RASUAH SATU HALANGAN PEMBANGUNAN SESEBUAH NEGARA

DR MAHATHIR MOHAMMAD

EHSAN: BERNAMA

mahathirmohamad_oct16

RASUAH merupakan satu halangan utama yang menyekat pembangunan sesebuah negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata, rasuah adalah penyakit sosial yang wujud di seluruh dunia dan tiada negara yang benar-benar bebas daripada gejala ancaman itu dan di sesetengah negara rasuah menjadi satu kelaziman.

“Rasuah merupakan antara jenayah yang paling sukar dikesan, malahan payah untuk dikenakan sabitan dalam perundangan mahkamah. Namun rasuah adalah satu halangan utama yang menyekat pembangunan sesebuah negara.

“Keputusan yang baik tidak dapat dilakukan dan apatah lagi keputusan yang lemah hanya akan menyebabkan kelewatan.

“Akhirnya, pelaburan bagi pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilakukan,” katanya semasa berucap pada Forum Persaingan Global di Riyadh, Arab Saudi.

Teks ucapan beliau yang bertajuk “Berkongsi Pengalaman Malaysia Untuk Menjadi Negara Berdaya Saing Dunia” diterima Bernama di sini.

Bekas perdana menteri itu menyatakan bahawa kontraktor bagi projek-projek kerajaan lazimnya menjadi mangsa utama rasuah tetapi “apa sahaja yang membabitkan kelulusan pihak berkuasa dikaitkan dengan permintaan bagi memperoleh ganjaran haram.”

“Dengan rasuah, kos mestilah meningkat. Berapa banyak ia bertambah, tidaklah dapat ditentukan.

“Tiada kadar bagi rasuah dan tidak ada kepastian bahawa selepas pembayaran dilakukan tidak akan ada pihak lain yang meminta sogokan.

“Rasuah berlaku di Malaysia, walaupun ia berada pada peringkat awal semasa zaman saya (memerintah) iaitu pegawai rasuah menyembunyikan penerimaan sogokan kerana mereka takut ditangkap atau mereka tidak suka melakukan kesalahan secara terbuka,” kata Dr. Mahathir.

Pada peringkat ini, beliau berkata, masih ada kemungkinan untuk membanteras rasuah tetapi apabila ia sudah mencapai peringkat kedua dan menjadi sebahagian budaya masyarakat, dengan setiap orang daripada peringkat atas hingga bawah menerima sogokan, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan rasuah.

Bagaimanapun, beliau berkata rasuah boleh dikurangkan walaupun ia tidak dapat dibanteras sepenuhnya.

“Di Malaysia, kami mahukan supaya proses dan tempoh membuat keputusan disingkatkan.

“Ini dilakukan dengan memperkenalkan manual prosedur kerja bagi setiap tugas, dan menerusi carta aliran kerja dan fail meja bagi setiap pegawai.

“Jika masa yang diambil bagi melulus atau menolak melampaui masa yang ditetapkan dalam prosedur, kami dengan mudah dapat mengetahui sesuatu tidak kena berlaku dan kami akan tahu di peringkat mana kelewatan terjadi dan siapakah yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata, hasil pelaksanaan sistem seumpamanya sangat memberangsangkan dan dalam masa singkat Kuala Lumpur membangun pesat, pelaburan diluluskan, kilang-kilang dibina dan semua projek infrastruktur dilaksanakan.

“Memang diakui masih berlaku rasuah tetapi tidak sehingga pembangunan negara tidak dapat dilakukan atau tertangguh begitu lama,” kata Dr Mahathir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: