SEJARAH SABAH 28,000 TAHUN LALU:BERMULA DI PARLIMEN P188 SILAM

SEJARAH SABAH BERMULA DI PARLIMEN P188 SILAM

 

PETA SABAH

PETA SABAH

PraSejarah

Sabah memulakan usaha menjejak prasejarahnya dalam tahun 1960-an dengan menjalankan penjelajahan
gua-gua. Akan tetapi hanya dengan melalui kajian arkeologi baru-baru ini di kawasan Teluk Darvel
( Tapak Terbuka Tingkayu, gua Baturong dan gua Madai ) di pantai Timur, memberi gambaran bahawa prasejarah
Sabah bermula sekitar 28,000 tahun yang lalu.

Disimpulkan bahawa lebih 20,000 tahun dahulu aliran lahar dari gunung berapi Mostyn yang kini sudah mati
mengempang sungai Tingkayu lalu membentuk tasik. Peralatan Zaman Batu yang halus dijumpai di dasar bekas tasik
yang dipercayai tapak pembuatan alat-alat zaman batu, yang terbaik sejenisnya di rantau Asia Tengggara daan
menunjukkan kehadiran penghuni di persisiran tasik itu lebih daripada 17,000 tahun dahulu. Apabila tasik mengering
maka gua pun kelihatan terbentuk daripada batu kapur massif di Baturong. Penghuni mulai berpindah dan tinggal di gua
itu dalam jangka masa lebih kurang 5,000 tahun. Sama ada penduduk di gua itu adalah keturunan penduduk yang tinggal
di persisiran tasik itu atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan tetapi yang nyata penduduk gua itu tidak lagi membuat
peralatan yang sama.

Pada 12,000 tahun yang lalu, tempat perlindungan di Baturong diitinggalkan. 2,000 tahun kemudian manusia mulai menempati gua-gua
Madai yang lebih luas terletak disebelah timur gua Baturong selama lebih kurang 3,000 tahun. Pada ketika itu paras laut sudah
mencapai takat seperti sekarang. Sesudah itu gua-gua Madai juga ditinggalkan.Pada kira-kira tahun 1,000 sebelum masihi manusia
menempati kembali gua-gua itu dengan membawa bersama peralatan baru seperti tembikar dan kemudian tembaga dan peralatan besi dan
batu permata dari India yang akhirnya menjadi tinggalan di kawasan itu nersama-sama dengan peralatan sebelumnya yang kini menjadi
satu bahan kajian para ahli arkeologi masa kini.

Gua Madai terletak di Daerah Kunak Parlimen P188 Silam. Sabah.

Gua Madai terletak di Daerah Kunak Parlimen P188 Silam. Sabah.

Sekitar tahun 500 masihi gua-gua Madai ditinggalkan sekali lagi dan seperti juga gua Baturong gua Madai digunakan sekali-sekala untuk
pengebumian. Satu pebggunaan baru mulai timbul dengan kedatangan orang-orang cina, penggemar sup sarang burung yang banyak terdapat di gua-gua itu.
Sarang burung dikutip dan dijual bersama-sama dengan hasil hutan yang lain kepada orang-orang Cina sebagai tukaran untuk peralatan tembikar dan barang-
barang lain dari China.

Pejabaat Parlimen P188 Silam di Daerah Kunak

Pejabaat Parlimen P188 Silam di Daerah Kunak

4 Respons to “SEJARAH SABAH 28,000 TAHUN LALU:BERMULA DI PARLIMEN P188 SILAM”

  1. ustaz shafii omar Says:

    saya ingin bertanya yentang kedatangan sheikh makhdum yang membawa ugama islam kepada orang keturunan idahan yang mendiami
    gua madai, saya di beritahu allah yarham imam ahmad bin panjang
    imam masjid nurulmakhdum di sapagaya lahad datu bahwa iany adalah
    keturunan ke 25 kepada abdullah yang di islam kan sheikh makhdum
    itu,beliau juga menunjuk kan sebuah manuskrip kepada saya dan sekarang berada dalam simpanan pehak berwajib di kuala lumpor
    MUZIUM ISLAM ini dusahakan oleh ustaz wan alias dari BAHEIS in berlaku pada tahun 1994/1996 semasa saya bertugas sebagai pegawai
    dakwah kontrak di lahad datu

  2. enma ai Says:

    saya ingin mengetahui mengenai sejarah yang berkaitan dengan muzium sabah!!!!!! bila tarikh pembukaannya!!!

  3. ustaz mohd shzfii bin omar Says:

    saya tak dapat memberi jawapan sebenar mengenai bilakah muzium sabah di dirikan kerana saya datang ke Sabah pada bulan apri 1994 dan bertugas di lahad datu sebagai pegawai dakwah kontrak dan balik ke ke lantan pa da bulan june 1996 walau bagaimana pun saya terlibat membantu ustaz alias abdullah dalam menjejaki manuskrip kedatanggan islm di sabah yamg ber ada dalam simpanan allah yarham imam injir imam masjid nuul makhdum sapagaya lahad datu dansekarang berada dalam simpan muzium islam kusls lumpur itulah saja yang saya tahu
    yang benar
    ustaz haji shafii
    puncak alam kuala slangor

  4. mohd shafii bin omar Says:

    saya telah di maklumkan bahawa masjid nurul makhdum sapagaya telah di buat baharu saya blim melihat nya saya begitu kemponan untok melihat rupa masjid itu kalau dapat gambar pun tak apa satu lagi yang saya ingin tahu tentang manuskript yang di tinggalkan shikh nurul mskhdum yang mana yang asal nya berada di muzim islam di kl dan yang photo kopi nay di serah kepada allah yarham imam ahmad bin panjang namun sekarang berada di tangan siapa saya di beritahu bahawa siapa yang menjadi imam tua di masjid nurul makhdum maka dialah yang menjaga manuskrip itu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: