Pilihanraya Kecil : Di Parlimen Kuala Terengganu

Keputusan pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu,menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) tewas kepada calon PAS. Perubahan ke arah mempertingkatkan sokongan dikalangan rakyat perlu dilakukan segera di dalam BN.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata keputusan itu menguatkan hujah untuk BN menjadi lebih kohesif dan menjadi pakatan pelbagai kaum yang lebih berkesan agar dapat terus mewakili dan berkhidmat untuk rakyat.
Kekalahan BN di Kuala terengganu perlu dikaji dengan mendalam yang melibatkan beberapa faktor. Antaranya ialah golongan peringkat bawahan yang hadir membantu dalam kempen pilihanraya untuk memenangkan calon BN tidak boleh dipandang rendah, malahan kehadiran golongan peringkat bawahan ini boleh merobah keadaan untuk lebih berjaya  . Golongan bawahan memainkan peranan penting dalam meraih undi untuk mendapatkan undi percaya rakyat. Sudah tiba masanya perpaduan dijadikan sebagai agenda dan teras dalam meraih kemenangan paling besar dalam pilihanraya kelak.”Walaupun merasa kecewa, pemimpin BN perlu terus positif dan bergerak ke depan dengan melipatgandakan usaha untuk melaksanakan segala perubahan seperti yang telah dijanjikan kepada rakyat.

“Kita mesti terus fokus untuk membina semula perpaduan di kalangan rakyat semua kaum, mengurangkan beban ekonomi rakyat dan memberi jaminan kepada rakyat tentang komitmen kita dalam mewujudkan keadilan untuk semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pilihan raya itu, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Khairy Jamaluddin berkata “Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

“Kalau dikatakan ini (faktor calon) adalah faktor yang sebabkan kekalahan BN, saya rasa itu (rumusan) terlalu mudah…kalau memang itulah faktornya, senanglah kerja kita,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

 

— BERNAMA ./Men

Satu Respons to “Pilihanraya Kecil : Di Parlimen Kuala Terengganu”

  1. Tok Janggut Says:

    Masalah Calon?

    1. I dont think so…..

    2. Begitulah caranya untuk mengelak dari menerima kekalahan…….selalu ada kambing hitam, Kenapa ? tepuk dada tanya iman, wajar kah atau perlukan post mortem menkaji pelbagai sudut yang boleh menyebabkan kekalahan.

    3. Kita haruslah bermuhasabah diri dan tenang seketika, imbas kembali di mana silapnya kita dan renung sejenak apakah sumbangan kita terhadap kekalahan ini. atau sekadar pak sorak yang sebabkan kampung tergadai………sejarah pasti berulang……

    4. Fahami jiwa Terengganu barulah kita dapat meneka gerak Terengganu, kalau tidak siapkanlah kambing hitam setiap kali ada pilihan raya kecil………..x hilang bisanya ular kalau menyusur akar…….

    5. Dasarnya fahami jiwa Malaysia barulah kita mampu mengerakan Malaysia ke satu arah yang cermerlang, gemilang dan terbilang……mengapa tidak wahai panji-panji Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: