MEWARNAI TRADISI GEMILANG SAINS ISLAM

MEWARNAI TRADISI, GEMILANG SAINS ISLAM

Pertanian Tradisi berubah wajah dengan K-ekonomi ke arah gemilang

Pertanian Tradisi berubah wajah dengan K-ekonomi ke arah gemilang

Sejarah telah membuktikan dalam abad ke-5 hingga ke-15, gemilang warisan Islam telah dibuktikan apabila masyarakat Islam berjaya menjenama kemajuan Islam dalam bidang seperti sains dan teknologi khususnya dalam bidang matematik, astronomi,perubatan, kejuruteraan,pertanian, terori dan sains gunaan.

Para intelektual dan saintis Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina,Al-Biruni,Al-Razi,Al-Jazari dan Al-Khawarizmi telah berjaya menghasilkan penemuan dan kajian yang menyumbang kearah pembangunan empayar Islam.Penemuan oleh saintis Islam amat diminati oleh Bangsa Eropah seperti kopi, sabun, peralatan bedah,vaksinasi, algebra dan penerapan ciri senibina Islam.

 

Pandangan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam tentang kegemilangan ZAMAN silam ,Umat Islam perlu berubah dengan mempersiapkan kendiri dengan jati diri, mempertingkatkan kecekapan dan kemajuan teknologi bagi menjana pembangunan
ekonomi yang berasaskan ilmu (K-ekonomi).

K-ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi merupakan ekonomi baru dunia.Bagi mencapai matlamat K-ekonomi ialah;

~ Ekonomi Pertanian Tradisional perlu berubah wajah baru yang mempunyai nilai komersil tinggi.Pada abad ke-21 bahan mentah yang dikehendai oleh semua pihak bukan lagi bahan mentah murah,buruh yang murah atau komoditi yang murah tetapi ILMU PENGETAHUAN.

Elemen paling penting bagi sumber kekayaan utama bagi K-ekonomi ialah MODAL INSAN.Bagi mencapai gemilang modal insan para saintis dan jurutera berbakat perlu diberi pengiktirafan dan empowerment bagi menggalakkan mereka meningkatkan pengerahuan,kemahiran,pengalaman dan inovasi.

Pendidikan dan latihan negara perlu berdayasaing untuk melahirkan ramai tenaga kerja yang mencukupi,mempunyai kemahiran dan kelayakan bagi memacu pembangunan sains dan teknologi negara.
Komuniti sains,teknologi dan jurutera perlu kreatif,inovatif dan keusahawanan sebagai pelengkap order baru ekonomi dunia.K-ekonomi memerlukan pelaburan.

Pelabur adalah penting bagi menyediakan kemudahan yang bertaraf dunia yang serba canggih. Kemudahan yang serba canggih sebagai penyokong dalam perlaksanaan kualiti kerja-kerja saintifik dan teknologi
disamping memastikan komuniti sains,teknologi dan kejuruteraan dapat menghasilkan kerja dan produk baru yang berkualiti.Bagi mengelakkan jurang yang wujud antara makmal penyelidikan dan pasaran, perlu
ada kerjasamapadu antara ahli akademik,institusi penyelidikan awam dan pihak industri.

Langkah pertama mengenalpasti bidang utama bertujuan meningkatkan produktiviti. Sebagai contoh Malaysia memfokuskan bidang Bioteknologi dan komunikasi teknologi maklumat.Ini melibatkan sektor pertanian
Generasi muda perlu memahami faedah dan manfaat mempelajari sains dan teknologi kerana mereka bakal menjadi pelapis kepimpinan masa depan.

Dalam Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 201 yang selalu dibaca sebagai doa ; Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari seksaan neraka.Oleh itu kerajaan
berusaha mengubah dan menukar minda serta pandangan masyarakat Islam supaya memberi tumpuan ilmu wahyu dan ilmu akal.

ISlam Hadhari berlandaskan prinsip keempat iaitu penguasaan ilmu pengetahuan dan dasar serta strategi kerajaan bagi mencapat Rancangan malaysia Kesembilan nanti.
Realitinya peluang dan ruang perlu serta penghargaan dengan pengiktirafan yang saksama.

Satu Respons to “MEWARNAI TRADISI GEMILANG SAINS ISLAM”

  1. silamgemilang Says:

    Am

    ——————————————————————————–
    09 Januari, 2009 14:41 PM

    PM: Program Usahawan Tunas Mekar Perlu Dikembangkan

    SHAH ALAM, 9 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu program perintis pembangunan usahawan yang dijalankan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama usahawan tempatan diperluaskan di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai usahawan tulen bumiputera.

    Penghasilan lebih ramai usahawan tulen bumiputera penting untuk menyusun semula masyarakat di Malaysia, katanya pada majlis pelancaran Program Jaringan Tunas Mekar, Pusat Reka Cipta Nasional (NDC) dan MIM Batik dan Songket di sini, Jumaat.

    Program tunas mekar itu, yang diilhamkan oleh Abdullah pada 2005 berjaya melahirkan usahawan di kalangan graduan Bumiputera UiTM.

    Ia berkonsepkan perkongsian pintar antara pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), graduan dan pensyarah UiTM melalui penempatan graduan bersama pengusaha selama satu tahun dengan bimbingan pensyarah UiTM.

    Tunas mekar itu juga dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

    “Untuk menyusun semula masyarakat, kita tidak boleh bergantung hanya kepada agihan ekuiti kerana ia tidak mencukupi, dan untuk itu, program pembangunan usahawan tulen Bumiputera diperlukan untuk meramaikan golongan usahawan ini,” kata Abdullah.

    Beliau berkata kerajaan juga tidak menggalakkan mereka yang terdiri daripada golongan usahawan yang hanya memegang saham dalam syarikat, terutamanya rakan yang tidak terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan, dan “yang tidak menambah nilai perniagaan atau saham yang dimiliki.”

    “(Malah) kadang-kadang saham yang dipegang kecil atau milik orang lain,” katanya.

    Sementara itu, Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Ibrahim Abu Shah dalam ucapan aluannya berkata setakat ini program tunas mekar itu yang diwujudkan dengan kerjasama Felda telah melahirkan 140 graduan yang berjaya membuka perniagaan sendiri.

    Mereka merupakan 50 peratus daripada 285 graduan UiTM yang menyertai program tersebut, dan ratusan kejayaan yang tinggi ini melebihi daripada kejayaan projek melahirkan usahawan tulen Bumiputera yang dijalankan oleh agensi lain, yang kebanyakkan pada kadar 30 peratus, katanya.

    Abdullah berkata potensi NDC amat besar kerana ada pembeli yang sanggup membayar lebih bagi produk yang mempunyai rekaan yang dihasilkan kerana daya kreatifnya yang tinggi.

    Dengan memberikan contoh, katanya seorang pengusaha tongkat daripada batang kelapa mampu menghasilkan 60 batang tongkat daripada sebatang pokok kelapa dengan harga RM100 sebatang, yang hasil jualan bernilai RM6,000, berpandukan minda yang kreatif.

    Beliau yang gemar mengumpul tongkat sebagai koleksi peribadinya sejak menjadi Menteri Luar pernah membayar RM380 bagi sebatang tongkat daripada buah pinang kering.

    Begitu juga dengan penggunaan barang terbuang seperti tunggul kayu yang boleh dijadikan mangkuk kayu menggunakan mesin larik untuk mendapatkan harga tinggi sehingga RM6,000 ha nya dengan menggunakan dayakreatif dan kemahiran, katanya.

    Batik yang satu masa dahulu hanya digunakan sebagai pakaian basahan atau pengikat kain semutar kini mencapai harga ribuan ringgit sehelai setelah usaha yang dipelopori Allahyarham isteri beliau Datin Seri Endon Mahmood sehingga batik dipamerkan di Amsterdam, Belanda dan Australia serta diterima oleh pereka fesyen antarabangsa.

    Sementara itu Abdullah berkata isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah pula suka mereka cipta barang-barang peralatan hantaran perkahwinan seperti dulang hantaran yang dibuat daripada bahan yang mudah didapati tetapi dibentuk dengan tema yang menarik dan boleh mencapai harga yang tinggi berdasarkan reka bentuk dan buatannya.

    Rekaan komputer yang ringkas seperti Makcik PC yang dihasilkan MIMOS Bhd yang diketuai bekas Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Motorola, Abdul Wahab Abdullah dijangka mampu meningkatkan penggunaan Internet di kawasan desa, tambah beliau.

    Peningkatan penggunaan Internet di peringkat desa dijangka meningkatkan lagi kejayaan penggunaan e-government di kalangan rakyat, katanya.

    Beliau juga menyokong dan bersetuju dengan cadangan Prof Ibrahim supaya ditubuhkan satu Institut Keusahawanan Bumiputera di UiTM bagi meneruskan agenda pembangunan keusahawanan berdasarkan konsep Tunas Mekar.

    Institusi Pengajian Tinggi perlu memainkan peranan sebagai barisan hadapan dalam usaha menambah nilai apa juga yang diceburi graduan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berjaya, kata Abdullah.

    Pada majlis itu, beliau menyampaikan Anugerah Tokoh Usahawan Mekar 2008 kepada pengusaha kilang kopi Mohammed Chin, dari Serdang, Kedah bagi kategori lelaki dan nelayan laut dalam dari Tok Bali Kelantan, Aishah Mahmud bagi kategori wanita.

    Selepas majlis itu, Abdullah bersama-sama penuntut dan kakitangan UiTM menunaikan solat Jumaat dan kemudian hajat untuk mendoakan agar keganasan rejim Zionis di Gaza, Palestin dihentikan serta melancarkan Tabung Palestin UiTM.

    — BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: