Archive for 13 Mac 2009

KEPUTUSAN SPM MENINGKAT:SABAH DIBAWAH BAYU

Mac 13, 2009

kad-yb-silam-1

SILAM,13HBMac2009- Seramai 106 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini berjaya mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh gred 1A dan 2A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan tahun lalu.

 ”Dalam kumpulan calon cemerlang itu, seramai 14 orang pelajar mendapat gred 1 A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala calon cemerlang yang mendapat 1 A dan 2 A dalam semua mata pelajaran yang diambil ialah seramai 92 orang.

”Begitu juga bilangan pelajar yang lulus semua mata pelajaran juga telah bertambah iaitu seramai 13, 812 (44.55 peratus) berbanding 13,211 (43.99 peratus) pada tahun sebelumnya.

”Peningkatan sebanyak 0.56 peratus yang signifikan itu menunjukkan pencapaian calon sekolah di Sabah bertambah cemerlang dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 29,426 atau 95.01 peratus daripada 31,482 orang calon sekolah menengah di Sabah yang menduduki SPM pada tahun lepas berjaya mendapat sijil.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 28,451 atau 94.73 peratus daripada tahun sebelumnya.

”Ini bermakna pencapaian ini menunjukkan peningkatan daripada tahun 2007 iaitu sebanyak 0.28 peratus, sekali gus mengatasi pencapaian kebangsaan dengan 4.11 peratus,” katanya.

Sementara itu, seramai 2,702 (8.72 peratus) calon di Sabah berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred 6C bagi semua mata pelajaran yang diduduki pada SPM tahun lepas, berbanding tahun sebelumnya 2,599 pelajar atau 8.65 peratus .

Gred Purata Negeri juga bertambah baik pada tahun ini iaitu 5.90 peratus berbanding 5.98 bagi tahun 2007.

“Sebanyak 103 mata pelajaran juga telah diambil oleh calon-calon di negeri ini di mana daripada jumlah tersebut, 52 mata pelajaran menunjukkan peningkatan 100 peratus.

“Sebanyak 38 mata pelajaran lain turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dan 32 mata pelajaran tiada perubahan masih mengekalkan 100 peratus sementara 30 subjek lagi menunjukkan penurunan.

YB. Hj. salleh berkata”Syabas dan tahniah kepada pelajar yang cemerlang.Tahniah juga kepada guru-guru yang berjaya dengan gemilang dalam mendidik anak-anak kita sehingga boleh melanjutkan pelajaran sehingga keperingkat tinggi.Sesungguhnya anak adalah harta yang paling bernilai yang boleh mengubah dan merobah hidup kita.