Archive for Januari 2009

RAKYAT MENDAPAT PERHATIAN:YB. TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI MELAWAT DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

Januari 31, 2009

Lahad Datu,Sabah30.01.2009-Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB telah melawat kerumah 2 orang yang memerlukan perhatian dan sumbangan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.Pihak yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan,NGO,Persatuan-Persatuan dan badan-badan bukan kerajaan seharusnya merancang jadual kerja dengan membuat pemantauan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan bagi mencapai matlamat dan wawasan negara menjelang tahun 2020.

CHU FEIU YEN-ORANG KURANG UPAYA HANYA MENERIMA SUMBANGAN LEBIH KURANG RM80.00 SEBULAN.YB. HAJI SALLEH HAJI KALBI MENGARAHKAN PEGAWAI PENTADBIRAN DAN OPERASI PERHUBUNGAN PARLIMEN P188 SILAM AGAR MENYENERAIKAN NAMANYA UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA KEMENTERIAN WANITA DAN KELUARGA YANG AKAN DIBERI BANTUAN LEBIH KURANG RM300.00 SEBULAN.

CHU FEIU YEN-ORANG KURANG UPAYA HANYA MENERIMA SUMBANGAN LEBIH KURANG RM80.00 SEBULAN.YB. HAJI SALLEH HAJI KALBI MENGARAHKAN PEGAWAI PENTADBIRAN DAN OPERASI PERHUBUNGAN PARLIMEN P188 SILAM AGAR MENYENERAIKAN NAMANYA UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA KEMENTERIAN WANITA DAN KELUARGA YANG AKAN DIBERI BANTUAN LEBIH KURANG RM300.00 SEBULAN.

Nasib yang menimpa seorang perempuan yang bernama CHU FEIU YEN yang mengalami penyakit tidak boleh berjalan dan hanya baring ditilam setiap hari,setiap minggu,setiap bulan dan saban tahun.Persoalannya mengapa tidak ada pihak yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk dikawasan Lahad Datu ini?Apakah pemimpin yang telah diamanahkan selama ini yang ada kaitan dengan masyarakat yang ditimpa masalah seperti ini.

TERPAKSA BARING SEPANJANG HARI BERIKUTAN PENDERITAAN PENYAKIT YANG DIDERITA.BANTULAH YANG AMAT MEMERLUKAN.KEPADA PIHAK PEGAWAI KERAJAAN YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN DIMINTA AGAR TURUN PADANG MENINJAU BUKAN MENANTI MAKLUMAT SAMPAI KEPEJABAT TETAPI JADILAH PEGAWAI YANG PRIHATIN BERTEMU DENGAN MEREKA YANG BETUL-BETUL MEMERLUKAN BANTUAN.

TERPAKSA BARING SEPANJANG HARI BERIKUTAN PENDERITAAN PENYAKIT YANG DIDERITA.BANTULAH YANG AMAT MEMERLUKAN.KEPADA PIHAK PEGAWAI KERAJAAN YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN DIMINTA AGAR TURUN PADANG MENINJAU BUKAN MENANTI MAKLUMAT SAMPAI KEPEJABAT TETAPI JADILAH PEGAWAI YANG PRIHATIN BERTEMU DENGAN MEREKA YANG BETUL-BETUL MEMERLUKAN BANTUAN.Bagaimana pula dengan nasib SITTI ARDIAH BINTI ARDI yang mengalami penyakit kencing manis, akhirnya beliau tidak boleh berjalan lagi.Ketika kita senang dan gembira bersama keluarga, ada lagi rakyat di kawasan ADUN N50 Lahad Datu yang amat memerlukan perhatian dan bantuan bagi meringankan beban mereka. Jika kita sering bercakap tentang nasib penduduk GAZA yang diserang oleh Israel rupa-rupanya ada juga rakyat kita yang terlalu susah dan hidup menderita. Berdasarkan raut wajah mereka kelihatan terpancar penderitaan yang amat menyeksakan.SITTI ARDIAH BINTI ARDI MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS.HAMPI SETAHUN HANYA MAMPU DUDUK DIKATIL SAHAJA.APAKAH PIHAK YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN MASIH LAGI BERDIAM DIRI.YB. TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI MENGARAHKAN PEGAWAINYA AGAR DAPAT MENYENARAIKAN NAMA PUAN INI UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA KEMENTERIAN WANITA DAN KELUARGA BAGI DIBERI BANTUAN SELANJUTNYA. YB. SILAM JUGA BERHARAP KEPADA PIHAK KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN,PEMIMPIN TEMPATAN,NGO DAPAT MENYUMBANG KEARAH MENGATASI MASALAH DAN PENDERITAAN YANG DIALAMI OLEH RAKYAT.

Puan Sitti mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Mohd Adriansah Bin Abd. Samat kini sedang menunggu keputusan SPM.Kita berharap kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat membantu pelajar ini kerana ibunya tidak boleh lagi bekerja untuk menyarah kehidupan keluarga. Nasib anak ini adalah sebagai pelapis yang diharap-harapkan oleh kerajaan perlu ditunaikan dengan bantuan dan kaunseling demi masa depan anak-anak Bangsa Malaysia.
PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN PERLU TURUN PADANG BAGI MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR LEPASAN SPM KHUSUSNYA DIKALANGAN RAKYAT SUSAH SUPAYA MEREKA DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN BANTUAN ATAU DANA PENDIDIKAN BAGI RAKYAT MISKIN DAN MISKIN TEGAR.YB.TUAN HAJI SALLEH HAJL KALBI MENYUMBANGKAN BANTUAN MAKANAN BAGI MERINGKAN BEBAN YANG DIHADAPI.

PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN PERLU TURUN PADANG BAGI MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR LEPASAN SPM KHUSUSNYA DIKALANGAN RAKYAT SUSAH SUPAYA MEREKA DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN BANTUAN ATAU DANA PENDIDIKAN BAGI RAKYAT MISKIN DAN MISKIN TEGAR.YB.TUAN HAJI SALLEH HAJL KALBI MENYUMBANGKAN BANTUAN MAKANAN BAGI MERINGKAN BEBAN YANG DIHADAPI.

PERSATUAN PERTUBUHAN PENDIDIKAN AKHLAK LAHAD DATU MENYAHUT CABARAN YB. TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI YANG TURUN PADANG BERTEMU RAKYAT.

Januari 31, 2009

Lahad Datu,31.01.2009-Persatuan Pertubuhan Pendidikan Akhlak merangkap Pengerusi Persatuan TEO CHEW menyahut cabaran Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi untuk turun padang bertemu rakyat yang memerlukan bantuan di kampung-kampung yang masih lagi miskin tegar dan miskin.

Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Akhlak merangkap Pengerusi Persatuan TEO CHEW melawat penduduk yang memerlukan bantuan. Katanya "saya tak tau ada lagi orang yang lagi susah disini sedangkan dikawasan ini kami selalu bantu"terima kasih YB. Bantu kami.

Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Akhlak merangkap Pengerusi Persatuan TEO CHEW melawat penduduk yang memerlukan bantuan. Katanya "saya tak tau ada lagi orang yang lagi susah disini sedangkan dikawasan ini kami selalu bantu"terima kasih YB. Bantu kami.Pengerusi Persatuan ini juga berkata "Persatuan kami akan memberi belanja kepada rakyat yang memerlukan tidak kira sukukaum mahupun agama,kami mahu bagi sumbangan kepada semua rakyat samada cina mahupun melayu bertujuan untuk bantu meringankan beban mereka.nasib kanak-kanak ini akhirnya terbela. jika anda melayari blog YB. Silam http://rakyatp188silam.wordpress kanak-kanak ini disiarkan inginkan pembelaan.akhirnya Persatuan ini bersetuju untuk membayar tambang bas untuk kesekolah. nama kanak-kanak ini PANG SHEAU FUI, tarikh lahir 29.03.2002 kini tahun 1 di sekolah SJK(C)YUK CHOY,60098,91110 Lahad Datu.Sabah.nombor telefon 089-883212 fax-089883213

 

Penduduk yang dilawat oleh Pengerusi Persatuan ini akan dimasukkan dalam rekod supaya mendapat bantuan tiap-tiap bulan dan beliau akan merancang dimasa akan datang akan menjemput YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi untuk mennyampaikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan bagi meringankan beban mereka. Senarai yang ada pada mereka juda akan diserahkan kepada Pejabat Parlimen P188 Silam untuk diberi bantuan oleh Kementerian Wanita dan Keluarga dan memudahkan pihak Persatuan untuk mencari lagi orang-orang miskin yang baru untuk diberi bantuan selanjutnya.

sebelum ini YB. Tuan Haji Salleh telah melawat rakyatnya pada 30.01.2009 hari jumaat,kini pengerusi Persatuan Pertubuhan Akhlak Lahad Datu telah turun padang melihat sendiri dan menyenaraikan nama dan memberi bantuan kepada penerima termasuk kanak-kanak diberi bantuan percuma tambang bas setiap bulan.

sebelum ini YB. Tuan Haji Salleh telah melawat rakyatnya pada 30.01.2009 hari jumaat,kini pengerusi Persatuan Pertubuhan Akhlak Lahad Datu telah turun padang melihat sendiri dan menyenaraikan nama dan memberi bantuan kepada penerima termasuk kanak-kanak diberi bantuan percuma tambang bas setiap bulan.

 Nasib kanak-kanak ini akhirnya terbela. jika anda melayari blog YB. Silam http://rakyatp188silam.wordpress kanak-kanak ini disiarkan inginkan pembelaan.Akhirnya Persatuan ini menyenaraikan kanak-kanak ini untuk dibayar tambang bas untuk kesekolah. Nama kanak-kanak ini PANG SHEAU FUI, tarikh lahir 29.03.2002 kini tahun 1 di sekolah SJK(C)YUK CHOY,60098,91110 Lahad Datu.Sabah.nombor telefon 089-883212 fax-089883213

Bantuan bayaran bas kepada kanak-kanak oleh persatuan Akhlak Lahad Datu.

Bantuan bayaran bas kepada kanak-kanak oleh persatuan Akhlak Lahad Datu.

PERPADUAN BANGSA MALAYSIA: GEREJA ANGLIKAN ST. PHILIP BUKIT BELACON TERIMA SUMBANGAN KERUSI DARI PARLIMEN P188 SILAM

Januari 31, 2009

Bukit Belacon,Lahad Datu,30.01.2009-Gereja Anglikan ST. Philip Bukit Belacon Lahad Datu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB yang telah menyumbangkan lebih kurang 100 buah kerusi bagi kemudahan penduduk kampung.

YB Silam memotong reben sebagai tanda penyerahan kerusi kepada penduduk kampung Bukit Belacon bagi kegunaan aktiviti-aktiviti kampung.

YB Silam memotong reben sebagai tanda penyerahan kerusi kepada penduduk kampung Bukit Belacon bagi kegunaan aktiviti-aktiviti kampung.

 Kerjasama, Keikhlasan dan rasa percaya pada diri sendiri dilihat oleh Ahli Parlimen P188 Silam sebagai elemen penting dalam menjamin perpaduan dan kemajuan yang berkekalan rakyat Malaysia.

Ketiga-tiga nilai ini mengikut beliau lagi adalah faktor kritikal yang diinginkan bukan saja untuk diri, keluarga, malah sebagai warga negara dan juga sebagai manusia.

YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi bersalaman dengan rakyat kampung Bukit Belacon.

YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi bersalaman dengan rakyat kampung Bukit Belacon.

Ketiga-tiga nilai ini juga yang mendominasi 51 tahun negara sebagai satu bangsa di samping membentuk bangsa dalam memulakan perjalanan 51 tahun.

YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi berkata “betapa pentingnya rakyat memberi penekanan kepada usaha melaksanakan lima misi nasional iaitu memacu ekonomi ke arah sektor dan aktiviti bernilai tinggi, mempertingkatkan sistem pendidikan negara, mengurangkan ketidakseimbangan dalam pendapatan dan peluang, meningkatkan kualiti hidup dan memperbaiki keberkesanan perkhidmatan awam.

Dalam membincangkan nilai kerjasama, Ahli Parlimen P188 Silam melihat betapa keadilan politik, ekonomi dan kebudayaan mesti dilakukan. Keadilan politik dilihat melalui amalan perkongsian kuasa. Kerajaan akan memastikan bahawa tiada seorang (kaum) pun akan dipinggirkan oleh kaum majoriti dan hak setiap kumpulan dilindungi.

Kerjasama kebudayaan pula merujuk kepada keadaan identiti setiap komuniti mesti dipelihara dan dilindungi. Kebudayaan majoriti tidak akan menyisihkan yang lain.

Kerajaan akan terus memberi penumpuan kepada kerjasama ekonomi. Perdana Menteri memberi contoh bagaimana keadilan ekonomi terus diberi perhatian melalui pembangunan koridor. Antara matlamat keadilan ekonomi ialah membasmi kemiskinan dan menyediakan orang ramai peluang yang lebih baik untuk kehidupan mereka menerusi pekerjaan, perniagaan dan pendidikan. Keadilan ekonomi mesti dinikmati oleh semua orang.

Dalam melaksanakan keadilan ekonomi, prinsip kerjasama, keikhlasan mesti dipegang dan Ahli Parlimen juga percaya bahawa tiada mana-mana rakyat Malaysia menentang usaha membantu kumpulan yang tidak bernasib baik.

Peluang keadilan ekonomi mesti dilakukan dengan bekerja keras bukan melalui jalan pintas dan ia perlu diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Mengenai nilai keikhlasan, Ahli Parlimen P188 Silam menjelaskan bahawa rakyat Malaysia yang sebenar ialah yang memahami dan ikhlas mengenai tanggungjawab kepada semua, bukan kepada yang sedikit. Seterusnya, beliau menjelaskan rakyat Malaysia yang sebenar menyedari siapa yang diprovokasikan untuk bertindak balas dan siapa yang akan sengsara daripada kesannya. Apa yang amat penting ditekankan dalam nilai keihlasan dan bertanggungjawab ialah setiap rakyat Malaysia perlu terus bertanggungjawab terhadap satu sama lain.

Membicarakan nilai ketiga iaitu kepercayaan terhadap diri sendiri, nilai ini penting dalam negara melangkah untuk bersaing dengan lebih hebat dalam keadaan perubahan ekonomi global dan harga komoditi yang tinggi.

RASUAH SATU HALANGAN PEMBANGUNAN SESEBUAH NEGARA

Januari 29, 2009

DR MAHATHIR MOHAMMAD

EHSAN: BERNAMA

mahathirmohamad_oct16

RASUAH merupakan satu halangan utama yang menyekat pembangunan sesebuah negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata, rasuah adalah penyakit sosial yang wujud di seluruh dunia dan tiada negara yang benar-benar bebas daripada gejala ancaman itu dan di sesetengah negara rasuah menjadi satu kelaziman.

“Rasuah merupakan antara jenayah yang paling sukar dikesan, malahan payah untuk dikenakan sabitan dalam perundangan mahkamah. Namun rasuah adalah satu halangan utama yang menyekat pembangunan sesebuah negara.

“Keputusan yang baik tidak dapat dilakukan dan apatah lagi keputusan yang lemah hanya akan menyebabkan kelewatan.

“Akhirnya, pelaburan bagi pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilakukan,” katanya semasa berucap pada Forum Persaingan Global di Riyadh, Arab Saudi.

Teks ucapan beliau yang bertajuk “Berkongsi Pengalaman Malaysia Untuk Menjadi Negara Berdaya Saing Dunia” diterima Bernama di sini.

Bekas perdana menteri itu menyatakan bahawa kontraktor bagi projek-projek kerajaan lazimnya menjadi mangsa utama rasuah tetapi “apa sahaja yang membabitkan kelulusan pihak berkuasa dikaitkan dengan permintaan bagi memperoleh ganjaran haram.”

“Dengan rasuah, kos mestilah meningkat. Berapa banyak ia bertambah, tidaklah dapat ditentukan.

“Tiada kadar bagi rasuah dan tidak ada kepastian bahawa selepas pembayaran dilakukan tidak akan ada pihak lain yang meminta sogokan.

“Rasuah berlaku di Malaysia, walaupun ia berada pada peringkat awal semasa zaman saya (memerintah) iaitu pegawai rasuah menyembunyikan penerimaan sogokan kerana mereka takut ditangkap atau mereka tidak suka melakukan kesalahan secara terbuka,” kata Dr. Mahathir.

Pada peringkat ini, beliau berkata, masih ada kemungkinan untuk membanteras rasuah tetapi apabila ia sudah mencapai peringkat kedua dan menjadi sebahagian budaya masyarakat, dengan setiap orang daripada peringkat atas hingga bawah menerima sogokan, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan rasuah.

Bagaimanapun, beliau berkata rasuah boleh dikurangkan walaupun ia tidak dapat dibanteras sepenuhnya.

“Di Malaysia, kami mahukan supaya proses dan tempoh membuat keputusan disingkatkan.

“Ini dilakukan dengan memperkenalkan manual prosedur kerja bagi setiap tugas, dan menerusi carta aliran kerja dan fail meja bagi setiap pegawai.

“Jika masa yang diambil bagi melulus atau menolak melampaui masa yang ditetapkan dalam prosedur, kami dengan mudah dapat mengetahui sesuatu tidak kena berlaku dan kami akan tahu di peringkat mana kelewatan terjadi dan siapakah yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata, hasil pelaksanaan sistem seumpamanya sangat memberangsangkan dan dalam masa singkat Kuala Lumpur membangun pesat, pelaburan diluluskan, kilang-kilang dibina dan semua projek infrastruktur dilaksanakan.

“Memang diakui masih berlaku rasuah tetapi tidak sehingga pembangunan negara tidak dapat dilakukan atau tertangguh begitu lama,” kata Dr Mahathir.

RUMAH TERBUKA MASYARAKAT CINA:YB. SILAM BERMESRA DAN ERATKAN PERPADUAN

Januari 28, 2009

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA DI KAWASAN PARLIMEN P188 SILAM

YB. DUTA KEAMANAN PBB, HJ. SALLEH HJ. KALBI MEMBERI ANGPAU KEPADA SINGA.

YB. DUTA KEAMANAN PBB, HJ. SALLEH HJ. KALBI MEMBERI ANGPAU KEPADA SINGA.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2009 yang diadakan oleh masyarakat Cina di Parlimen Silam sungguh meriah.Sambutan tahun
Kerbau bagi masyarakat cina amat bermakna kerana kekuatan Kerbau membolehkan masyarakat cina rajin,kuat bekerja untuk
mendapatkan dan menjalankan perniagaan setiap hari.

TERTARIK DENGAN PERSEMBAHAN TARIAN SINGA-SINGA KEBUDAYAAN MASYARAKAT CINA.

TERTARIK DENGAN PERSEMBAHAN TARIAN SINGA-SINGA KEBUDAYAAN MASYARAKAT CINA.

Tahun Baru Cina di sambut dengan meriah dan secara sederhana sanak saudara,jiran,rakan-rakan dan tidak ketinggalan Yang Berhormat
Tuan Haji Salleh Bin Haji kalbi selaku Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB bersama-sama berkunjung ke rumah masyarakat Cina. Yang uniknya
masyarakat Cina di Parlimen P188 Silam lebih awal menjemput YB. Silam untuk berkunjung kerumah mereka.Masyarakat Cina amat dan sunggug gembira
dengan kehadiran YB. Silam yang peramah,suka berkawan dan suka tolong rakyat untuk maju dan membangunkan P188 Silam.

INILAH JIRAN YB HJ. SALLEH SEMASA TINGGAL DI KAMPUNG PANJI.MEREKA TIDAK MELEPASKAN PELUANG DENGAN YB UNTUK MENGAMBIL GAMBAR SEBAGAI SATU KEBANGGAAN JIRAN MEREKA JADI YB YANG BAIK SEPERTI ARUWAH BAPANYA KALBI YANG SUKA BERKAWAN WALAU DENGAN SESIAPA SAHAJA SAMADA CINA,BUGIS,SULUK,KADAZAN, INDIA DAN LAIN-LAIN LAGI

INILAH JIRAN YB HJ. SALLEH SEMASA TINGGAL DI KAMPUNG PANJI.MEREKA TIDAK MELEPASKAN PELUANG DENGAN YB UNTUK MENGAMBIL GAMBAR SEBAGAI SATU KEBANGGAAN JIRAN MEREKA JADI YB YANG BAIK SEPERTI ARUWAH BAPANYA KALBI YANG SUKA BERKAWAN WALAU DENGAN SESIAPA SAHAJA SAMADA CINA,BUGIS,SULUK,KADAZAN, INDIA DAN LAIN-LAIN LAGI

Perpaduan adalah teras utama dalam pembangunan manusia sebagai satu Bangsa Malaysia. Keharmonian dan kemesraan rakyat yang hidup berbilang suku kaum
dapat bergembira,berkawan dan bersatupadu dalam usaha menjayakan misi dan visi ynag dilaung-laungkan oleh YB. Silam.

KELUARGA KAMPUNG PANJI YANG KINI MENETAP DIKAWASAN PERUMAHAN SRI PERDANA P188 SILAM.SABAH.

KELUARGA KAMPUNG PANJI YANG KINI MENETAP DIKAWASAN PERUMAHAN SRI PERDANA P188 SILAM.SABAH.

Bagi mereka YB. Silam yang menjadi wakil rakyat P188 Silam
adalah pilihan tepat untuk mewakili rakyat. Selain itu, YB. Silam juga bekerja untuk pembangunan Bangsa malaysia. Rakyat melihat dengan kehadiran YB. Silam yang masih muda dan kuat kerja
ini sudah pasti semua masyarakat terutama Cina akan menyokong YB. Silam dan mengangkat YB. Haji Salleh sebagai yang memeperjuangkan satu Bangsa malaysia yang wujud kasih sayang bagi mengeratkan
perpaduan dan silaturrahim.

AFENDI CHONG 20 TAHUN BERSAMA USNO. TAHU SIAPA YANG JUJUR DALAM PERJUANGAN POLITIK BAHAGIAN SILAM. KATANYA..YB HJ. SALLEH MASIH MUDA, KAMI BERUNTUNG DAPAT YB YANG DATANG UNTUK BANTU RAKYAT BUKAN MACAM ORANG LAIN MEREKA DATANG BILA ADA KEPENTINGAN SENDIRI...KAMI MASYARAKAT CINA DAN MASYARAKAT P188 SILAM AKAN KASI MENANG YB LEBIH JAUH BAIK KERANA BUKAN SENANG DAPAT JUMPA SEPERTI YB HJ. SALLEH SETELAH KINI 30 TAHUN BERKECIMPUNG DALAM POLITIK...

AFENDI CHONG 20 TAHUN BERSAMA USNO. TAHU SIAPA YANG JUJUR DALAM PERJUANGAN POLITIK BAHAGIAN SILAM. KATANYA..YB HJ. SALLEH MASIH MUDA, KAMI BERUNTUNG DAPAT YB YANG DATANG UNTUK BANTU RAKYAT BUKAN MACAM ORANG LAIN MEREKA DATANG BILA ADA KEPENTINGAN SENDIRI...KAMI MASYARAKAT CINA DAN MASYARAKAT P188 SILAM AKAN KASI MENANG YB LEBIH JAUH BAIK KERANA BUKAN SENANG DAPAT JUMPA SEPERTI YB HJ. SALLEH SETELAH KINI 30 TAHUN BERKECIMPUNG DALAM POLITIK...

Berdasarkan temubual penulis blog bersama salah seorang masyarakat cina islam Afendi Chong katanya”Saya dalam politik lebih 20 tahun sebagai Timbalan Ketua bahagian USNO tidak pernah jumpa seperti YB. Silam yang kerja
untuk semua orang dan tidak pilih kasih.Beliau juga berkata tidak kira orang cina mahupun melayu tetap akan ikut dengan YB. Tuan Haji salleh Bin Haji kalbi,ini pandangan saya ikhlas.YB. Silam pasti menang walau
dimana-mana. YB. Silam orang suka sebab suka lawat orang susah,orang sakit dan kuat kerja untuk kita orang Parlimen P188 Silam.Masyarakat cina di Parlimen P188 Silam lebih kurang 8,000 orang layak untuk mengundi, ini belum termasuk belia-belia,remaja,bayi baru lahir.

KEMESRAAN YB HJ SALLEH ADALAH AMAT SESUAI SEBAGAI WAKIL RAKYAT.YB SANGAT MERENDAH DIRI DAN TIDAK SOMBONG.MENUTAMAKAN RAKYAT.TERIMA KASIH YB DATANG, KAMI LIHAT YB NI BIASA SAJA TIDAK TINGGI DIRI...

KEMESRAAN YB HJ SALLEH ADALAH AMAT SESUAI SEBAGAI WAKIL RAKYAT.YB SANGAT MERENDAH DIRI DAN TIDAK SOMBONG.MENGUTAMAKAN RAKYAT.TERIMA KASIH YB DATANG, KAMI LIHAT YB NI BIASA SAJA TIDAK TINGGI DIRI...ITULAH KATA-KATA KETUA ISI RUMAH CINA.

Teguran yang membina daripada beliau agar bahagian pentadbiran sentiasa buka mata dan rajin kerja supaya kejayaan yang lebih baik untuk kejayaan dimasa akan datang.wakil PBRS juga berkata kita gembira bersama YB. Silam
kerana bantu rakyat tak pilih bulu.YB. Silam datang untuk kepentingan rakyat bukan seperti yang lain hanya muncul bila ada kepentingan sendiri.YB. Silam masih muda amat diperlukan oleh rakyat.

Masyarakat Cina juga berharap Pemimpin peringkat negara dapat memberi ruang dan peluang kepada pemimpin muda seperti YB. Duta Keamanan PBB Tuan Haji Salleh yang rajin bekerja bertemu rakyat,suka tolong rakyat.Kita tidak pernah
jumpa pemimpin muda yang senang didampingi dan betul-betul kerja untuk kami sebagai rakyat.Pemilihan Kabinet baru bulan mac, kami berharap YB. muda diberi keutamaan dalam kabinet kerana mereka boleh menyumbang idea dan cepat berfikir
dalam membawa perubahan drastik bagi membangunkan negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia,Malaysia tidak terkecuali menghadapi masalah ini.Kita berharap pelapis muda disenaraikan bagi membantu berfikir dan menggerakkan pembangunan
dan sekaligus mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

BERKUNJUNG KE RUMAH SEMPENA TAHUN BARU CINA AMALAN BUDAYA BANGSA MALAYSIA BAGI MERAPATKAN PERPADUAN ANTARA SATU DENGAN LAIN

BERKUNJUNG KE RUMAH SEMPENA TAHUN BARU CINA AMALAN BUDAYA BANGSA MALAYSIA BAGI MERAPATKAN PERPADUAN ANTARA SATU DENGAN LAIN

Masyarakat Cina yang pernah menjadi jiran sekampung bergambar beramai-ramai bersama YB. Hj. Salleh Hj. Kalbi.Puan Lochi merupakan penduduk paling lama yang masih mengenali YB Hj Salleh telah tinggal di Panji lebih kurang 30 tahun.
Rezeki yang datang menyebabkan mereka telah berhijrah dan menetap di perumahan Sri Perdana bersama keluarga.

BLOG BARU YB. SILAM:MASALAH RAKYAT DI ATASI

Januari 27, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG YB. TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM YANG AKAN MEMAPARKAN MASALAH RAKYAT DAN KAMPUNG-KAMPUNG BAGI MEMOHON BANTUAN KERAJAAN. LAYARI

http://rakyatp188silam.wordpress.com

Dilancarkan pada 27hb/01/2009 (Selasa)

ybsilamexoticdiscovery:BLOG BARU YB. TN. HJ. SALLEH HJ. KALBI

Januari 26, 2009

ybsilamexoticdiscovery ADALAH BLOG YB. SILAM YANG BARU DILANCARKAN PADA 26HB/JANUARI/2009 BERSAMAAN HARI ISNIN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2009. selamat datang ke blog ini……….

UMNO DAN BN IKHLAS MEMBELA RAKYAT MEMBANGUNKAN MODAL INSAN GEMILANG

Januari 26, 2009

YB. SILAM MENYOKONG KEPIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL : UMNO DAN BN SAHAJA YANG BOLEH BELA RAKYAT BAGI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Masyarakat Cina Mengunjungi YB. Haji Salleh di Pejabat P188 Silam.Sabah.Kelihatan YB Silam menyampaikan Kalendar Dan ucapan Tahun baru Cina 2009 kepada Masyarakat Cina.

Masyarakat Cina Mengunjungi YB. Haji Salleh di Pejabat P188 Silam.Sabah.Kelihatan YB Silam menyampaikan Kalendar Dan ucapan Tahun baru Cina 2009 kepada Masyarakat Cina.

Selaku wakil rakyat Parlimen P188 Silam, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah untuk terus membela dan memajukan rakyat dan Parlimen Silam, Sabah dan Malaysia.

Berdasarkan kata-kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Pakatan Rakyat.Beliau menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.YB.Tuan Haji Salleh Haji Kalbi berkata khabar angin ini adalah satu publisiti murahan saja, saya yakin dan percaya sebagai wakil rakyat (UMNO dan BN) yang telah diberi mandat oleh rakyat tidak akan mengkhianati harapan rakyat yang telah memilih untuk membangunkan kawasan yang diwakili UMNO dan BN untuk membawa perubahan dan pembangunan dikawasan masing-masing. Hanya UMNO dan BN sahaja yang boleh membawa pembangunan kepada rakyat.Kerajaan dibawah pentadbiran UMNO dan BN telah berjaya dengan gemilang untuk membela rakyat dan membangunkan kawasan Parlimen masing-masing amnya Sabah dan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata “Semua itu khabar angin sahaja…saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah),” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota daripada BN Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Terdahulu Najib dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menyertai ribuan pengunjung menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Najib menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai satu perkara yang tidak diduga dan berharap Nasaruddin akan dapat berfikir semasak-masaknya berhubung tindakannya menyertai PKR.

“(Tindakan Nasaruddin sertai PKR) satu perkara yang kita (BN) tak duga. Tapi saya berharap Adun Bota ini dapat berfikir semasak-masaknya langkah yang dia telah buat,” katanya.

Dalam kenyataan akhbar Nasaruddin yang diperoleh dari laman web Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nasaruddin berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Bota.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Nasaruddin menewaskan calon PKR Kapt (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin memperoleh 6,556 undi.

Sementara itu, ketibaan Najib dan isteri di perkarangan Wisma MCA disambut oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan pemimpin kanan parti, yang diserikan dengan persembahan tarian singa.

Majlis Rumah Terbuka yang diadakan di Dewan San Choon itu juga dimeriahkan dengan persembahan muzik dan pertunjukan akrobatik dari China.

Turut hadir pemimpin-pemimpin parti komponen BN, para diplomat asing serta pelancong asing.

Sementara itu, Najib ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gerakan di sini, berharap semua wakil rakyat BN memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan parti terutama ketika dalam saat parti amat memerlukan sokongan dan kesetiaan mereka.

“Tidaklah wajar sekiranya ada apa-apa masalah peribadi atau perasaan tidak puas hati, kita nak tinggalkan parti ataupun mengetepikan parti dalam saat parti memerlukan sokongan dan kesetiaan kita kepada parti dan perjuangan kita,” katanya.

Pandangan Pakar Perunding Pengurusan Profesional dan Penganalisis Politik Sabah

Januari 26, 2009

Wahai yahudi, Bangsa yang dilaknat Allah,

1. Kezaliman dan kebinatangan telah menjadi darah daging bangsa biadap ini, namun kita masih tidak mampu berbuat apa-apa hanya iringan doa sebagai senjata….insyallah pembalasan pasti akan tiba……Kun Fayakun…..

2. Tidak bergerak walau sezarah tanpa izin Allah. Namun hati hamba masih tersentuh melihat raungan dan ratap tangis saudara kita di palestin, kenapa bangsa ini di uji sedemikian rupa, apakah hikmah disebalik pencerobohan ini. Hanya Allah yang tahu……..

3. Sekurang-kurangnya ada gerakan antarabangsa yang mengambil berat tentang pencerobohan ini, cuma secara teorinya amat baik tetapi bagaimana perlaksanaannya. Hamba bimbang dan gusar kalau-kalau hanya retorik untuk mengabui masyarakat antarabangsa.

YB. Silam menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak sekolah dikawasan Parlimen Silam. Sabah.

YB. Silam menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak sekolah dikawasan Parlimen Silam. Sabah.

4. Melihat pada pandangan dan penerangan YB Hj Salleh Kalbi, hamba begitu yakin hala tuju dan iktizam yang ada pada YB amat diperlukan diperingkat antarabangsa………………alangkah indahnya jika pencapaian YB ini di sedari oleh komuniti pemimpin dan pembesar negara Malaysia.

5. Pengiktirafan antarabangsa telah pun diberikan pada YB Tuan Hj Salleh Kalbi, Pengiktirafan peringkat parilmen juga telah diberikan oleh rakyat Silam P188 tetapi terkilan, sedih dan terharu jika Malaysia dan pemimpinnya masih ragu-ragu tentang keikhlasan dan kehebatan pemimpin ini.

6. Hamba benar dan yakin Yb Tuan Hj Salleh Kalbi adalah yang terbaik untuk menjamin kebajikan dan pembangunan sosial, ekonomi, fizikal dan rohani rakyat di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya.

7. Paku-paku sipucuk paku
paku datang dari seberang
Hebat dirimu bukan pada nama mu
Hebat dirimu dek kerna hati yang terang

8. Bismillah dan tawakal dalam langkahmu, insyallah keikhlasan dan kebaikan akan mendampingi dirimu.

Hamba Allah

Sunting dari Pakar Runding Pengurusan Profesional dan penganalisis Politik Sabah

SELAMAT TAHUN BARU CINA: YB. SILAM BERMESRA DENGAN PENIAGA DI P188 SILAM.SABAH.

Januari 25, 2009

Masyarakat Tionghua di Malaysia menyambut Tahun Baru Cina yang diadakan setiap tahun. Perayaan ini juga turut diraihkan bersama oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam, sekeluarga dan rakyat Parlimen P188 Silam dan rakyat Sabah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat, Aman, Makmur kepada semua kaum Cina di P188 Silam, Sabah dan Malaysia.

YB. Silam mengunjungi masyarakat Cina di kawasan P188 Silam sambil menyampaikan kalendar ucapan Tahun baru Cina dan Bubur (emas)

YB. Silam mengunjungi masyarakat Cina di kawasan P188 Silam sambil menyampaikan kalendar ucapan Tahun baru Cina dan Bubur (emas)

Masyarakat Cina di kawasan P188 Silam amat gembira dengan kehadiran YB. Silam yang bermesra ke kedai-kedai,pasar dan pasaraya sehinggakan masyarakat cina mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada YB Silam yang mengunjungi mereka.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya dan agama. Kini negara kita menyambuy 51 tahun merdeka, perpaduan di antara pelbagai bangsa telah berjaya memupuk persahabatan yang akrab di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan ianya telah menjadi budaya dalam kehidupan harian rakyat negara ini. Justeru itu, menjelang Tahun Baru Cina ini, bukan sahaja orang Cina yang akan meraikan perayaan tradisional ini, malahan kaum-kaum lain seperti orang Melayu, orang India, keturunan kaum Portugis dan Chetti turut meraikan perayaan ini. Ini telah membuktikan bahawa walaupun pembentukan negara Malaysia hanya selama setengah abad, namun di bawah struktur ekonomi yang mantap dan politik yang stabil, rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan sejahtera.

YB. Silam Turut Merasmikan Pembukaan Multi Bake (Pemilik Tan Cheng Teng) di Sri Perdana yang kedua dibuka.Pemilik Mengucapkan Jutaan terima kasih kerana YB. Silam Suka Bantu Rakyat.Kami Sangat Terlalu Gembira di atas kesudian YB. Silam yang dapat meluangkan masa untuk pembukaan kedai saya..

YB. Silam Turut Merasmikan Pembukaan Multi Bake (Pemilik Tan Cheng Teng) di Sri Perdana yang kedua dibuka.Pemilik Mengucapkan Jutaan terima kasih kerana YB. Silam Suka Bantu Rakyat.Kami Sangat Terlalu Gembira di atas kesudian YB. Silam yang dapat meluangkan masa untuk pembukaan kedai saya..

Saya berharap setiap rakyat mengingati bahawa nilai-nilai keharmonian, permuafakatan, muhibbah, persefahaman serta ketabahan yang kita kecapi selama ini adalah hasil daripada sikap toleransi yang ujud dari semua kaum. Cetusan idea yang digembelingkan oleh semua pihak akan terus menjadi momentum bagi perancangan serta pelaksanaan pembangunan bagi negara ini pada hari ini.

YB. Silam memotong kek sebagai tanda rasmi pembukaan kedai Multi Bake...terima kasih YB.

YB. Silam memotong kek sebagai tanda rasmi pembukaan kedai Multi Bake...terima kasih YB.

Pencapaian gemilang yang telah ditunjukkan oleh negara ini kepada dunia telah mendapat pujian serta sanjungan dari seluruh dunia. Diharapkan semua ini dapat dipertingkatkan lagi menjelang Tahun Kerbau ini. Tahun Baru Cina 2009 yang juga Tahun Kerbau amat bermakna kepada Malaysia dan seluruh rakyat jelata, terutamanya pada saat-saat kelembapan ekonomi global yang melanda sekarang, saya berharap seluruh rakyat dapat mencontohi semangat kegigihan dan ketekunan yang ada pada kerbau itu dan sama-sama menetapkan sasaran bagi menuju ke lembaran baru. Akhir kata, marilah kita bersama-sama menyambut Tahun Baru Cina 2009 serta didoakan agar kita semua akan memperolehi keamanan, Perpaduan dan Pembangunan Modal Insan gemilang.