YB. KOLONEL KEHORMAT HJ. SALLEH HJ. KALBI DUTA KEAMANAN UPF DAN 08HB MAC 2009 GENAP SETAHUN SEBAGAI AHLI PARLIMEN P188 SILAM

07hb Mac 2009-Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi selaku Ahli Parlimen P188 Silam akan menyambut ulang tahun pertama sebagai Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam pada 08hb Mac 2009 iaitu hari ahad ini.

Banyak kejayaan yang telah dilalui bagi mencapai misi dan visi Kepimpinan Berteraskan Modal Insan,Selamat Aman Makmur,Kasih Sayang Mengeratkan Silaturrahim Dan Perpaduan. YB. Silam telah berjaya meletakkan Parlimen P188 Silam diperingkat negara apabila suara YB Hj Salleh mengggegarkan dewan Parlimen dengan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia agar silam.Sabah diwartakan sebagai pusat Zon Akuakultur Negara.

Kesesakan jalan raya yang telah berlarutan sekian lama,YB. Hj. Salleh dengan kejujuran dan keikhlasan membela nasib rakyat telah menyuarakan di Dewan Mulia agar Jalan Raya yang menghubungan kawasan PGA menuju ke Bandar di bina jalan baru bagi mengatasi kesesakan jalan raya.Tambahan pula punca kemerosotan wakil-wakil rakyat disebabkan tidak ada perubahan jalan yang sekian lama hanya tinggal janji-janji kosong.Selain itu juga,YB Hj. Salleh melalui temubual RTM 1 dan lain-lain rancangan selalu menekankan kepad pihak pucuk pimpinan negara agar memberi peruntukan dikawasan Parlimen silam bagi mengatasi masalah yang dihadapi.Akhirnya terjawab juga apabila suara YB Hj Salleh didengar di Parlimen kerajaan telah memberi peruntukkan 1 billion kepada kerajaan negeri Sabah dalam pakej Rangsangan ekonomi.Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman yang telah turun padang ke kawasan Silam telah mengumumkan sedikit masa lagi jalan raya yang sesak selama ini akan berakhir apabila Ketua Menteri Sabah mengumumkan peruntukan rangsangan ekonomi itu akan melibatkan pembinaan jalan baru bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya.

Belum pun sampai setahun YB Hj. Salleh menerima anugerah DUTA KEAMANAN UPF. selang beberapa bulan seterusnya sekali lagi YB menerima Kolonel Kehormat dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri,Malaysia.dalam setahun perkhidmatan YB Hj. Salleh telah menunaikan Umrah sebanyak 2kali.

Dalam tempoh perkhidmatan YB Hj. Salleh telah berjaya dengan gemilang membuka pejabat Perkhidmatan di kawasan Kunak,Tungku dan Lahad Datu.Perkhidmatan telefon,feks,Biro aduan Awam.

Kejayaan demi kejayaan telah dilaksanakan oleh YB. Hj. Salleh apabila melancarkan BLOG-BLOGNYA iaitu 1. http://sallehkalbi188.wordpress.com 2. http://p188silam.blogspot.com 3. https://silamgemilang.wordpress.com 4. http://rakyatp188silam.wordpress.com 5.http://ybsilamexoticdiscovery.wordpress.com 6.http://alumniagaseh.wordpress.com 7.http://suaraparlimensilam.wordpress.com

8.laman web :e_sahabatparlimen silam.

 

Sebagai rakyat Parlimen P188 Silam amnya khasnya rakyat Malaysia dan Dunia bagi keamanan manusia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun  Pertama Perkhidmatan YB Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Duta Keamanan UPF yang CEMERLANG membangunkan Modal Insan dan mewujudkan perpaduan bangsa malaysia,Gemilang Dengan Penganugerahan sebagai Kolonel Kehormat Rela dan TERBILANG apabila diiktiraf sebagai DUTA KEAMANAN UPF di peringkat antarabangsa dan dunia. Sebagai rakyat di Parlimen Silam saya amat berasa bangga dengan keikhlasan dan kejujuran YB. Hj. Salleh yang berkhidmat untuk RAKYAT dan Keamanan DUNIA dan Perpaduan BANGSA MALAYSIA yang menyatupadukan pelbagai sukukaumCINA,MELAYU,INDIA dan lain-lain sukukaum.SYABAS DAN TAHNIAH kepada YB Hj. Salleh. Doa mengiringi YB. Hj. Salleh -Kejayaan demi kejayaan akan terhasil dan terlaksana diParlimen Silam.Saya berharap pimpinan negara akan meletakkan YB. Hj. Salleh sebagai role Model untuk menerajui kepimpinan peringkat Menteri bagi memacu dan mengangkat martabat PERPADUAN BANGSA,MENJANA PELANCONGAN TEMPATAN LOKAL DAN DUNIA,MEMBELA NASIB RAKYAT YANG MASIH ADA LAGI MISKIN Demi mencapai hasrat dan matlamat negara untuk mencapai sebuah negara maju pada tahun 2020kelak. AMIN..YARABBULALAMIN…
BANGGA…Salleh masih terkejut kerana menerima pengiktirafan sebagai Ambassador for Peace.

KESUNGGUHANNYA memperjuangkan keamanan sejagat melalui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyebabkan Universal Peace Federation mengiktiraf Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi sebagai ‘Ambassador For Peace’ dan penerima tunggal daripada UMNO.

Sumbangan Salleh terhadap keamanan sejagat melalui kegiatan modal insan dan membina jati diri melalui kekuatan minda dapat mengharungi gelombang globalisasi yang menyekat keharmonian antara kaum telah dilihat sebagai usaha murni membenih keamanan dan perdamaian.

Keputusan lembaga Akreditasi UPF yang dipengerusikan oleh Dr Yoo Chong Young dari Korea memilih Salleh kena pada tempatnya sebagai pemimpin generasi muda yang mampu mendepani golabalisasi secara glokal.

“Saya tidak menyangka akan menerima anugerah yang saya kira paling mahal yang pernah saya terima, apatah lagi bagi organisasi yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti UPF yang telah memperjuangkan keamanan tanpa batas sempadan,” ujar Salleh yang terharu dengan anugerah berkenaan.


ANUGERAH…Salleh (dua dari kanan) bersama penerima anugerah lain.

Salleh tidak menyedari, anugerah yang diterimanya melayakkan beliau melawat Korea selama tujuh hari untuk mempromosi keamanan bersama lima lagi penerima daripada pelbagai institusi termasuk Naib Chancellor Universiti Malaysia Sabah, Proffessor Datuk Dr. Kamaruzzaman Ampon (tujuh dari kanan).


TERIMA…Salleh sedang menerima anugerah daripada Dr Yoo Chong Young.

Dengan anugerah ini, Salleh yang akan didedah dengan Modul Kepimpinan Visi Baru Dunia yang mencakupi pelbagai bidang untuk melengkapkan dirinya sebagai pemimpin masa hadapan yang bakal menerima tunjuk ajar dan bimbingan UPF secara berterusan.


IKTIRAF..Perjuangan Salleh memupuk keamanan sejagat kini dihargai.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Sabah, Datuk Patrick Sindu menyifatkan penganugerahan berkenaan kena pada masa dan ketikanya Sabah memerlukan pemimpin muda untuk meneruskan kegemilangan Malaysia di peringkat antarabangsa.


KAGUM…Patrick Sindu mengkagumi perjuangan Salleh walaupun mengalami pelbagai rintangan untuk mencipta kejayaan sebagai seorang ahli parlimen.

“Kita bangga kerana sumbangan YB Salleh telah diakui dan diiktiraf di peringkat dunia dan kita harap beliau akan menjadi contoh kepada ahli parlimen Malaysia yang lain dalam memperjuangkan keamanan sejagat dan menjaga nama baik parlimen Malaysia,” ujar Patrick lagi yang sering mengikuti perdebatan Salleh di parlimen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: