BAJET MINI 2009 PRIHATIN,PENYAYANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA/ UCAPAN PENUH BAJET MINI 2009,Layari http://rakyatp188silam.wordpress.com

 

YB. KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN UPF

YB. KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN UPF

Kuala Lumpur,11.Mac.2009-Pembentangan Bajet Mini 2009 oleh Yang amat Berhormat Dato’Seri Mohd Najib Bin Hj. Tun Abd. Razak merangkap Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Parlimen telah meletakkan 4 teras utama.

Beliau mula membentangkan pakej itu sejak pukul 4 petang dan berakhir 70 minit kemudian.

Daripada jumlah itu, kerajaan membahagikan dana tersebut mengiktu empat teras berikut:

 – Teras Pertama: RM2 bilion

 – Teras Kedua: RM10 bilion

 – Teras Ketiga: RM29 bilion

 – Teras Keempat:RM19 bilion

 Huraian teras-teras yang diumumkan ialah:

 TERAS PERTAMA: KURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN

 – Menyediakan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan

 – Kebajikan pekerja yang telah diberhentikan kerja

 – Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam

 – Peluang siswazah untuk melanjutkan pelajaran

 – Skim PROSPER Siswazah

 – Usaha mengurangkan pekerja asing

 TERAS KEDUA: RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS

 – Meningkatkan pemilikan rumah – Menambah baik infrastruktur awam

 – Bom simpanan kerajaan

 – Pembangunan pendidikan

 – Kemudahan asas di luar bandar

 – Program di Sabah dan Sarawak

 – Program mikro kredit

– Membantu golongan kurang bernasib baik

 – Menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan

 – Galakan kepada bank untuk menangguh bayaran balik pinjaman perumahan

TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS

 – Skim jaminan modal kerja

 – Dana jaminan penstrukturan semula industri

 – Memudahkan akses ke pasaran modal

 – Menarik individu high-net-worth dan berkemahiran

 – Mengurangkan kos kendalian perniagaan

 – Menggalakkan sektor automatif

 – Industri penerbangan

 – Elaun modal dipercepatkan

 – Carry back losses – Levi keuntungan atas kelapa sawit

 – Mempergiatkan aktiviti pelancongan

TERAS KEEMPAT: MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN – Pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad

 – Projek Off-Budget

 – Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)

– Liberalisasi sektor perkhidmatan

 – Peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing

 – Pembangunan industri seni kreatif

– Pengurusan berkesan sumber kewangan kerajaan

 Najib berkata, daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi tahun depan.Jumlah RM10 bilion dalam tahun ini dibahagikan kepada RM5 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Jelas beliau, saiz perbelanjaan ini sudah tentunya akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini.

“Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi.

 “Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007.

 “Malahan, semasa negara , mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus, berikutan dasar fiskal mengembang, terutamanya untuk membina infrastruktur negara,” kata beliau ketika membentangkan di Parlimen.

YB. Hj. Salleh Ahli Parlimen P188 Silam dalam temubual diKuala Lumpur berkata”Bajet Mini 2009 yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri malaysia ini merupakan satu sejarah bagi membangunkan negara daripada kemelut kemelesetan ekonomi yang kini melanda dunia. RM60 billion adalah angka,sudah pasti rakyat memikirkan bajet seumpama ini prihatin kepada rakyat,rakyat merasa lega kerana bajet ini dapat membangunkan secara keseluruhan masyarakat Malaysia untuk terus maju.Saya yakin dan percaya ekonomi negara Malaysia lebih awal mengatasi kegawatan yang dialami negara tanpa bergantung kepada mana-mana pinjaman luar.Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia pemimpin-pemimpin negara yang cemerlang,gemilang dan terbilang dalam meletakkan Bajet Mini 2009 di landasan pembelaan rakyat,bangsa Malaysia. Inilah satu-satunya Bajet yang memperkayakan rakyat Malaysia.Tahniah sekali lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: