RUMAH TERBUKA MASYARAKAT CINA:YB. SILAM BERMESRA DAN ERATKAN PERPADUAN

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA DI KAWASAN PARLIMEN P188 SILAM

YB. DUTA KEAMANAN PBB, HJ. SALLEH HJ. KALBI MEMBERI ANGPAU KEPADA SINGA.

YB. DUTA KEAMANAN PBB, HJ. SALLEH HJ. KALBI MEMBERI ANGPAU KEPADA SINGA.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2009 yang diadakan oleh masyarakat Cina di Parlimen Silam sungguh meriah.Sambutan tahun
Kerbau bagi masyarakat cina amat bermakna kerana kekuatan Kerbau membolehkan masyarakat cina rajin,kuat bekerja untuk
mendapatkan dan menjalankan perniagaan setiap hari.

TERTARIK DENGAN PERSEMBAHAN TARIAN SINGA-SINGA KEBUDAYAAN MASYARAKAT CINA.

TERTARIK DENGAN PERSEMBAHAN TARIAN SINGA-SINGA KEBUDAYAAN MASYARAKAT CINA.

Tahun Baru Cina di sambut dengan meriah dan secara sederhana sanak saudara,jiran,rakan-rakan dan tidak ketinggalan Yang Berhormat
Tuan Haji Salleh Bin Haji kalbi selaku Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB bersama-sama berkunjung ke rumah masyarakat Cina. Yang uniknya
masyarakat Cina di Parlimen P188 Silam lebih awal menjemput YB. Silam untuk berkunjung kerumah mereka.Masyarakat Cina amat dan sunggug gembira
dengan kehadiran YB. Silam yang peramah,suka berkawan dan suka tolong rakyat untuk maju dan membangunkan P188 Silam.

INILAH JIRAN YB HJ. SALLEH SEMASA TINGGAL DI KAMPUNG PANJI.MEREKA TIDAK MELEPASKAN PELUANG DENGAN YB UNTUK MENGAMBIL GAMBAR SEBAGAI SATU KEBANGGAAN JIRAN MEREKA JADI YB YANG BAIK SEPERTI ARUWAH BAPANYA KALBI YANG SUKA BERKAWAN WALAU DENGAN SESIAPA SAHAJA SAMADA CINA,BUGIS,SULUK,KADAZAN, INDIA DAN LAIN-LAIN LAGI

INILAH JIRAN YB HJ. SALLEH SEMASA TINGGAL DI KAMPUNG PANJI.MEREKA TIDAK MELEPASKAN PELUANG DENGAN YB UNTUK MENGAMBIL GAMBAR SEBAGAI SATU KEBANGGAAN JIRAN MEREKA JADI YB YANG BAIK SEPERTI ARUWAH BAPANYA KALBI YANG SUKA BERKAWAN WALAU DENGAN SESIAPA SAHAJA SAMADA CINA,BUGIS,SULUK,KADAZAN, INDIA DAN LAIN-LAIN LAGI

Perpaduan adalah teras utama dalam pembangunan manusia sebagai satu Bangsa Malaysia. Keharmonian dan kemesraan rakyat yang hidup berbilang suku kaum
dapat bergembira,berkawan dan bersatupadu dalam usaha menjayakan misi dan visi ynag dilaung-laungkan oleh YB. Silam.

KELUARGA KAMPUNG PANJI YANG KINI MENETAP DIKAWASAN PERUMAHAN SRI PERDANA P188 SILAM.SABAH.

KELUARGA KAMPUNG PANJI YANG KINI MENETAP DIKAWASAN PERUMAHAN SRI PERDANA P188 SILAM.SABAH.

Bagi mereka YB. Silam yang menjadi wakil rakyat P188 Silam
adalah pilihan tepat untuk mewakili rakyat. Selain itu, YB. Silam juga bekerja untuk pembangunan Bangsa malaysia. Rakyat melihat dengan kehadiran YB. Silam yang masih muda dan kuat kerja
ini sudah pasti semua masyarakat terutama Cina akan menyokong YB. Silam dan mengangkat YB. Haji Salleh sebagai yang memeperjuangkan satu Bangsa malaysia yang wujud kasih sayang bagi mengeratkan
perpaduan dan silaturrahim.

AFENDI CHONG 20 TAHUN BERSAMA USNO. TAHU SIAPA YANG JUJUR DALAM PERJUANGAN POLITIK BAHAGIAN SILAM. KATANYA..YB HJ. SALLEH MASIH MUDA, KAMI BERUNTUNG DAPAT YB YANG DATANG UNTUK BANTU RAKYAT BUKAN MACAM ORANG LAIN MEREKA DATANG BILA ADA KEPENTINGAN SENDIRI...KAMI MASYARAKAT CINA DAN MASYARAKAT P188 SILAM AKAN KASI MENANG YB LEBIH JAUH BAIK KERANA BUKAN SENANG DAPAT JUMPA SEPERTI YB HJ. SALLEH SETELAH KINI 30 TAHUN BERKECIMPUNG DALAM POLITIK...

AFENDI CHONG 20 TAHUN BERSAMA USNO. TAHU SIAPA YANG JUJUR DALAM PERJUANGAN POLITIK BAHAGIAN SILAM. KATANYA..YB HJ. SALLEH MASIH MUDA, KAMI BERUNTUNG DAPAT YB YANG DATANG UNTUK BANTU RAKYAT BUKAN MACAM ORANG LAIN MEREKA DATANG BILA ADA KEPENTINGAN SENDIRI...KAMI MASYARAKAT CINA DAN MASYARAKAT P188 SILAM AKAN KASI MENANG YB LEBIH JAUH BAIK KERANA BUKAN SENANG DAPAT JUMPA SEPERTI YB HJ. SALLEH SETELAH KINI 30 TAHUN BERKECIMPUNG DALAM POLITIK...

Berdasarkan temubual penulis blog bersama salah seorang masyarakat cina islam Afendi Chong katanya”Saya dalam politik lebih 20 tahun sebagai Timbalan Ketua bahagian USNO tidak pernah jumpa seperti YB. Silam yang kerja
untuk semua orang dan tidak pilih kasih.Beliau juga berkata tidak kira orang cina mahupun melayu tetap akan ikut dengan YB. Tuan Haji salleh Bin Haji kalbi,ini pandangan saya ikhlas.YB. Silam pasti menang walau
dimana-mana. YB. Silam orang suka sebab suka lawat orang susah,orang sakit dan kuat kerja untuk kita orang Parlimen P188 Silam.Masyarakat cina di Parlimen P188 Silam lebih kurang 8,000 orang layak untuk mengundi, ini belum termasuk belia-belia,remaja,bayi baru lahir.

KEMESRAAN YB HJ SALLEH ADALAH AMAT SESUAI SEBAGAI WAKIL RAKYAT.YB SANGAT MERENDAH DIRI DAN TIDAK SOMBONG.MENUTAMAKAN RAKYAT.TERIMA KASIH YB DATANG, KAMI LIHAT YB NI BIASA SAJA TIDAK TINGGI DIRI...

KEMESRAAN YB HJ SALLEH ADALAH AMAT SESUAI SEBAGAI WAKIL RAKYAT.YB SANGAT MERENDAH DIRI DAN TIDAK SOMBONG.MENGUTAMAKAN RAKYAT.TERIMA KASIH YB DATANG, KAMI LIHAT YB NI BIASA SAJA TIDAK TINGGI DIRI...ITULAH KATA-KATA KETUA ISI RUMAH CINA.

Teguran yang membina daripada beliau agar bahagian pentadbiran sentiasa buka mata dan rajin kerja supaya kejayaan yang lebih baik untuk kejayaan dimasa akan datang.wakil PBRS juga berkata kita gembira bersama YB. Silam
kerana bantu rakyat tak pilih bulu.YB. Silam datang untuk kepentingan rakyat bukan seperti yang lain hanya muncul bila ada kepentingan sendiri.YB. Silam masih muda amat diperlukan oleh rakyat.

Masyarakat Cina juga berharap Pemimpin peringkat negara dapat memberi ruang dan peluang kepada pemimpin muda seperti YB. Duta Keamanan PBB Tuan Haji Salleh yang rajin bekerja bertemu rakyat,suka tolong rakyat.Kita tidak pernah
jumpa pemimpin muda yang senang didampingi dan betul-betul kerja untuk kami sebagai rakyat.Pemilihan Kabinet baru bulan mac, kami berharap YB. muda diberi keutamaan dalam kabinet kerana mereka boleh menyumbang idea dan cepat berfikir
dalam membawa perubahan drastik bagi membangunkan negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia,Malaysia tidak terkecuali menghadapi masalah ini.Kita berharap pelapis muda disenaraikan bagi membantu berfikir dan menggerakkan pembangunan
dan sekaligus mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

BERKUNJUNG KE RUMAH SEMPENA TAHUN BARU CINA AMALAN BUDAYA BANGSA MALAYSIA BAGI MERAPATKAN PERPADUAN ANTARA SATU DENGAN LAIN

BERKUNJUNG KE RUMAH SEMPENA TAHUN BARU CINA AMALAN BUDAYA BANGSA MALAYSIA BAGI MERAPATKAN PERPADUAN ANTARA SATU DENGAN LAIN

Masyarakat Cina yang pernah menjadi jiran sekampung bergambar beramai-ramai bersama YB. Hj. Salleh Hj. Kalbi.Puan Lochi merupakan penduduk paling lama yang masih mengenali YB Hj Salleh telah tinggal di Panji lebih kurang 30 tahun.
Rezeki yang datang menyebabkan mereka telah berhijrah dan menetap di perumahan Sri Perdana bersama keluarga.

Satu Respons to “RUMAH TERBUKA MASYARAKAT CINA:YB. SILAM BERMESRA DAN ERATKAN PERPADUAN”

  1. Tok Janggut Says:

    Semangat setiakawan yang kental,
    Perpaduan yang menjadi impian
    Hasrat telah dilaksanakan
    Mungkin inilah impian pemimpin yang dinantikan

    1. X pernah hamba ketemu pemimpin yang berjiwa rakyat sebegini rupa, rasa syukur kerana telah lahir seorang pemimpin yang cenderung kepada semangat perpaduan dan setia kawan.

    2. Harapan hamba moga ini menjadi contoh tauladan kepada pemimpin lain yang lebih cenderung kepada mengaut keuntungan dan bersifat retorik.

    3. Dalam pengamatan hamba, mungkin kelainan ini timbul kesan daripada pendidikan luar negara yang tidak mementingkan suku kaum asalkan bijak dan berhemah maka itulah yang diagungkan dan dikenang.

    4. Seronok melihat telatah YB dalam meraikan suasana perayaan tahun baru cina seolah-olah ada connection or cemestry dengan kaum cina di sini. Syabas……….

    5. Bila kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan berhemat…..walau dengan apa cara sekalipun pasti kebaikan dan hasil akan dapat dirasai daripada pelbagai sudut yang kita ketahui dan tidak kita ketahui.

    6. JADI buatlah yang terbaik…….kita tuai apa yang kita tanam.

    Hamba Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: