MENTERI BESAR PERAK YANG BARU: SULTAN PERAK PERKENAN ADUN PANGKOR

 

 

YANG BERHORMAT DR. ZAMBRY BIN ABD. KADIR, MENTERI BESAR PERAK YANG BARU. TAHNIAH YB..

YANG BERHORMAT DR. ZAMBRY BIN ABD. KADIR, MENTERI BESAR PERAK YANG BARU. TAHNIAH YB..

YANG BERHORMAT DATUK DR. ZAMBRY ABDUL KADIR

PARLIMEN SILAM, 6 Feb– Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Keputusan pemilihan Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar, telah mendapat perkenan Sultan Perak Azlan Shah.

Hari ini Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang.

Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Feb pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YANG BERHORMAT DR. ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YANG BARU.

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YANG BERHORMAT DR. ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YANG BARU.

Berdasarkan temubual penulis blog dengan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB berhubung perlantikan Menteri Besar baru negeri Perak katanya”Saya selaku Ahli Parlimen P188 Silam ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Yang Berhormat Dr. Zambry Bin Abd. Kadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor yang telah diistiharkan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Saya berdoa semoga YB Dr. Zambry akan dapat mentadbir kerajaan Perak dengan Selamat,Aman dan Makmur.

Kerajaan Malaysia akan melipatgandakan usaha membangkitkan semangat rakyat supaya mengamalkan sikap setiakawan, hormat menghormati dan cintakan negara, kata Yang Berhormat Tuan Haji salleh Haji Kalbi.

 
Katanya, sekiranya semangat cintakan negara sentiasa dipupuk, rakyat pelbagai bangsa serta keturunan akan menjadi bangsa bersatu padu dan memudahkan kerajaan mencapai misi dan visi menjadi sebuah negara yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

 “Keharmonian dan kesejahteraan perlu dipupuk supaya menjadi lebih kukuh bagi merealisasikan matlamat melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu

usaha menyuntik semangat kesedaran dan keinsafan seluruh rakyat terhadap tanggungjawab serta kesetiaan pada tanah air perlu ditingkatkan menerusi pelbagai program perpaduan.

“Seluruh rakyat sepatutnya insaf dan bersyukur kerana negara dalam keadaan makmur dan harmoni, kemahiran bagi mewujudkan silaturahim dan hubungan positif dengan anggota masyarakat lain perlu dimiliki setiap warga negara.

“Sikap hormat menghormati dan semangat bersedia membantu orang lain dan mematuhi peraturan serta undang-undang ditetapkan perlu diamalkan,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu mengekal dan mengeratkan hubungan silaturahim dan pelihara tanggungjawab supaya perpaduan terus utuh.

“Dalam apa juga keadaan, seluruh rakyat perlu mengetepikan perbezaan ideologi, warna kulit, agama dan keturunan bagi membina perpaduan Yang kukuh agar tidak mudah diganggu gugat serta tidak menyematkan sifat individualisme
Seluruh rakyat diminta menghayati konsep perpaduan yang dibawa Rasulullah. sejarah membuktikan konsep perpaduan yang dilaksanakan Rasulullah berjaya menyatukan kaum Muhajirin serta Ansar yang harta benda, wang ringgit, warna kulit dan keturunan diketepikan bagi melaksanakan perintah Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: