Sayang Rakyat : YB Silam, Prihatin Mangsa Kebakaran

 

YB SILAM PRIHATIN DENGAN MANGSA KEBAKARAN …..JUTAAN Terima Kasih YB BERKHIDMAT

YB Silam bergambar bersama mangsa kebakaran...Moga ALLAH angkat darjat YB..jutaan terima kasih

Keprihatinan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi selaku Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam terhadap mangsa kebakaran  di kampung Silam Bumiputera adalah amat disanjung tinggi oleh rakyat. Yang Berhormat yang amat menitikberatkan tentang kesejahteraan rakyat, sanggup berkorban demi untuk memajukan dan menyayangi rakyat khususnya yang dilanda masalah atau malapetaka.

Yang Berhormat sentiasa mengambil berat masalah rakyat walaupun berada di kawasan DUN N49 Tungku,DUN N50 Lahad Datu dan DUN N51 Kunak. Berdasarkan maklumbalas orang ramai, saya sempat menemuramah penduduk kampung dikawasan Kunak katanya ; YB. Silam mempunyai budaya kerja yang luarbiasa, bekerja dengan laju dan tanpa disedari kini ada di depan mata, tidak kisah sikit atau ramai orang YB Silam tetap berjumpa dengan penduduk kampung sehingga ikhlas masuk kampung bertanya khabar berita dan masalah kampung. Yang uniknya YB Silam tidak mensia-siakan anugerah Allah SWT dikawasan Parlimen yang ditadbirnya yang memiliki nilai komersil tinggi dalam industri pelancongan sebagai contoh Air Terjun Madai,Telaga Tujuh,Pantai Sarina,Air Panas, Sarang Burung di Madai dan lain-lain lagi.Inilah pandangan ikhlas en. hamid yang kagum dengan YB Silam.

Apa kata mangsa kebakaran yang amat gembira dan rasa bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana mendapat pembelaan luar biasa dengan cepat sepantas kilat beliau mendapat kelulusan dengan mendapat rumah PPRT yang tidak pernah terfikir. Saya hanya memikirkan tinggal dipondok dan lebih dhaif dan hanya menghitung hari demi hari. Tapi dengan keikhlasan YB Silam saya mendapat durian runtuh,hujan emas tanpa diduga saya boleh tingggal dirumah yang dipruntukkan untuk Parllimen Silam oleh kerajaan. Terima kasih YB Silam kerana dapat meringankan beban dan masa depan saya…..YB. Silam amat menyayangi kami…..Ikuti temubual saya dengan mangsa kebakaran…….

Saya Hussin Bin Jaiman adalah mangsa kebakaran di Kampung Silam Bumiputera amat BERTERIMA KASIH
kepada TUAN YB HAJI SALLEH HAJI KALBI yang amat prihatin membantu untuk menyelesaikan masalah saya. Sejak kebakaran yang telah memunsahkan rumah saya, keadaan ini telah menyebabkan saya dan isteri serta anak-anak kehilangan tempat tinggal. Pada  23 Disember 2008 adalah tarikh bersejarah kepada saya dan isteri serta anak-anak apabila YB telah menyenaraikan nama saya untuk memiliki rumah PPRT bagi tahun 2009,
berita gembira ini ….TUHAN saja yang membalasnya…semoga YB. SIlam menjadi YB seumur hidup kerana mesra rakyat,tidak sombong dan senang dijumpa. Keadaan ini  melegakan hati saya yang hampir hilang arah disebabkan kebakaran yang telah memunsahkan segala-galanya.
Saya amat BERDUKACITA DAN SEDIH atas sikap pihak tidak bertanggungjawab menipulasi keadaan yang saya hadapi untuk memburukkan dan mencemarkan
nama YB HAJI SALLEH HAJI KALBI demi kepentingan politik dan peribadi semata-mata,
namun saya BERBANGGA dengan keperibadian YB kerana tidak menyalahkan saya dan keluarga atas sikap pihak yang tidak bertanggungjawab.      Mangsa kebakaran…..Terima Kasih YB!!!

Saya Hussin Bin Jaiman adalah mangsa kebakaran di Kampung Silam Bumiputera amat BERTERIMA KASIH
kepada YB HAJI SALLEH HAJI KALBI atas keprihatinannya membantu saya untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi sejak kebakaran yang telah memunsahkan
rumah saya, keadaan ini telah menyebabkan saya dan isteri serta anak-anak kehilangan tempat tinggal. Tarikh 23 Disember 2008 adalah tarikh bersejarah kepada saya dan isteri serta anak-anak apabila YB telah menyenaraikan nama saya untuk mendapat rumah PPRT untuk tahun 2009,
berita gembira ini sedikit sebanyak telah melegakan hati saya yang hampir hilang arah disebabkan kebakaran yang telah memunsahkan segala-galanya.
Saya amat BERDUKACITA DAN SEDIH atas sikap pihak tidak bertanggungjawab menipulasi keadaan yang saya hadapi untuk memburukkan dan mencemarkan
nama YB HAJI SALLEH HAJI KALBI demi kepentingan politik dan peribadi semata-mata,
namun saya BERBANGGA dengan keperibadian YB kerana tidak menyalahkan saya dan keluarga atas sikap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Satu Respons to “Sayang Rakyat : YB Silam, Prihatin Mangsa Kebakaran”

  1. silamgemilang Says:

    Januari, 2009 09:56 AM

    Proses Penamaan Calon Bermula

    KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Bernama) — Pusat penamaan calon di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud di sini yang terletak di tengah bandaraya ini, dibuka 9 pagi ini bagi menerima kedatangan calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu untuk mengemukakan borang penamaan calon masing-masing.

    Barisan Nasional (BN) meletakkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon manakala PAS meletakkan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut.

    Kuala Terengganu kelihatan “ceria” seawal pagi ini apabila penyokong parti politik sudah mula berkumpul di beberapa lokasi berhampiran Stadium Negeri bagi memberikan sokongan terhadap calon yang akan bertanding.

    Cuaca di sekitar Kuala Terengganu juga dilaporkan baik pagi ini.

    Beberapa jalan berhampiran Stadium Negeri pula sudah ditutup dan dikawal polis sejak awal pagi ini bagi mengawal pergerakan kenderaan ke pusat penamaan calon itu.

    Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Razali menang kerusi itu dengan majoriti 628 undi.

    Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR), jumlah pengundi berdaftar di kawasan Parlimen itu ialah seramai 80,229 orang.

    Hari pengundian pula ditetapkan pada 17 Jan ini.

    — BERNAMA

    karismasilam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: