HARI KESIHATAN SEDUNIA DI HOSPITAL LAHAD DATU PERINGKAT NEGERI SABAH “Pastikan hospital dan fasiliti kesihatan selamat dan mampu menyelamatkan nyawa semasa krisis” (Save lives. Make hospitals safe in emergencies).Perasmi YB. HJ. SALLEH HJ KALBI, P188 SILAM

DSC01327ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN

Sihat adalah nikmat yang amat berharga dan sangat-sangat diharapkan oleh setiap orang. Tiada seorang pun mahu terkena sakit, malahan setiap orang meminta ia dijauhkan daripada sakit kerana sakit boleh menyebabkan seseorang tidak boleh berbuat apa-apa. Agama Islam juga memerintahkan umatnya supaya berusaha dan berubat apabila ditimpa penyakit, bukan membiarkannya dan hanya berserah kepada takdir semata-mata.

sebagaimana hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wataala berbanding seorang mukmin yang lemah. Dan dalam semua perkara kebaikan, rebutlah mana-mana yang mendatangkan manfaat kepadamu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu merasa lemah.”

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (B. Inggeris: World Health Organisation WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.

Peranan

Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahun-tahun yang akan datang.

WHO juga menaja kempen menggalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kempen antirokok.

WHO menjalankan penyelidikan sama ada medan elektromagnetik di sekeliling telefon bimbit membahayakan kesihatan. Kadang-kala, laporan WHO menimbulkan kontroversi. Pada April 2003, ia mengesyorkan supaya gula yang dimakan patut kurang daripada 10% daripada makanan keseluruhan. Hal ini menimbulkan kemarahan industri gula.

WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia.

Ia juga boleh dikatakan bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs) yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun untuk memperingati penubuhan WHO. Tema hari kesihatan sedunia 2009 yang ditetapkan oleh WHO adalah

“Pastikan hospital dan fasiliti kesihatan selamat dan mampu menyelamatkan nyawa semasa krisis” (Save lives. Make hospitals safe in emergencies).
Tema ini memberi penekanan kepada keselamatan kemudahan kesihatan dan kesiapsiagaan anggota kesihatan untuk merawat mangsa semasa kecemasan akibat sesuatu krisis seperti bencana alam, perang dan wabak penyakit.

Kemudahan kesihatan dan anggota kesihatan merupakan nadi utama dalam menyelamatkan mangsa semasa bencana kerana mereka memberi rawatan kecemasan, mencegah penyakit dan menjaga keperluan kesihatan orang awam. 
Walaupun dalam situasi krisis, mereka perlu memberi perkhidmatan kesihatan asas seperti perkhidmatan penjagaan ibu dan anak, memberi vaksinasi dan juga penjagaan penyakit kronik.

Lazimnya, sistem kesihatan yang kurang mantap gagal berfungsi dengan cekap semasa bencana dan boleh menjejaskan kesihatan awam. Gempa bumi yang berlaku di Wenchuan, China pada Mei 2008 telah merosakkan lebih 11,000 institusi perubatan sehingga memaksa beribu-ribu rakyatnya mendapatkan rawatan di tempat lain.

 
Selain itu, konflik di Ethiopia dan Gaza telah mengancam perkhidmatan kesihatan asas seperti imunisasi. Tsunami di Lautan India pada tahun 2004 telah memusnahkan 61% kemudahan kesihatan di Aceh, Indonesia dan mengorbankan hampir satu per tiga bidan  di kawasan tersebut. Ini merupakan satu kerugian yang besar kepada kesihatan wanita.

Kejadian seumpama ini perlu dijadikan iktibar bagi menggerakkan usaha-usaha kesiapsiagaan seperti merekabentuk dan membina struktur kemudahan kesihatan yang mampu menghadapi ancaman krisis. Tema ini juga menggesa kemudahan kesihatan mewujudkan sistem kerja yang mampu bertindak menghadapi kecemasan serta menjamin perkhidmatan yang berterusan.

 

 DSC01302DSC01309DSC01310DSC01314DSC01318DSC01319DSC01322DSC01298

OBJEKTIF SAMBUTAN

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan agensi-agensi pemberi perkhidmatan kesihatan  mengenai kepentingan bersiap sedia untuk berfungsi dengan cekap, selamat dan berterusan semasa bencana

 

  • Memberi kesedaran kepada pihak penggubal dasar, pembuat keputusan, dan perancang kemudahan kesihatan supaya mengambil kira keperluan untuk merekabentuk dan membina struktur kemudahan kesihatan yang mampu menghadapi ancaman krisis

 

  • Menggerakkan pihak pengurusan kemudahan-kemudahan kesihatan untuk mentaksir dan menilai kemampuan kemudahan kesihatan mereka dalam menghadapi krisis serta mengambil tindakan pencegahan dan pembetulan yang wajar

 

  • Meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat umum mengenai peranan dan kepentingan kemudahan kesihatan dalam menyelamatkan nyawa dan memberi perkhidmatan kesihatan semasa krisis supaya masyarakat menyokong pelaburan dalam kemudahan kesihatan

DSC01336DSC01339DSC01340DSC01346DSC01343DSC01347DSC01337

KUMPULAN SASAR

  • Penggubal dasar dan pembuat keputusan
  • Agensi yang terlibat dalam usaha-usaha perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan kesihatan
  • Agensi-agensi penyelamat yang terlibat dalam menangani krisis
  • Pihak pengurusan dan anggota kemudahan kesihatan termasuk kemudahan swasta
  • Pertubuhan-pertubuhan professional seperti Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Hospital Swasta Malaysia (PHAM) dan persatuan-persatuan kesihatan bersekutu (allied health)
  • Pengguna kemudahan dan perkhidmatan kesihatan

 

 DSC01351DSC01352DSC01355DSC01349

Saya telah mengajukan soalan di Dewan Rakyat kepada MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah usaha kerajaan setakat ini untuk memperbanyakkan lagi kemudahan ambulans yang diubah suai daripada kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan bot laju, memandangkan keadaan geografi Sabah dan Sarawak, sekaligus memerlukan pendekatan berlainan berbanding penggunaan ambulans yang biasa digunakan disemenanjung.

Tuan Yang di-Pertua

Pada tahun 2008, Kementerian Kesihatan telah memperuntukkan RM38.5 juta untuk pembelian 100 buah ambulans bagi seluruh Negara termasuk lapan buah untuk Sabah dan empat buah untuk Sarawak.

Pada tahun ini, kementerian telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta untuk pembelian ambulans untuk seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak. Peruntukan ini akan digunakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Sarawak untuk membeli ambulans dan juga kenderaan pacuan empat roda. Selain itu, kedua-dua negeri ini juga diberikan peruntukan tambahan melalui peruntukan klinik bergerak. Daripada peruntukan ini, Sarawak akan mendapat 14 buah kenderaan pacuan empat roda manakala Sabah pula lapan buah.

Bagi bot ambulans pula, di negeri Sabah terdapat 2 buah bot ambulans. Pada masa kini, terdapat sebuah bot di kota kinabalu di mana pemandu bot tersebut sedang diberikan latihan penggunaanya manakala sebuah lagi bot di Kudat telah beroperasi sepenuhnya. Bot-bot ini digunakan untuk menghantar pesakit dari kawasan pedalaman ke klinik yang terdekat. Bagi negeri Sarawak pula, terdapat 27 buah bot ambulans yang digunakan untuk menganhat pesakit dari kawasan pedalaman ke klinik atau jalanraya yang terdekat.

INFLUENZA A ( H1N1 )

Mungkinkah istilahnya yang asing, influenza A (H1N1), atau kes kematian yang jarang didengar dalam kalangan mereka yang positif, menyebabkan masih ramai rakyat Malaysia tidak begitu pedulli dengan ancaman selesema ini.

Mengenai situasi global, Dr Mohd Ismail berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa,  jumlah terkumpul kes H1N1 berjumlah 90,218 dengan 383 kematian daripada 126 negara iaitu pertambahan sebanyak 9,189 kes dengan 43 kematian.

Lima negara baru yang terjejas adalah Bosnia dan Herzegovina (satu), Kepulauan Cook (satu), Netherlands, Aruba (lima), Palau (satu), dan Uganda (satu).

Lima negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi ialah Amerika Syarikat (6,185), Mexico (1,234), United Kingdom (1,089), Singapura (91) dan New Zealand (87).

Menurut pihak berkuasa kesihatan, H1N1 ialah penyakit respiratori (pernafasan) yang disebabkan virus jenis Influenza A yang biasanya merebak pada babi.

Biasanya virus H1N1 tidak menyerang manusia tapi jangkitan manusia kepada manusia sedang hebat berlaku ketika ini, sama seperti jangkitan selesema biasa yang bermusim.

Virus baru ini mula diketahui menjangkiti manusia di Amerika Syarikat pada April 2009 dan semakin banyak negara melaporkan kes selesema ini.

Tanda dan gejala Influenza A H1N1 sama dengan selesema biasa dan ini termasuk demam yang tinggi dengan suhu lebih daripada 37.7 darjah Celsius, batuk, sakit tekak, sakit otot, menggigil, keletihan, cirit-birit dan muntah.

Pada bulan Jun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertingkat amaran tahap pandemik selesema ini kepada enam, satu aras yang tertinggi.

Ini ialah pandemik pertama di dunia sejak tahun 1968. Pada 11 Jun 2009, WHO mengesahkan virus H1N1 sememangnya pada tahap pandemik, di mana 30,000 kes disahkan berlaku di seluruh dunia.

Seramai 239 pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) di seluruh negara telah pulih dan dibenarkan keluar hospital manakala 87 pesakit lagi masih dirawat di hospital setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata 28 pesakit masih dirawat di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur (17), Hospital Pulau Pinang (10), Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar (tiga), Hospital Tuanku Jaafar di Seremban (empat), Hospital Umum Sarawak (dua), Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh (satu) dan Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu (tiga).

Selain itu, pesakit turut ditempatkan di Hospital Tawau (satu), Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu (lima), Hospital Batu Pahat (tiga), Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (enam), Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu (satu), Hospital Tengku Ampuan Afzan (satu), Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh (satu) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (satu), katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Jumlah terkumpul kes H1N1 di Malaysia sehingga kini berjumlah 326 kes, iaitu 271 kes import dan 55 kes jangkitan tempatan. Tiada kematian dilaporkan akibat jangkitan wabak itu.

 

Hadirin Yang Dihormati,

 

Sebagai kesimpulan kesihatan dan keselamatan adalah faktor utama ke arah menjadikan diri, masyarakat dan negara mampu bergerak pantas merentas era globalisasi.

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRROHIM saya rasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia dengan rasminya. Sekian wabillahitaufikwalhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan Salam Keharmonian.

 

SEKIAN, TERIMA KASIH

 

 

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM MERANGKAP

DUTA KEAMANAN DUNIA PBB

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: