
SAYA SALLEH KALBI SELAKU AHLI PARLIMEN P188 SILAM MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KEMENTERIAN DALAM NEGERI, MALAYSIA DI ATAS PENGANUGERAHAN KOLONEL KEHORMAT KEPADA SAYA.SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT YANG MEMBERI RAHMAT DAN PETUNJUK DALAM KEHIDUPAN SAYA DALAM MENJALANKAN TUGAS SELAKU AHLI PARLIMEN P188 SILAM YANG BELUM PUN HAMPIR SETAHUN SAYA TELAH DIKURNIAKAN DUTA KEAMANAN PBB DAN KOLONEL KEHORMAT RELA.TERIMA KASIH.
Dalam temubual penulis Blog bersama Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi katanya”Saya Salleh Kalbi selaku Ahli Parlimen P188 Silam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Merangkap Pengerusi Komponen Barisan Nasional Malaysia,Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Bin Haji Tun Abd. Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Aman Ketua Menteri Negeri Sabah, Kabinet Malaysia Dan Sabah di atas Anugerah Kolonel Kehormat Rela dari Kementerian Dalam Negeri,Malaysia kepada saya,Sebagai Ahli Parlimen P188 Silam peranan dan tanggungjawab dalam Keselamatan Dalam Negeri,Pembangunan Modal Insan,Perpaduan Bangsa Malaysia,Pembangunan Ekonomi,Pelancongan dan Pendidikan adalah merupakan perjuangan yang perlu diteruskan demi kestabilan,keamanan,Keselamatan dan Kemakmuran Parlimen P188 Silam,khasnya negeri Sabah amnya negara Malaysia yang tercinta”.

Komponen BN dan Ketua Perniagaan Masyarakat Parlimen P188 Silam mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi di atas Penganugerahan Kolonel Kehormat Rela.
Penulis Blog juga telah menemuramah Pegawai Perhubungan Parlimen P188 Silam Chong Su Vun berhubung Penganugerahan YB. Silam katanya”Saya Chong Su Vun sebagai Pegawai Perhubungan Parlimen P188 Silam,Sabah ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak,Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Negeri Sabah,Yang Berhormat Datuk VK Liew,Timbalan Menteri Perdagangan Malaysia merangkap Ketua LDP Negeri Sabah, Kabinet Malaysia dan Sabah yang telah memilih Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam sebagai Kolonel Kehormat Rela,Kementerian Dalam Negeri,Malaysia.Saya secara jujur dan ikhlas pemilihan ini memang tepat pada masanya kerana YB. Silam rajin kerja,prihatin,sayang rakyat,masih muda,sangat memperjuangkan perpaduan Bangsa Malaysia sehingga rakyat telah berkata inilah pemimpin yang tepat dipilih jadi wakil rakyat Parlimen Silam suka tolong rakyat,tidak sombong,suka jumpa rakyat bertanya khabar dan membawa masalah rakyat keperingkat Parlimen untuk dibantu.Banyak yang telah dibawa oleh YB. Silam antaranya kejayaan membangunkan Zon Akuakultur Negara di Zon Parlimen Silam,2010 sebagai tahun melawat Parlimen Silam(Dalam Bidang Pelancongan Parlimen Silam),Mewujudkan Perpaduan Bangsa Malaysia di Parlimen Silam,Tidak Lama lagi Jalan Raya yang telah dicadang oleh YB. Haji Salleh di Parlimen akan dibina bagi mengatasi kesesakan jalan raya khususnya di kawasan Lahad Datu dan baru-baru ini YB. Haji Salleh telah turun padang untuk membantu mangsa banjir sehingga YB. Haji Salleh telah melancarkan Tabung Bencana Banjir P188 Silam dan lain-lain lagi.Terima Kasih juga kepada Pegawai Daerah Lahad Datu,Tuan Zulkifli,Ketua Polis Daerah,Pasukan RELA,Bomba,NGO,Komponen BN,Ketua Perniagaan Masyarakat Cina,Naib Pergerakan Pemuda UMNO P188 Silam Saudara Azlan Hamid, orang perseorangan dan masyarakat setempat yang sama-sama membantu menjayakan matlamat membantu Mangsa Banjir di Parlimen Silam sama ada terlbat secara langsung mahupun tidak langsung.

CHONG SU VUN PEGAWAI PERHUBUNGAN PARLIMEN P188 SILAM,SABAH.
Februari 8, 2009 at 3:00 pm |
ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN
Syabas dan Tahniah…….. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi
di atas Penganugerahan Kolonel Kehormat Rela oleh Kementerian Dalam Negeri Malayisa dan Duta Keamanan PBB ( Peringkat Antarabangsa ) oleh Universal Peace Federation ( UP ) Ibu Pejabat di Korea.
Dan mudah – mudahan penganugerahan tersebut menjadi landasan sumber inspirasi serta memperkasa lagi perjuang YB dalam pelbagai arena demi Agama, Bangsa dan Negera Malaysia yang tercinta.
Terima Kasih.