Archive for 2 Februari 2009

YB. HAJI SALLEH HAJI KALBI, DUTA KEAMANAN PBB (PERINGKAT ANTARABANGSA)

Februari 2, 2009

duta-la

YB SALLEH KALBI telah dilantik sebagai Duta Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh Universal Peace Federation (UPF) yang beribu pejabat di Korea. Sebagai Duta Keamanan, Salleh akan berkempen setiap masa bagi mempastikan keamanan sejagat terpelihara dan kedamaian terus wujud di dunia. Bantulah Salleh melestarikan visinya sebagai Duta Keamanan Dunia!

MANGSA KEBAKARAN DI DUN N51 KUNAK: PEJABAT PARLIMEN HULURKAN BANTUAN

Februari 2, 2009

Kebakaran yang berlaku di kampung Kabog daerah Kunak mendapat perhatian daripada pejabat Parlimen P188 Silam dengan menghulurkan serba sedikit bantuan makanan bagi meringkan beban kepada mangsa kebakaran yang bernama Puan Bunga. Puan ini adalah seorang Balu yang bekerja sendiri untuk mencari nafkah hidup.Kebakaran ini sudah pasti akan menambah masalah dan kesukaran untuk mendapatkan tempat berteduh.Pihak keluarga yang berhampiran telah memberi perlindungan untuk puan ini berteduh dan dapat menjalankan hidup seperti biasa.

Rumah Puan Bunga yang hangus terbakar lebih kurang jam 3.Kita bersyukur penghuninya selamat.

Rumah Puan Bunga yang hangus terbakar lebih kurang jam 3.Kita bersyukur penghuninya selamat.

Pihak polis masih lagi menyiasat punca dan anggaran kerugian kebakaran rumah ini. Pegawai Pejabat Parlimen P188 Silam telah membawa belanja bantuan bagi meringankan beban Puan Bunga yang ditimpa musibah kebakaran yang tidak diduga akan berlaku. Diharap kepada pihak mangsa ini akan dapat bersama dan bertawakkal kepada Allah SWT yang telah menguji kepada dirinya tinggal sehelai sepinggan.

Pegawai Pejabat Parlimen P188 Silam menghulurkan bantuan kepada Puan Bunga mangsa kebakaran di kampung Kabog daerah Kunak.Sabah.

Pegawai Pejabat Parlimen P188 Silam menghulurkan bantuan kepada Puan Bunga mangsa kebakaran di kampung Kabog daerah Kunak.Sabah.

Harapan kepada jabatan yang boleh menyumbang untuk membantu seperti kebajikan dapat membantu mangsa begitu juga kepada NGO,SWSTA dan orang perseorangan agar dapat menyumbang kepada Puan Bunga bagi meringankan beban dan masalah yang dihadapi kesan kebakaran ke atas rumahnya.

HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU DENGAN LAIN:KUKUHKAN HUBUNGAN KOMPONEN BARISAN NASIONAL

Februari 2, 2009

dscn5567

Lahad Datu,Sabah.02.02.2009-Majlis Makan Malam telah diadakan di Restoran Dovist bersama Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen P188 Silam. Pada malam itu juga bagi masyarakat cina merupakan hari ke 7 dimana masyartakat cina berkumpul untuk memeriahkan hari ke-7 bersama keluarga bagi mendapat keuntungan besar .

Eratkan perpaduan antara satu dengan yang lain.Sebagai Bangsa malaysia kita perlu bantu-membantu dalam menjayakan misi dan visi kerajaan Barisan Nasional.Tanpa Perpaduan kejayaan negara adalah amat sukar untuk dicapai.

Eratkan perpaduan antara satu dengan yang lain.Sebagai Bangsa malaysia kita perlu bantu-membantu dalam menjayakan misi dan visi kerajaan Barisan Nasional.Tanpa Perpaduan kejayaan negara adalah amat sukar untuk dicapai.YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi berkata lagi"Perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum adalah amat penting dalam keamanan masyarakat bagi menjana dan membangunkan sesebuah negara,semasa saya melawat masyarakat cina,rupa-rupanya ada lagi yang dikategorikan miskin tegar dan miskin yang perlu dibantu khususnya dikawasan Lahad Datu sebagai rakyat Malaysia yang ingin menghapuskan miskin tegar menjelang tahun 2010 hingg 2015. Saya amat sedih apabila melihat kehidupan rakyat yang tidak pernah dilawat oleh pemimpin setelah kita mengecapi 51 tahun negara merdeka.Jangan kita beranggapan tidak ada masyarakat cina yang miskin, ada lagi yang miskin tegar sehingga mereka makan pun pada sebelah tengahari terpaksa makan kelapa bakar.Ditambah lagi mereka terpaksa membayar cukai pintu dan cukai tanah walaupun tidak ada kemudahan jalan untuk memudahkan mereka berulang-alik untuk ke bandar atau menghantar cucu untuk ke sekolah. Dimanakah kebenaran kita untuk membantu rakyat Malaysia bagi melahirkan bangsa Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.Yang Berhormat Tuan Haji Salleh akan menyenaraikan dan memberi peruntukan rumah pprt bagi membasmi miskin tegar yang masih wujud dikalangan masyarakat cina hingga hari ini.YB. Silam merangkap Duta keamanan PBB menyampaikan sepatah dua katah dalam majlis makan malam bersama Parti Komponen Barisan Nasional,Wartawan dan orang ramai.YB. Silam merangkap Duta Keamanan PBB menyampaikan ucapan yang amat menekankan budaya kerja cemerlang pemimpin turun bertemu rakyat perlu dilakukan kerana selama ini rakyat selalu berkata bahawa selepas pilihanraya YB YB hanya turun padang waktu pilihanraya untuk meraih undi berbanding YB Tuan haji Salleh Haji Kalbi yang bertemu rakyat tidak kira masa dan waktu setiap hari bertemu rakyat untuk bertanya khabar dan memberi bantuan kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan bantuan,kerjasama dan perpaduan serta sekarang bukan masanya untuk kita berpecah sebaliknya harus menumpukan perhatian kepada pembangunan yang harus dibawah ke Parlimen Silam bagi meyakinkan rakyat.Rakyat memilih pemimpin adalah untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat untuk diselesaikan bukannya mengajar masyarakat untuk benci-membenci antara satu dengan lain.Jika keadaan ini masih lagi wujud rakyat akan berpecah belah akhirnya kerajaan Barisan Nasional juga yang akan rugi. Berdasarkan isu yang timbul di kawasan Lahad Datu kebanyakan Pengerusi-Pengerusi JKKKK dan Ketua Kampung tidak membenarkan dan melarang pejabat Kerajaan Persekutuan mengadakan aktiviti-aktiviti dikampung-kampung kerana takut akan dibuang dari jawatan mereka berada dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.Kes berlaku di salah sebuah kampung apabila pihak kerajaan ingin mengadakan aktiviti dikampung ,telah memutuskan dalam mesyuarat secara majoriti bersetuju agar diadakan program dikampung.Oleh kerana kuasa di tangan Pengerusi JKKKK kampung maka suara ramai tidak dipakai malahan Pengerusi berkata jika program Jabatan dibawah kementerian persekutuan diteruskan maka jawatan yang disandangnya akan dilucutkan oleh pihak yang melantik mereka dikawasan Lahad Datu.Hari ini kita telah merdeka 51 tahun merdeka, dikalangan Parti UMNO masih lagi menimbulkan permusuhan sedangkan kita adalah parti yang memerintah.Sepatutnya orang lama menjadi contoh kepada orang baru walaupun umur masih muda.Kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran perlu dihormati kerana kerajaan Barisan Nasional telah membuat keputusan yang tepat bahawa anak muda kuat bekerja dan merancang pembangunan dikawasan Parlimen yang sungguh luas yang boleh dikategorikan kepada 3 buah negeri di semenanjung.Kepimpinan melalui Tauladan bagi membangunkan masyarakat yang cinta Bangsa MalaysiaKepimpinan Melalui Tauladan bagi menjayakan misi dan visi kerajaan

Jangan Hanya Jadi AD-HOC Solution:YB. HJ. SALLEH HJ. KALBI

Februari 2, 2009

dscn5263

KETUA Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, YB. Haji Salleh Haji Kalbi menggesa Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Majlis Tertinggi UMNO agar mengkaji sedalam-dalamnya usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Undang-Undang Anti Lompat dikuatkuasakan.

“Sekiranya ia boleh menyelamatkan BN dan UMNO untuk selamanya, maka ianya wajar diterima tetapi kalau hanya untuk Ad-Hoc Solution, adalah lebih baik ianya tidak diperkenalkan,” ujar Salleh yang  juga Ahli Parlimen Silam yang bimbang amalan berkenaan akan menjadi seperti senjata yang akan menikam kembali tuannya.