PERPADUAN BANGSA MALAYSIA: GEREJA ANGLIKAN ST. PHILIP BUKIT BELACON TERIMA SUMBANGAN KERUSI DARI PARLIMEN P188 SILAM

Bukit Belacon,Lahad Datu,30.01.2009-Gereja Anglikan ST. Philip Bukit Belacon Lahad Datu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB yang telah menyumbangkan lebih kurang 100 buah kerusi bagi kemudahan penduduk kampung.

YB Silam memotong reben sebagai tanda penyerahan kerusi kepada penduduk kampung Bukit Belacon bagi kegunaan aktiviti-aktiviti kampung.

YB Silam memotong reben sebagai tanda penyerahan kerusi kepada penduduk kampung Bukit Belacon bagi kegunaan aktiviti-aktiviti kampung.

 Kerjasama, Keikhlasan dan rasa percaya pada diri sendiri dilihat oleh Ahli Parlimen P188 Silam sebagai elemen penting dalam menjamin perpaduan dan kemajuan yang berkekalan rakyat Malaysia.

Ketiga-tiga nilai ini mengikut beliau lagi adalah faktor kritikal yang diinginkan bukan saja untuk diri, keluarga, malah sebagai warga negara dan juga sebagai manusia.

YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi bersalaman dengan rakyat kampung Bukit Belacon.

YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi bersalaman dengan rakyat kampung Bukit Belacon.

Ketiga-tiga nilai ini juga yang mendominasi 51 tahun negara sebagai satu bangsa di samping membentuk bangsa dalam memulakan perjalanan 51 tahun.

YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi berkata “betapa pentingnya rakyat memberi penekanan kepada usaha melaksanakan lima misi nasional iaitu memacu ekonomi ke arah sektor dan aktiviti bernilai tinggi, mempertingkatkan sistem pendidikan negara, mengurangkan ketidakseimbangan dalam pendapatan dan peluang, meningkatkan kualiti hidup dan memperbaiki keberkesanan perkhidmatan awam.

Dalam membincangkan nilai kerjasama, Ahli Parlimen P188 Silam melihat betapa keadilan politik, ekonomi dan kebudayaan mesti dilakukan. Keadilan politik dilihat melalui amalan perkongsian kuasa. Kerajaan akan memastikan bahawa tiada seorang (kaum) pun akan dipinggirkan oleh kaum majoriti dan hak setiap kumpulan dilindungi.

Kerjasama kebudayaan pula merujuk kepada keadaan identiti setiap komuniti mesti dipelihara dan dilindungi. Kebudayaan majoriti tidak akan menyisihkan yang lain.

Kerajaan akan terus memberi penumpuan kepada kerjasama ekonomi. Perdana Menteri memberi contoh bagaimana keadilan ekonomi terus diberi perhatian melalui pembangunan koridor. Antara matlamat keadilan ekonomi ialah membasmi kemiskinan dan menyediakan orang ramai peluang yang lebih baik untuk kehidupan mereka menerusi pekerjaan, perniagaan dan pendidikan. Keadilan ekonomi mesti dinikmati oleh semua orang.

Dalam melaksanakan keadilan ekonomi, prinsip kerjasama, keikhlasan mesti dipegang dan Ahli Parlimen juga percaya bahawa tiada mana-mana rakyat Malaysia menentang usaha membantu kumpulan yang tidak bernasib baik.

Peluang keadilan ekonomi mesti dilakukan dengan bekerja keras bukan melalui jalan pintas dan ia perlu diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Mengenai nilai keikhlasan, Ahli Parlimen P188 Silam menjelaskan bahawa rakyat Malaysia yang sebenar ialah yang memahami dan ikhlas mengenai tanggungjawab kepada semua, bukan kepada yang sedikit. Seterusnya, beliau menjelaskan rakyat Malaysia yang sebenar menyedari siapa yang diprovokasikan untuk bertindak balas dan siapa yang akan sengsara daripada kesannya. Apa yang amat penting ditekankan dalam nilai keihlasan dan bertanggungjawab ialah setiap rakyat Malaysia perlu terus bertanggungjawab terhadap satu sama lain.

Membicarakan nilai ketiga iaitu kepercayaan terhadap diri sendiri, nilai ini penting dalam negara melangkah untuk bersaing dengan lebih hebat dalam keadaan perubahan ekonomi global dan harga komoditi yang tinggi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: