Taat Setia Ahli Parlimen Pemuda BN

Taat setia ahli Parlimen Pemuda BN

August 24, 2008 by admin 

Permatang Pauh – 24 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin telah menyatakan bahawa ahli-ahli Parlimen Pemuda BN sudah sebulat suara, sepakat dan menandatangani ikrar bahawa mereka tidak akan meninggalkan parti, ini bagi mematahkan hujah pembangkang yang kononnya ada diantara ahli Parlimen akan melompat parti. Seramai 19 ahli Parlimen Pemuda telah berikrar dan menandatangan deklarasi tersebut. Beliau telah menyatakan hasrat ini dalam satu sidang akhbar di sebuah Hotel di Seberang Perai pada kira-kira pukul 4 petang tadi.

Menurut Datuk Seri Hishamuddin, segalanya kini berbeza dari hari pertama dimana mereka dengan angkuhnya megatakan bahawa kita akan hilang wang pertaruhan, tetapi hari ini kita telah berjaya mengurangkan sokongan mereka dan tidak mustahil kita boleh menawan kembali Permatang Pauh. Pemuda telah menukar cara pendekatan mereka kali ini dengan berkempen dari rumah ke rumah dan yang kecoh di luar sana kebanyakan adalah penyokong dari luar yang tidak mengundi, usaha kita dari rumah ke rumah ini diharap dapat memastikan mereka yang mengundi dan berhak menetukan kedudukan parti-parti yang bertanding mendapat hak sepatutnya.

Datuk Seri Tiong King Sing pula menayatakan bahawa di Sarawak bukan hanya ahli Parliemen Pemuda sahaja yang akan berikrar tidak akan meninggalkan parti tetapi kesemua ahli Parlimen Sarawak juga akan membuat deklarasi untuk bersatupadu dan akan terus bersama BN.

Senarai 19 ahli Parlimen Pemuda yang menandatangani deklarasi tersebut :

1 ) Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Ketua Pemuda UMNO)-UMNO
2 ) P131 – Rembau, Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda UMNO ) -UMNO
3 ) P55 – Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah-UMNO
4 ) P69 – Parit, Mohd Nizar Zakaria – UMNO
5 ) P138 – Tangga Batu, Datuk Idris Harun-UMNO
6 ) P146 – Muar, Razali Hj Ibrahim -UMNO
7 ) P5 – Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir-UMNO
8 ) P169 -Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan-UMNO
9 ) P181-Tenom, Raimie Unggi-UMNO

rakyat188
10 ) P188-Silam, Salleh Kalbi-UMNO
11 ) P89 -Bentung, Datuk Liow Tiong Lai (Ketua Pemuda MCA)-MCA
12 ) P148 – Ayer Hitam, Dr Wee Ka Siong -MCA
13 ) P152 – Kluang, Hou Kok Chung-MCA
14 ) P165 -Tanjung Piai, Wee Jeck Seng-MCA
15 ) P 151 – Simpang Renggam, Liang Jeck Chung-PGRM
16 ) P194 – Petra Jaya, Fadhil Yusof-PBB
17 ) P197 – Kota Samarahan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman-PBB
18 ) P221 – Limbang (Bukit Mas) Hasbi Habibollah-PBB
19 ) P217 – Bintulu – Datuk Seri Tiong King Sing-SPDP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: