SATE P188 SILAM : jom ke Restoran NUR-NIAGA di Sri Perdana

Kedai Nur Niaga yang terletak di Sri Perdana telah beroperasi sejak 10hb / bulan 10 /tahun 2008. Pengarah Urusan Restoran ini adalah anak muda yang bernama MUHATIR BIN ANDI NGARA yang menyahut hasrat dan cabaran Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat P188 Silam yang pernah berkunjung kekedai beliau kerana merasa amat puas hati dengan masakan dan layanan mesra. Restoran ini juga menyediakan KATERING kepada yang ingin mengadakan program

Inilah SATE P188 SILAM..memang sedap..jom ke Restoran NUR NIAGA, Sri Perdana lahad Datu.Sabah

Inilah SATE P188 SILAM..memang sedap..jom ke Restoran NUR NIAGA, Sri Perdana lahad Datu.Sabah.

 samada Jabatan/Swasta / majlis kahwin dan lain-lain.

 

inilah kuah (lohok) sate huhhh..sedap..ba..jom..cuba..1..pasti nak..lagi..

inilah kuah (lohok) sate huhhh..sedap..ba..jom..cuba..1..pasti nak..lagi..

SATE P188 SILAM mula beroperasi malam ini ingin menyahut cabaran YB Silam yang telahpun mencuba nasi dagang terengganu, hari ini telah menjadi kenyataan apabila dalam temph seminggu beliau telah memulakan SATE P188 SILAM ini dengan rasa,ramuan yang tidak terdapat ditempat lain hanya terdapat di restoran NUR N IAGA SRI PERDANA Lahad Datu. Sabah.

inilah Pengarah Urusan Restoran NUR NIAGA Saudara MUHATIR BIN ANDI NGARA,PROMOSI KOPI RADIX JUGA BAGUSBA...P188 SILAM

inilah Pengarah Urusan Restoran NUR NIAGA Saudara MUHATIR BIN ANDI NGARA,PROMOSI KOPI RADIX JUGA BAGUSBA...P188 SILAM

Kepada yang berminat untuk mencuba resepi SATE P188 SILAM INI jom ke RESTORAN NUR NIAGA.  Kepada yang mungkin penat atau letih dalam perjalanan jauh dari Kota Kinabalu ke Tawau atau ke semporna  jom singgah ke Restoran NUR NIAGA nikmati KOPI PRACAMPUR RADIX  agar tidak mengantuk dan selesa untuk meneruskan pemanduan seterusnya.

Belia-belia jom ke Restoran buka internet...percuma WIFI (ada wireless!!!) sambil makan sambil buka kamus ilmu jaringan internet..

Belia-belia jom ke Restoran NUR NIAGA perkhidmatan internet...percuma WIFI (ada wireless!!!) sambil makan sambil buka kamus ilmu jaringan internet..

2 Respons to “SATE P188 SILAM : jom ke Restoran NUR-NIAGA di Sri Perdana”

  1. silamgemilang Says:

    Rencana

    ——————————————————————————–
    09 Januari, 2009 14:50 PM

    ICT Beri Peluang Pendidikan Anak Luar Bandar

    Oleh Melati Mohd Ariff

    BALIK PULAU (Pulau Pinang), 9 Jan (Bernama) — Bagi pelajar ‘sederhana’ khususnya di luar bandar, gagal ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak semestinya bererti peluang mereka berakhir di sini, kerana ada kolej seperti Island College of Technology (ICT), Pulau Pinang, yang menawarkan pelbagai kursus peringkat ijazah, diploma dan sijil dengan kadar yuran yang berpatutan.

    “Semasa kolej ini ditubuhkan, memang tidak banyak kolej swasta Bumiputera di utara Semenanjung. Ketika itu juga, anak-anak Melayu yang sederhana pencapaian tidak mempunyai banyak peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

    “Di Pulau Pinang khususnya saya melihat ramai sangat anak perempuan Melayu memilih bekerja di kilang sebagai jalan mudah untuk mencari wang membantu keluarga.

    “Kita tidak mahu anak-anak muda Melayu terutamanya perempuan hanya menjadi operator pengeluaran di kilang,” demikian kata Presiden/Ketua Eksekutif ICT, Datuk Siti Mazenah Saat dalam temu bual dengan Bernama di sini baru-baru ini.

    Bagi beliau yang berpengalaman luas dalam bidang akademik, senario itu amat menyedihkan terutama kerana sesetengah mereka itu mendapat kelulusan yang baik tetapi terpaksa mengalah selepas gagal ke IPTA dan kesempitan hidup keluarga tidak memudahkan mereka ke kolej swasta.

    Siti Mazenah berkhidmat selama 21 tahun dengan Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum bersara pada September 1998. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

    KOMITMEN KTP

    Visi ICT yang memulakan operasi sejak 1998 ialah mahu menjadi institusi pendidikan tinggi swasta yang unggul dengan komitmen terhadap kecemerlangan melalui kualiti dan budaya pendidikan yang baik.

    Menurut Siti Mazenah yang pernah menyandang jawatan Pendaftar di USM, dalam tempoh 10 tahun lepas, kolej berkenaan gigih melaksanakan kewajipan sosial korporatnya dalam menjana pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan pelajar luar bandar.

    “Bertahun-tahun terbabit dalam bidang akademik, saya melihat jurang antara mereka yang pintar dan sederhana. Bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang, lazimnya tiada masalah untuk ke IPTA tetapi bagaimana pula nasib mereka yang sederhana keputusan peperiksaan mereka?

    “Mereka ini seperti kehilangan punca, tidak tahu ke mana hendak dituju, apa yang perlu dibuat. Untuk itu, kita perlu menunjukkan jalan supaya mereka tidak terabai dan boleh melanjutkan pelajaran,” jelasnya.

    Beliau berkata pihaknya juga turun padang dari semasa ke semasa untuk menarik minat pelajar yang baru tamat peperiksaan untuk mengikuti kelas bahasa Inggeris selama tiga bulan di ICT.

    “Semasa mengikuti pengajian bahasa Inggeris ini, kami sudah bakar semangat mereka untuk belajar setinggi mungkin kerana kecemerlangan mereka sudah tentu dapat merubah kehidupan keluarga mereka juga,” katanya.

    INGAT PENGORBANAN IBU BAPA

    Siti Mazenah berkata 80 puluh peratus pelajar ICT adalah pelajar Melayu dan selebihnya adalah pelajar Cina dan India.

    Hampir semua daripada pelajar Melayu datang dari kawasan luar bandar Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan selatan Perak dan majoriti pelajar tersebut berasal daripada keluarga susah termasuk petani dan buruh.

    Justeru, beliau sering mengingatkan pelajar-pelajar berkenaan supaya sentiasa mengenang pengorbanan ibu bapa mereka.

    “Dalam taklimat saya kepada pelajar, saya sering menekankan kepada pelajar supaya tidak melupakan pengorbanan ibu bapa, bagaimana ibu bapa bersusah payah menyewa kereta atau teksi untuk menghantar mereka belajar.

    “Sekarang adalah masanya untuk mereka membalas pengorbanan ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh untuk membolehkan mereka mempunyai masa depan yang berkualiti,” katanya.

    Di samping pelajar dari utara, Siti Mazenah berkata ICT turut menerima pelajar dari negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

    ANTARA KURSUS YANG DITAWARKAN

    Setiap tahun, ICT mengambil antara 600 hingga 700 orang pelajar.

    Program peringkat diploma ICT ialah dalam dalam bidang Pengurusan, Pemasaran, Komunikasi, Teknologi Maklumat, Perakaunan, Pengurusan Sumber Manusia dan Keusahawanan.

    Program Diploma Luaran yang dibuat dengan UiTM ialah dalam bidang Sains, Pengajian Perniagaan dan Komunikasi dan Media.

    ICT juga menawarkan Program Ijazah Luaran dengan USM iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Ijazah Sarjana Muda Farmasi.

    Untuk kursus pendek, KTP menawarkan pelbagai bidang termasuk sijil Bahasa Inggeris, Pembangunan Eksekutif, Pemasaran, Aplikasi Komputer, Teknologi Maklumat, Multimedia dan Internet serta Keusahawanan.

    Menurut Siti Mazenah, hampir semua pelajar ICT mendapat tajaan Mara atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Bagi mereka yang tidak mendapat tajaan Mara atau pinjaman PTPTN, pihak ICT akan berunding dengan Yayasan Pelajaran Mara.

    “Dengan usaha ini, tiada masalah untuk belajar di sini. Pelajar hanya perlu datang dan belajar,” jelas beliau.

    PELAN 10 TAHUN

    Siti Mazenah berkata pihaknya mempunyai banyak rancangan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan akademik di ICT bagi tempoh 10 tahun akan datang.

    “Fokus kami sebelum ini ialah bidang pengurusan dan sains kesihatan termasuk farmasi. Program untuk bidang kesihatan seterusnya ialah kejururawatan dan dietetik.

    “Dalam tempoh 10 tahun ini, kami berharap dapat menawarkan lebih banyak lagi program ijazah. Saya juga sedang berurusan dengan Asia-e University untuk menawarkan program e-learning termasuk Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA),” katanya.

    Dengan adanya program e-learning yang dijangka dapat dimulakan Februari atau Jun ini, Siti Mazenah berharap lebih ramai pelajar ICT akan menyambung pengajian di peringkat ijazah.

    “Buat masa ini hanya 50 peratus pelajar diploma yang meneruskan pengajian peringkat ijazah. Mereka yang tidak berbuat demikian memberi alasan mahu cepat bekerja untuk membantu keluarga.

    “Dengan adanya program dengan Asia-e University, mereka boleh bekerja dan dalam masa yang sama dapat menyambung pelajaran menerusi e-learning,” jelasnya.

    PERANCANGAN

    ICT juga, katanya, akan memperluas program bahasa Inggerisnya.

    “Di kolej ini kami sememangnya memberi penekanan kepada bahasa Inggeris. Setiap Isnin dan Rabu, semua pelajar diwajibkan bertutur dalam bahasa Inggeris. Nampak berkesan.

    “Kita perlu melakukan banyak cara untuk memastikan pelajar-pelajar kita fasih berbahasa Inggeris untuk kemudahan mereka juga terutama apabila memasuki sektor pekerjaan,” katanya.

    Siti Mazenah berkata ICT juga merancang mengadakan kerjasama dengan universiti luar negara seperti di Australia dan United Kingdom.

    “Sama ada kami menghantar pelajar untuk belajar di sana atau menawarkan program berkembar, yakni separuh di ICT dan separuh lagi di negara berkenaan. Kami juga mungkin mendapatkan pelajar universiti tersebut belajar di ICT,” katanya.

    Sebagai permulaan, katanya, ICT menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Kuala Lumpur yang akan menghantar 100 pelajar Afrika termasuk dari Botswana untuk mengikuti program asas selama setahun.

    “Mereka ini akan menjadi pelajar asing kami yang pertama. Sebagai usaha supaya pelajar-pelajar ini tidak menghadapi masalah sepanjang mereka belajar di ICT, kami akan wujudkan ‘Sistem Buddy’ (seorang pelajar tempatan menjadi rakan kepada seorang pelajar asing).

    NAIK TARAF KOLEJ

    Menurut Siti Mazenah, sekiranya semua berjalan lancar, pihaknya berharap ICT dapat dinaik taraf kepada universiti kolej dalam tempoh 10 tahun ini.

    “Dengan kenaikan taraf ini, kita dapat mengadakan program ijazah sendiri berbanding program francais universiti lain yang ditawarkan sekarang,” katanya.

    ICT juga merancang untuk menambah bilangan pengambilan pelajar kepada 4,000 hingga 5,000.

    “Buat masa ini, kampus ICT boleh menampung maksimum pelajar 1,500 orang. Untuk menambah bilangan, pengurusan kolej perlu menambah kemudahan bilik syarahan, asrama dan kemudahan-kemudahan lain,” katanya sambil menambah pihaknya mungkin perlu membina bangunan tinggi bagi menggantikan bangunan sedia ada yang berbentuk chalet.

    Dalam masa yang sama, ICT juga akan terus memberi penekanan kepada kecemerlangan tenaga pengajar ICT.

    Ketika ini ICT mempunyai 45 pensyarah lulusan dalam dan luar negara di mana 44 orang adalah pensyarah tetap.

    Siti Mazenah berkata pihaknya merancang supaya semua pensyarah mempunyai kelayakan tertinggi dan ICT turut mempunyai skim untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.

    Buat masa ini lebih daripada separuh pensyarah ICT mempunyai Ijazah Sarjana dan tiga orang mempunyai Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD).

    “Kami telah mencapai matlamat yang disasarkan dalam tempoh 10 tahun pertama. Cabaran paling utama sekarang adalah untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti. Ini bermakna kurikulum kami perlu sesuai dengan keperluan negara dan industri. Ini cabaran besar buat kami.

    “Pelajar juga perlu memainkan peranan. Kecemerlangan kolej juga bergantung kepada kecemerlangan mereka. Adakalanya kami perlu pimpin tangan mereka dan ingatkan mereka. Walau apa pun, pihak kolej hanya boleh berbuat setakat yang terdaya, selebihnya pelajar perlu berusaha sendiri,” katanya sambil menjelaskan peratus pelajar yang lulus ialah hampir 99 peratus.

    KEPUASAN PERIBADI

    Bagi Siti Mazenah, tiada yang paling berharga selain melihat pelajar-pelajarnya berbaris megah menerima skrol masing-masing di hari konvokesyen.

    Perasaan terharu turut dirasai apabila ibu bapa tampil untuk mengucapkan terima kasih di atas kejayaan anak-anak mereka.

    Kepuasan itu, katanya, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

    Menurut beliau, ada juga pelajar apabila berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi pekerjaan, mengirim nota terima kasih kepada kolej.

    “Ini juga mengharukan. Setidak-tidaknya kami telah berjaya mengeluarkan anak-anak ini daripada kepompong kemiskinan. Kejayaan mereka juga membuktikan pelajar sederhana khususnya pelajar luar bandar, juga boleh berjaya jika diberi peluang.

    “ICT akan terus memberi penekanan kepada tanggung jawab sosial ini demi masyarakat dan juga bangsa Melayu,” kata Siti Mazenah.

    — BERNAMA

  2. lisa n frends Says:

    nak try dulu sate tu…..bolehkah ?
    kasi free makan dulu baru beli bahhhh……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: