ZON AKUAKULTUR NEGARA:PARLIMEN P188 SILAM

Tanaman Agar-Agar dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan

Tanaman Agar-Agar dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan

Silam.Sabah.03.02.2009-Zon Akuakultur Negara terletak dikawasan Parlimen P188 Silam telah diluluskan oleh kerajaan. Peluang pekerjaan dikalangan penduduk tempatan akan semakin berkembang kerana kawasan yang diwartakan oleh kerajaan adalah meliputi kawasan yang sangat luas dan memberi satu sumber baru yang boleh dikomersilkan di peringkat negara ddan antarabangsa.Tanaman ini selain menjadi makanan rutin dan jualan ianya juga boleh dijadikan produk ubatan,herba dan kosmetik kecantikan.

YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi bersama Pengurus Syarikat meninjau pusat penternakan agar-agar di Parlimen P188 Silam yang telah pun beroperasi hamir 1 tahun 5 bulan.

YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi bersama Pengurus Syarikat meninjau pusat penternakan agar-agar di Parlimen P188 Silam yang telah pun beroperasi hamir 1 tahun 5 bulan.

 Negeri Sabah berpotensi untuk menjadi kawasan jelapang akuakultur di Malaysia.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, kawasan yang dikenalpasti berpotensi untuk tujuan pembangunan akukultur di negara ini dianggarkan sejumlah 491,359 hektar.

Katanya, daripada jumlah itu seluas 182,260 hektar atau 37 peratus adalah terletak di negeri ini yang meliputi kawasan laut terbuka, teluk, persisiran pantai dan perairan umum di daratan.

“Berdasarkan luas kawasan yang berpotensi untuk pembangunan akuakultur, Negeri Sabah mempunyai potensi untuk menjadi jelapang akuakultur (aquaculture bowl) di negara ini dan potensi ini telahpun diiktiraf oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Mengikut unjuran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat, Negeri Sabah boleh menyumbang lebih kurang 207,200 tan metrik keluasan akuakultur bernilai hampir RM2.5 bilion menjelang tahun 2010.

Tanaman Agar-Agar membuka lembaran baru kepada rakyat

Tanaman Agar-Agar membuka lembaran baru kepada rakyat

Beliau berkata, pecahan unjuran pengeluaran akuakultur itu ialah udang laut sebanyak 33,000 tan metrik bernilai RM1.06 bilion, ikan marin sebanyak 30,700 tan metrik bernilai RM1.23 bilion, ikan air tawar 12,500 tan metrik bernilai RM125 juta, kerang-kerangan serta pelbagai specis invertebrate sebanyak 6,000 tan metrik bernilai RM28 juta, dan rumpai laut 125,000 tan metrik bernilai RM24 juta.

“Sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia ini jelas akan menjadikan Negeri Sabah sebagai pengeluaran produk akuakultur yang terbesar di negara ini menjelang tahun 2010.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Perikanan Negeri telah mengenalpasti lebih kurang 63,342 hektar kawasan darat dan laut untuk (sedang) diwartakan sebagai Zon Industri Akuakultur.

Pecahan ZIA itu ialah 24,400 hekter untuk pengkulturan rumpai laut, ternakan ikan marin dalam sangkar dan kurungan (4,380 hektar), ternakan molluska termasuk kerang-kerangan dan invertebrate (14,700 hekter), ternakan krustasia termasuk udang laut (17,212 hektar) ternakan ikan dalam kolam air payau (2,390 hektar) dan ternakan ikan air tawar (260 hektar).

Untuk mencapai sasaran itu katanya, mereka yang terlibat perlu meningkatkan kecekapan ladang-ladang akuakultur yang sedia ada dengan penggunaan baka ikan yang baik, pertukaran teknologi serta mengamalkan “Good Management Practices”.

Sub sektor akuakultur air tawar memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Negeri Sabah. Selain menyumbang peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi, sub sektor ini juga menyumbang sumber protin utama khususnya bagi penduduk di luar bandar.

Negeri sabah mempunyai bilangan penternak ikan air tawar dan bilangan kolam tanah terbanyak berbanding dengan negeri-negeri yang lain di negara ini. Mengikut perangkaan sedia ada, terdapat 6,166 orang terlibat dalam ternakan ikan air tawar di Sabah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: