gambar “photojournalist” boleh dijual kepada agensi-agensi berita antarabangsa seperti Reuters, getty Image dan sebagainya.

Dunia kewartawanan sememangnya amat menarik,mencabar dan memerlukan semangat dan minat mendalam, ilmu  bagi menghasilkan berita berkualiti.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wartawan-wartawan di Parlimen Silam,RTM Tawau,Sabah,dan RTM Malaysia,walau dimana berada yang bertungkus lumus menghasilkan foto menarik bagi paparan dimuka depan akhbar mahupun blog-blog dunia tanpa sempadan teknologi canggih.

Syabas,syabas,syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas

 

Sekian, terima kasih

 

Kempimpinan Berteraskan Modal Insan

 

 

YANG BERHORMAT KOLONEL TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN UPF

 

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: