SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1430H/2009M

 

SILAM 6 MAC. – Ahli Parlimen P188 Silam gambar-yb-1menyeru umat Islam supaya melakukan perubahan demi memartabatkan dan memperkasakan kedudukan Islam ke tahap lebih gemilang.

Beliau berkata umat Islam perlu memahami dan menzahirkan wawasan yang diamanahkan oleh Allah SWT melalui kitab suci al-Quran dan Hadis dengan Islam dan umatnya perlu menuju jalan yang lurus iaitu jalan keredhaan Allh SWT.Wawasan itu juga perlu dijadikan tonggak ke arah memupuk semangat perpaduan sesama Islam dan bukan Islam agar rangkaian kehidupan sosial yang mantap dapat diwujudkan.

Melalui muhasabah diri, kekuatan dan kelemahan yang ada boleh dinilai dengan sebaik-baiknya dan akhirnya umat Islam mampu bergerak ke tahap yang lebih gemilang.

”(Namun) Sikap tidak menghormati para ulama, suka mengambil jalan mudah dengan mengetepikan ajaran agama, malas berfikir dan berusaha, bermusuhan sesama umat Islam dan mengutamakan kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hukum halal dan haram perlu ditinggalkan oleh semua umat Islam kerana unsur-unsur inilah yang telah menjadi kekangan bagi membangunkan ummah yang gemilang.

YB. Hj. Salleh menyeru seluruh umat Islam supaya menyorot kembali kelemahan dan kesilapan diri yang telah dilakukan selama ini sebagai iktibar dalam mencorak masa depan dan juga menilai kembali segala kekuatan yang telah dikurniakan tuhan.

Baginda menggesa seluruh umat Islam agar sama-sama berusaha dan mempertingkatkan lagi keupayaan serta melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan penuh keikhlasan kerana untuk mencapai sebuah kegemilangan, ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

Umat Islam perlu sentiasa mengutamakan dan memperkukuhkan perpaduan sesama sendiri yang amat penting untuk menjadi benteng yang mantap bagi umat Islam menghadapi tentangan terbuka daripada pihak-pihak yang semakin berani mempertikaikan kewibawaan Islam.

”Tanpa perpaduan dan semangat ukhuwah yang kental, kukuh dan mantap di kalangan umat Islam, sudah pasti kita akan mudah dipermainkan oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa mengatur strategi bagi melemahkan kekuatan, kesatuan dan kehebatan umat Islam.

Menurutnya, perbezaan pendapat yang berlaku kerana isu yang remeh perlu diketepikan dan perlu sentiasa bersatu atas isu pokok, antaranya mengenai isu survival umat Islam pada masa hadapan.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan amat peka dengan setiap perkembangan yang berlaku dalam masyarakat dan pelbagai isu semasa akan sentiasa dinilai serta diberikan pandangan sebagai panduan kepada umat Islam khususnya dalam mengawal akidah dan keimanan.

”Sebarang anasir yang boleh merosakkan akidah atau keimanan akan dibanteras. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengadakan penyelidikan bagi mengkaji, menghalusi dan membuat cadangan bagi menjaga akidah umat.

Saya selaku Ahli Parlimen P188 Silam, Haji Salleh Haji Kalbi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidurrasul 1430H2009M kepada muslimin dan muslimat khususnya di Lahad Datu,Sabah akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut : 10hb Mac 2009 hari Selasa bertempat di Masjid Ar-Rauddah Lahad Datu (Perhimpunan dan Perarakan). Kepada kaum muslimin dan muslimit datanglah beramai-ramai bagi mengimarahkan Maulidurrasul peringkat daerah dan negara pada isnin kelak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: