Archive for 26 Januari 2009

ybsilamexoticdiscovery:BLOG BARU YB. TN. HJ. SALLEH HJ. KALBI

Januari 26, 2009

ybsilamexoticdiscovery ADALAH BLOG YB. SILAM YANG BARU DILANCARKAN PADA 26HB/JANUARI/2009 BERSAMAAN HARI ISNIN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2009. selamat datang ke blog ini……….

UMNO DAN BN IKHLAS MEMBELA RAKYAT MEMBANGUNKAN MODAL INSAN GEMILANG

Januari 26, 2009

YB. SILAM MENYOKONG KEPIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL : UMNO DAN BN SAHAJA YANG BOLEH BELA RAKYAT BAGI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Masyarakat Cina Mengunjungi YB. Haji Salleh di Pejabat P188 Silam.Sabah.Kelihatan YB Silam menyampaikan Kalendar Dan ucapan Tahun baru Cina 2009 kepada Masyarakat Cina.

Masyarakat Cina Mengunjungi YB. Haji Salleh di Pejabat P188 Silam.Sabah.Kelihatan YB Silam menyampaikan Kalendar Dan ucapan Tahun baru Cina 2009 kepada Masyarakat Cina.

Selaku wakil rakyat Parlimen P188 Silam, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah untuk terus membela dan memajukan rakyat dan Parlimen Silam, Sabah dan Malaysia.

Berdasarkan kata-kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Pakatan Rakyat.Beliau menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.YB.Tuan Haji Salleh Haji Kalbi berkata khabar angin ini adalah satu publisiti murahan saja, saya yakin dan percaya sebagai wakil rakyat (UMNO dan BN) yang telah diberi mandat oleh rakyat tidak akan mengkhianati harapan rakyat yang telah memilih untuk membangunkan kawasan yang diwakili UMNO dan BN untuk membawa perubahan dan pembangunan dikawasan masing-masing. Hanya UMNO dan BN sahaja yang boleh membawa pembangunan kepada rakyat.Kerajaan dibawah pentadbiran UMNO dan BN telah berjaya dengan gemilang untuk membela rakyat dan membangunkan kawasan Parlimen masing-masing amnya Sabah dan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata “Semua itu khabar angin sahaja…saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah),” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota daripada BN Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Terdahulu Najib dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menyertai ribuan pengunjung menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Najib menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai satu perkara yang tidak diduga dan berharap Nasaruddin akan dapat berfikir semasak-masaknya berhubung tindakannya menyertai PKR.

“(Tindakan Nasaruddin sertai PKR) satu perkara yang kita (BN) tak duga. Tapi saya berharap Adun Bota ini dapat berfikir semasak-masaknya langkah yang dia telah buat,” katanya.

Dalam kenyataan akhbar Nasaruddin yang diperoleh dari laman web Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nasaruddin berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Bota.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Nasaruddin menewaskan calon PKR Kapt (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin memperoleh 6,556 undi.

Sementara itu, ketibaan Najib dan isteri di perkarangan Wisma MCA disambut oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan pemimpin kanan parti, yang diserikan dengan persembahan tarian singa.

Majlis Rumah Terbuka yang diadakan di Dewan San Choon itu juga dimeriahkan dengan persembahan muzik dan pertunjukan akrobatik dari China.

Turut hadir pemimpin-pemimpin parti komponen BN, para diplomat asing serta pelancong asing.

Sementara itu, Najib ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gerakan di sini, berharap semua wakil rakyat BN memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan parti terutama ketika dalam saat parti amat memerlukan sokongan dan kesetiaan mereka.

“Tidaklah wajar sekiranya ada apa-apa masalah peribadi atau perasaan tidak puas hati, kita nak tinggalkan parti ataupun mengetepikan parti dalam saat parti memerlukan sokongan dan kesetiaan kita kepada parti dan perjuangan kita,” katanya.

Pandangan Pakar Perunding Pengurusan Profesional dan Penganalisis Politik Sabah

Januari 26, 2009

Wahai yahudi, Bangsa yang dilaknat Allah,

1. Kezaliman dan kebinatangan telah menjadi darah daging bangsa biadap ini, namun kita masih tidak mampu berbuat apa-apa hanya iringan doa sebagai senjata….insyallah pembalasan pasti akan tiba……Kun Fayakun…..

2. Tidak bergerak walau sezarah tanpa izin Allah. Namun hati hamba masih tersentuh melihat raungan dan ratap tangis saudara kita di palestin, kenapa bangsa ini di uji sedemikian rupa, apakah hikmah disebalik pencerobohan ini. Hanya Allah yang tahu……..

3. Sekurang-kurangnya ada gerakan antarabangsa yang mengambil berat tentang pencerobohan ini, cuma secara teorinya amat baik tetapi bagaimana perlaksanaannya. Hamba bimbang dan gusar kalau-kalau hanya retorik untuk mengabui masyarakat antarabangsa.

YB. Silam menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak sekolah dikawasan Parlimen Silam. Sabah.

YB. Silam menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak sekolah dikawasan Parlimen Silam. Sabah.

4. Melihat pada pandangan dan penerangan YB Hj Salleh Kalbi, hamba begitu yakin hala tuju dan iktizam yang ada pada YB amat diperlukan diperingkat antarabangsa………………alangkah indahnya jika pencapaian YB ini di sedari oleh komuniti pemimpin dan pembesar negara Malaysia.

5. Pengiktirafan antarabangsa telah pun diberikan pada YB Tuan Hj Salleh Kalbi, Pengiktirafan peringkat parilmen juga telah diberikan oleh rakyat Silam P188 tetapi terkilan, sedih dan terharu jika Malaysia dan pemimpinnya masih ragu-ragu tentang keikhlasan dan kehebatan pemimpin ini.

6. Hamba benar dan yakin Yb Tuan Hj Salleh Kalbi adalah yang terbaik untuk menjamin kebajikan dan pembangunan sosial, ekonomi, fizikal dan rohani rakyat di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya.

7. Paku-paku sipucuk paku
paku datang dari seberang
Hebat dirimu bukan pada nama mu
Hebat dirimu dek kerna hati yang terang

8. Bismillah dan tawakal dalam langkahmu, insyallah keikhlasan dan kebaikan akan mendampingi dirimu.

Hamba Allah

Sunting dari Pakar Runding Pengurusan Profesional dan penganalisis Politik Sabah