BANDAR LAHAD DATU KOTOR DAN JIJIK-SIAPA BERTANGGUNGJAWAB !!!??

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam

Ketika jam 6.00 pagi udara segar akan dapat dirasai betapa nyamanya udara kuasa Allah SWT. Udara yang nyaman ini perlu dipelihara dan disyukuri oleh setiap insan. Namun, berbeza di bandar Lahad Datu udara nyaman ini bertukar menjadi bau busuk, bau longkak, bau busuk pasar yang tidak dipelihara dengan baik. Ini lah yang dinamakan manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Saya tidak hairan bandar ini menjadi buah mulut orang yang berkunjung ke bandar Lahad Datu mengatakan bandar yang paling kotor dan bau busuk ialah Bandar Lahad Datu. Sebagai warga Lahad Datu saya amat kecewa kerana sikap membuang sampah dan amalan sayangi sampah sarap kotor masih menjadi satu budaya khususnya Bandar Lahad Datu. Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini.!!!

Saya mengharapkan bandar Lahad Datu ini sebelum menjadi bandaraya Industri dan IT marilah kita sama-sama berfikir sejenak memberi pandangan, cadangan, komen dan harapan agar Bandar Lahad Datu tidak sayang kepada kekotoran sampah sarap.. Bandar Lahad Datu sering disebut-sebut sebagai daerah yang cepat dan laju berkembang pesat khususnya di pantai timur sabah. Jika kita leka dengan pujian pihak luar mahupun kawan dalam daerah lahad Datu akhirnya kita mudah lupa bahawa Bandar Lahad Datu sayang kepada sampah sarap yang menjijikkan mata memandang sehingga udara nyaman bertukar berbau busuk!!!!…Sedih dan kecewa…Tiada yang berani menawarkan diri untuk menjada kebersihan bandar ini.

Saya mahu tanya sampai bila bandar Lahad Datu ini di hiasi dengan sampah sarap dan bau busuk!!!!!??? Sudah tiba masanya kita tidak menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, hentikan perbalahan siapa yang bertanggungjawab rapatkan barisan bersatu kita membanteras kekotoran sampah sarap…..dukacita ba….

Saya ingin mencadangkan perubahan bandar Lahad Datu yang bersih, sihat dan selamat ini perlu di mulakan dengan kempen melibatkan semua pihak kakitangan kerajaan, swasta, kedai-kedai, penjual-penjual, peniaga-peniaga, peniaga sayur,ikan,peniaga kecil-kecilan dikaki lima, agar dapat menyediakan tong sampah masing-masing diletakkan di luar kedai masing-masing sekurang-kurangnya setiap kedai 1 tong sampah. Langkah ini saya percaya dapat membantu mengatasi masalah kekotoran sampah sarap.

Saya mencadangkan agar ada pihak yang sudi melancarkan kempen Jagalah Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan bandar bagi memberi sokongan moral kepada masyarakat supaya mereka sedar kebersihan itu adalah tanggungjawab bersama bukan seorang atau pihak-pihak tertentu sahaja. Isu sampah sarap ini perlu dihebahkan melalui khutbah-khutbah jumaat, ceramah-ceramah, seminar,forum perdana, sembahyang mengikut agama masing-masing memaklumkan dan menekankan agar setiap diri dapat menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata. Kebersihan bermula dari diri sendiri bagi mencerminkan bandar bersih, sihat dan selamat.

Papan tanda gergasi perlu dibina dengan meletakkan Menjaga Kebersihan tanggungjawab bersama..disertakan dengan undang-undang kecil, kompaun kepada individu yang membuang sampah dimerata-rata dan lain-lain lagi.

Saya mencadangkan program Gotong-Royong Perdana sebagaimana yang pernah diadakan oleh Pejabat Parlimen P188 Silam agar di jadikan acara kesedaran sifar sampah sarap, boleh di adakan 3 kali setahun melibatkan semua peringkat lapisan masyarakat, kerajaan, swasta, peniaga, usahawan dan lain-lain lagi.

Saya ada dengan orng Lahad Datu cakap jika mahu bersih Bandar lahad Datu lawatilah Daerah Semporna, masa itu kawan hendak buang sampah kulit buah-buahan di pekan semporna, tapi bila melihat pekan mahupun pasar ikan bersih tiada sampah kawan saya tidak jadi buang sampah. Saya cuba meninjau sendiri betulkah semporna bandar paling bersih sehingga menjadi buah mulut orang dekat bandar Lahad Datu..saya sempat mengambil gambar persekitaran pasar dan pekan semporna…Lihat memang bersih…Mari Ba …belajar dengan Majlis Daerah semporna..dapatkan tips2 penjagaan bandar bersih dan sihat. Saya sempat mengambil gambar seorang budak yang memungut sampah sehelai kertas dan membawa sampah itu sehingga tiada lagi sampah kelihatan..didikan awal penting menyemai rasa tanggungjawab menjaga kebersihan.

Sayangi 1Malaysia, 1Silam

Penganalisis SilamGemilang

About these ads

Satu Respons bagi “BANDAR LAHAD DATU KOTOR DAN JIJIK-SIAPA BERTANGGUNGJAWAB !!!??”

  1. mustafa Berkata:

    Kalau Semporna sudah ditahap bersih sukurlah jangan hangat-hangat tahi ayam dan indah kabar dari rupa,pihak berwajib pantau lah terus menerus kekotoran jangan bosan.

    Apa jadi dengan LD kekotoran tak boleh diatasi pendatang terlalu ramai di LD sampai ke tahap melawan penguatkuasa MDLD.teruskan penguatkuasaan dengan meminta bantuan pihak keselamatan yang lain melalui mesyuarat pegawai2 .peniaga asing tangani secara berhemah dengan membuat penyusunan tempat kekal daripada berniaga bergerak.yang keras kepala buat operasi penangkapan berasingan(benteras bersama) seperti rokok dan cakera lucah membabitkan kastam, kebersihan membabitkan MDLD dan PTI anggota keselamatan.Bergerak bersama tanpa jemu .Bekerja harapkan gaji dan gaji tak dapat jika tak kerja.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: