Archive for 7 Januari 2009

Pemimpin Bersama Rakyat : YB. Silam Mengukir Ketrampilan Kendiri

Januari 7, 2009

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT : YB. SILAM MENGUKIR KETRAMPILAN KENDIRI

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI
AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN P188 SILAM.

YB. Silam menerima cenderakenangan buku "Barrack Hussein Obama"

YB. Silam menerima cenderakenangan buku "Barrack Hussein Obama"

Selamat Tahun Baru…Itulah kata-kata yang sentiasa kita dengar apabila tibanya tahun baru setiap tahun.Selain daripada itu, ada juga yang berkata apa azam baru tahun ini…………
..Jawapanya …setiap orang akan berkata Tahun baru 2009 adalah lebih baik dari tahun lalu…Bagi kakitangan awam pula akan berkata….Pentadbiran yang berkualiti dengan perkhidmatan kepada rakyat dan sistem penyampaian yang mesra,bersopan dan jujur, taat dan sebagainya…walauapapun azam tahun baru yang kita lahirkan semuanya akan mendatangkan kesan positif dengan tindakan susulan dalam menzahirkan perancangan dan azam kita..

YB. Silam bergambar bersama ketua-ketua jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan P188 Silam

YB. Silam bergambar bersama tetamu jemputan makan malam

Sambutan tahun baru 2009 bagi Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi,Ahli Dewan Rakyat Parlimen 188 Silam merangkap Duta Pengaman PBB yang diadakan disalah sebuah restoran terkenal didaerah Lahad Datu,Sabah
bertarikh 02hb / 01 / 2009 pada hari jumaat itu telah menghimpunkan masyarakat ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, kakitangan awam, Komponen Barisan Nasional,Wartawan-Wartawan, Sahabat Parlimen,Jemputan Khas dan orang ramai yang melibatkan kawasan Tungku,Kunak dan Lahad Datu.Majlis yang diadakan ini telah mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan.

Kakitangan Pejabat Parlimen P188 Silam bergambar dengan slogan Keamanan

Kakitangan Pejabat Parlimen P188 Silam bergambar dengan slogan Keamanan

Sebagai rakyat Parlimen Silam sudah tentunya kita amat berbangga dengan penganugerahan bertaraf dunia ini. Inilah satu-satunya anak Malaysia yang diberi penghargaan tertinggi kerana kelantangan bersuara melalui,media cetak dan elektronik,Dewan Parlimen,Blog,Dalam majlis Pemimpin bersama rakyat dan sebagainya.Kelantangan bersuara dan keikhlasan menyampaikan tentang sesuatu isu serta keberanian menyatakan tentang kebenaran kesannya Dunia telah melihat YB. Silam sebagai seorang pejuang yang inginkan kedamaian manusia sesama manusia perlu dikekalkan.Saya masih teringkat apabila YB Silam menyatakan bahawa kata-kata “Selamat,Aman,Makmur” yang dilaung-laungkan oleh Yang amat Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia,YAB Datuk Sri Datuk Mohd Najib bin Tun Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Musa Bin Hj. Aman Ketua menteri Sabah perlu dijadikan agenda utama bagi menyampaikan mesej agar rakyat kembali bersatupadu dan mengamalkan budaya hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Masyarakat Cina Kawasan Kunak meraihkan YB Silam di atas kemenangan dalam pilihanraya ke-12

Masyarakat Cina Kawasan Kunak meraihkan YB Silam di atas kemenangan dalam pilihanraya ke-12

Jika kita melihat di kawasan Parlimen silam YB Silam sentiasa menitikberatkan program yang melibatkan semua Parti Komponen Barisan nasional. Keikhlasan untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang kaum, amat baik dalam pembangunan ekonomi,sosial,politik dan kesejahteraan rakyat. Berdasarkan tinjauan di kalangan masyarakat MCA YB Silam dikatakan pemilihan YB Silam sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen P188 silam adalah amat tepat kerana beliau adalah anak muda yang rajin turun padang melihat dan meninjau rakyat dan bertanya khabar tentang masalah kampung. Membela dan merancang pembangunan modal insan dan pembangunan berasaskan pelancongan,menyatakan masalah dikawasan silam seperti jalan raya yang semakin sesak,pembinaan airport baru, Zon acuacultur negara di Silam,pendidikan dan sebagainya.Pandangan dikalangan guru-guru pula “YB Silam amat menghargai masa, datang awal dari masa yang dijanjikan dan terus bermesra dengan rakyat.

YB. Silam menyampaikan ucapan sempena menyambut Bulan Kemerdekaan bersama kakitangan kerajaan dan masyarakat

YB. Silam menyampaikan ucapan sempena menyambut Bulan Kemerdekaan bersama kakitangan kerajaan dan masyarakat

YB Silam menaikkan bendera Malaysia di saksikan oleh Polis daerah,Pejabat Daerah Lahad Datu

YB Silam menaikkan bendera Malaysia di saksikan oleh Polis daerah,Pejabat Daerah Lahad Datu

 

Bendera Malaysia berkebar megah di Puncak Bumi Silam,Sabah.

Bendera Malaysia berkebar megah di Puncak Bumi Silam,Sabah.

Masyarakat Yang Hadir Memberi Sokongan Program Bulan Kemerdekaan

Rakyat Silam Mengibarkan Bendera Dengan Diiringi lagu-Lagu Patriotik

Rakyat Silam Mengibarkan Bendera Dengan Diiringi lagu-Lagu Patriotik

Tidak sampai setahun sebagai Yang Berhormat Silam Dunia mengiktiraf anak muda malaysia yang ingin melihat manusia di dunia ini perlu mengamalkan hidup yang bersatupadu,hidup aman damai dan hidup dalam keadaan selamat, menghormati undang-undang setiap negara-negara dan kebebasan hak-hak kemanusiaan.Jika kita melayari internet Google maps kita akan dapat melihat gunung kinabalu dan dalam masa terdekat lagi kita akan melihat lembah danum dikawasan Parlimen Silam.Manusia yang terawal dijumpai di madai, kunak sejak 2700 tahun.
Telaga Tujuh di kampung Selamat. Kunak yang selalui dikunjungi orang ramai setiap sabtu dan ahad adalah sungai yang tidak pernah kering dan adalah amat sesuai sebagai industri pelancongan.Terdapat juga Larva gunung berapi yang masih wujud dikawasn madai. Dimaklumkan juga terdapat telaga air panas dikawasan kunak yang selalu dikunjungi sehingga kini.Tidak lama lagi MOU akan diadakan bagi mengusahakan tanaman janthropa dan vanilla yang akan dilaksanakan projek ini dalam masa terdekat oleh rakyat silam.

 

Kita perlu menyayangi ilmu pengetahuan dan sentiasa menambah ilmu seperti pepatah “Pendidikan sepanjang hayat”.Ilmu pengetahuan akan mengangkat martabat Bangsa Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.Saya masih ingat apabila YB Silam berkata Walaupun kita miskin, kita jangan merasa rendah diri kerana kita telah dikurniakan ALLAH SWT dengan anak-anak.Anak-anak ini adalah harta yang lebih berharga ibarat mutiara,permata,dan harta yang akan memperkayakan keluarga malahan kepada agama,bangsa dan negara.Katanya lagi beliau juga hidup dalam keluarga miskin. Dengan dorongan ibubapa agar saya bersekolah akhirnya saya dapat melanjutkan persekolahan sehingga ke peringkat tinggi diluar negara dan kini telah berjaya mencapai cita-cita impian ibubapa saya.Marilah kita bangkit untuk mempastikan anak-anak kita mendapat pendidikan sehingga ke peringkat tinggi.
Bah kata pepatah”bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian”.