Archive for 10 Mac 2009

BAJET MINI 2009 BERJUMLAH RM60 BILLION PRIHATIN KEPADA RAKYAT/PAKEJ RANGSANGAN KE-2:YB. HJ. SALLEH HJ. KALBI

Mac 10, 2009
Syabas kepada YAB Dato'Seri Mohd Najib Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Kewangan yang membentangkan Bajet Mini mesra,prihatin dan anjakan paradigma ekonomi rakyat

Syabas kepada YAB Dato'Seri Mohd Najib Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Kewangan yang membentangkan Bajet Mini mesra,prihatin dan anjakan paradigma ekonomi rakyat

Kuala Lumpur,10.Mac.2009-Bajet Mini tahun 2009 atau Pakej Rangsangan kali yang ke-2 telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Hj. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Parlimen.

Dalam tempoh tahun 2009 hingga 2010 sejumlah RM60Billion diperuntukkan bagi memulihkan dan merangsang ekonomi negara.Kelembapan ekonomi ini melibatkan negara-negara Amerika syarikat,U.K,China,India dan lain-lain lagi. Ekonomi dunia mengucup sebanyak 5% disebabkan nilai eksport berkurangan terhadapan permintaan dunia merosot.Eksport komoditi dari Malaysia seperti minyak sawit dan gas permintaan menurun. Pelaburan Asia semakin berkurangan disebabkan faktor pelabur berhati-hati dengan kelembapan ekonomi dunia.Kejatuhan pasaran dunia menyebabkan kejatuhan pasaran di Malaysia.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib membentangkan pakej rangsangan kali ke 2 dengan memberi tumpuan kepada 4 faktor utama iaitu: 1.Membantu Mengatasi penggangguran dan memberi peluang pekerjaan 2. Membantu Rakyat 3. Membantu Sektor Swasta menghadapi krisis ekonomi 4. Membina keupayaan masa depan.

YB. Hj. Salleh berkata ” Kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana Bajet Mini 2009 mengambil langkah untuk membantu rakyat bagi membangunkan ekonomi dan keamanan dan kedamaian sejahtera rakyat.Sektor Swasta telah diberi nafas baru untuk meneruskan usaha mereka.RM 60 billion dapat menyelesaikan masalah dan mengimbang semula ekonomi negara.

Pelaksanaan pakej ini akan sentiasa dipantau seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri.RM10billion telah diperuntukkan untuk membantu rakyat.163ribu peluang pekerjaan dan latihan kepada graduan