DEMOKRASI BERPARLIMEN Teras Suara Rakyat

Kepimpinan Negara Malaysia Berasaskan Demokrasi Berparlimen Mewarnai Kehidupan Rakyat
Pengenalan
Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri. Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk
pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang
membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara. Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak
memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

Pentadbiran kerajaan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Teras Suara Rakyat
Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang
memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”. Unsur
penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyatlah yang akan menentukan
siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat
tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
Â
Sistem Demokrasi
Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti mana yang dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan
Persekutuan. Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang
dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang
dan dasar-dasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh rakyat.

Pemimpin Turun Padang Meninjau Dan Membantu Menyelesaikan Masalah Rakyat
Kuasa Rakyat
Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih pemimpin dan
kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya. Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik.
Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan
parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.

Keamanan Negara kesan pemerintahan yang berasaskan Demokrasi berparlimen
Pilihan Yang Bijak
Rakyat Malaysia amat bertuah kerana bebas untuk menentukan sendiri bentuk dan corak pemerintahan yang dikehendaki melalui amalan demokrasi berparlimen.
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menjadi model negara membangun melalui amalan sistem demokrasi. Selaras dengan itu, rakyat telah membuat
pilihan yang bijak dengan memilih sebuah kerajaan yang mantap dan berpandangan jauh.Pembangunan berterusan mengutamakan kepentingan rakyat di samping kejayaan cemerlang
mengurus dan mentadbir negara ini adalah faktor utama mengapa rakyat memberi kepercayaan dan sokongan yang berterusan kepada kerajaan yang ada. Selain itu,
kekuatan ekonomi, kestabilan politik, perpaduan antara kaum, keamanan dan kemakmuran negara telah memberi keselesaan hidup kepada rakyat. Kini rakyat Malaysia
boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai. Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan
yang memerintah di negara ini. Pembangunan yang berterusan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang ternyata menguntungkan rakyat.
Sokongan Berterusan
Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat melalui pilihanraya lalu ternyata terus mendapat sokongan. Rakyat majoriti terus mahukan kerajaan yang boleh menjamin
kehidupan dan impian mereka tercapai dalam pelbagai aspek, terutama ke arah sebuah negara maju menjelang 2020. Kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran
Julai 1, 2009 at 1:51 am |
not bad…tabik la sapa yang buat blog ni..teruskan usaha
Januari 24, 2010 at 11:11 am |
entri yang bagus, mempunyai fakta tapi kalau boleh masukkan sedikit tentang kerajaan yang memerintah sekarang