Keluarga Miskin Tegar Akan Dapat Rumah
Kunak/Silam,15.Mac.2009-Sumbangan Berupa Bantuan Makanan kepada golongan Miskin Tegar dan Miskin, Ibu-ibu tunggal dan yang layak menerima bantuan ini,mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam.Penyampaian diadakan di pejabat Parlimen Silam kawasan Kunak.
Imbasan berita BERNAMA;Keluarga miskin tegar di seluruh negara akan menerima rumah yang dibina khas untuk mereka tidak lama lagi, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.
Beliau berkata rumah tiga bilik itu akan dibina dengan kos RM33,000 setiap satu.

Isteri YB Salleh menyampaikan bantuan kepada penerima.Katanya;Bantuan yang diberikan ini sekurang-kurangnya mengurangkan beban penerima dan mudah-mudahan akan ada pihak NGO,individu tampil turut menghulurkan sumbangan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan
“Kita telah mengarahkan penghulu, ketua-ketua kampung, pegawai pembangunan luar bandar dan ketua-ketua cawangan Umno untuk mengenal pasti golongan miskin tegar di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembangunan luar bandar di Sagil di sini, Jumaat.
Golongan miskin tegar yang ingin membaiki rumah mereka juga akan menerima bantuan sehingga RM12,000 di bawah program penyediaan rumah kepada golongan berkenaan yang menerima peruntukan sebanyak RM500 juta daripada kerajaan.
Program itu juga akan melibatkan 3,000 orang asli yang termasuk dalam kategori miskin tegar dan layak menerima bantuan itu, katanya.
Dalam masa yang sama, YB. Hj. Salleh berharap golongan miskin Tegar dan Miskin diberi keutamaan bagi mendapatkan rumah-rumah PPRT bagi membolehkan mereka dapat hidup dengan selesa. Katanya,kita telah mensasarkan pada bulan september ini miskin Tegar dapat dihapuskan ke angka sifar.Peranan kakitangan dalam mengenalpasti penerima-penerima yang benar-benar layak menerima bantuan rumah ini adalah amat saya harapkan agar sasaran miskin tegar sifar dapat dicapai.