Projek JV : Rakyat Silam Rasa Bangga

Projek Janthropa dan Vanilla yang kini diperjuangkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi selaku Ahli Dewan Rakyat P188 Silam amat ditunggu-tunggu oleh rakyat. Apabila sahaja YB Silam menyatakan dalam akhbar tentang ekonomi”Janthropa memperkayakkan Rakyat Silam”rakyat merasa bangga dengan usaha ini yang boleh menyumbang ke arah pembangunan ekonomi keluarga,silam,sabah dan malaysia.

Melalui temubual bersama rakyat silam encik Hamid Harun katanya”saya amat kagum dan bangga dengan YB Silam yang memperjuangkan nasib rakyat yang sanggup membantu bagi mempertingkatkan ekonomi kami. Sekarang harga kelapa sawit turun keparas harga lebih kurang RM250.00 sahaja. Tetapi dengan inisiatif YB Silam yang proaktif ini saya yakin dan percaya seluruh rakyat silam malahan sabah dan malaysia merasa bangga dengan kejayaan YB Silam yang berjaya membperkenalkan tanaman ini yang boleh menghasilkan keuntungan besar dan bernilai komersil.

p1020900

Tanaman Janthropa telah dimulakan oleh penduduk kampung yang tinggal dikampung Selamat, keluasan tanah ladang 80 ekar telah berjaya membuahkan hasil yang subur. Pengusaha ladang ini juga telah mendapat suntikan semangat bahawa YB Silam akan menjadikan Janthropa tanaman yang boleh digabungkan dengan tanaman vanilla.

Melalui temuramah yang singkat dengan en. Hamid katanya lagi”Saya tidak pernah jumpa YB yang sanggup mengorbankan masa bagi membantu rakyat sehingga berjaya memperkenalkan tanaman janthropa dan vanilla yang mempunyai nilai harga yang tinggi dipasaran bukan sahaja di malayisa malahan terdapat permintaan daripada pelabur luar negara.

Janthropa akan menjadi tanaman yang boleh digunakan untuk pengguna kenderaan dengan penjimatan sehingga 10 % apabila berjaya dijadikan biodesel. Kesannya akan menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran udara.

Tanaman Vanilla boleh ditanam dipokok-pokok Janthropa tanpa membazirkan tanah yang lain. Vanila akan melilit dari satu dahan ke dahan yang lain (menumpang didahan Janthropa ) sehingga mengeluarkan hasil. Berdasarkan kajian vanilla berpotensi untuk dikomersilkan bagi industri kosmeti,minuman dan lain-lain lagi.

Saya percaya 2009 hingga 2011 parlimen silam dibawah pentadbiran YB Tuan Haji Salleh Haji Kalbi akan menjadi gemilang apabila kebun-kebun rakyat dikawasan luarbandar menghasilkan produk Janthropa dan Vanilla. Saya melihat potensi tanaman ini akan menjadikan silam gemilang bagi menyahut kepimpinan YAB Datuk Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang mahu satu daerah satu industri yang boleh menyumbang dalam pembangunan ekonomi keluarga,negeri dan malaysia.p1020929

Satu Respons to “Projek JV : Rakyat Silam Rasa Bangga”

  1. Tok Janggut Says:

    Alhamdulillah….

    Inilah yang ditunggu dan dinanti oleh penduduk Silam, moga kita mampu mengorak langkah lebih jauh dengan kebijaksanaan dan kesaksamaan YB HJ Salleh Kalbi.

    Biodiesel dan Vanilla……interesting

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: