Archive for 21 Mac 2009

PERALIHAN KUASA PERDANA MENTERI DI SOKONG PENUH DAN PERJUANGAN MEMBANGUNKAN NEGARA DITERUSKAN

Mac 21, 2009

pm8pak-lah1kenanganAUTOS MALAYSIA PROTON LAUNCHnajibAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Perpaduan,salam kasih sayang dan salam kedamaian.

1.Syukur kehadrat Allah SWT dan Selawat Ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, saya SALLEH BIN KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM,SABAH berdoa semoga perjuangan UMNO dan Komponen Barisan Nasional mendapat keberkatan dan kemenangan dalam memartabatkan Bangsa Malaysia ke arah mengatasi kegawatan ekonomi,merealisasi Perpaduan, membangunkan modal insan,meletakkan nama Malaysia di arena antarabngsa melalui Zoom melawat Malaysia
melalui kedatangan pelancong-pelancong luar negara,memperkuatkan jatidiri bangsa,memulihkan semula sokongan padu terhadap Parti UMNO,membasmi miskin tegar dan miskin dan peralihan kuasa yang akan berlaku
penghujung bulan ini akan berjalan dengan lancar dan baik dengan amalan tradisi UMNO yang mengamalkan kasih sayang dan lebih mengutamakan perjuangan UMNO.

 pm4km1km3dscn6574

2.Sejarah peralihan kuasa dikalangan pemimpin Negara berlangsung dengan penuh adat dan istiadat.Pemimpin yang akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri perlu dihormati dan diterima dengan
hati dan minda yang terbuka supaya misi dan visi untuk perjuangan memartabatkan dan memulihkan keyakinan Bangsa Malaysia kepada perjuangan UMNO akan dilihat ingin mengangkat dan menjulang negara Malaysia yang berjaya dan maju setanding dengan negara-negar maju yang lain di dunia.

sallehrumpai-laut-11salleh2

3.Saya Salleh Bin Kalbi, Ahli Parlimen Silam,Kolonel Kehormat Rela,Duta Keamanan UPF dengan hati ikhlas,jiwa yang bersih,minda terbuka ingin menyatakan menyokong penuh Peralihan Kuasa yang akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.
Sokongan kepada Yang Amat Berhormat Dato’Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional yang telah mengumumkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Hj. Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap menteri Kewangan Malaysia.Saya amat menyokong penuh Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Luahan ini adalah ikhlas yang lahir dari hati dan sanubari saya,ingin melihat perjuangan UMNO yang telah pun menabur jasa dalam membangunkan modal insan ke tahap yang gemilang dan terbilang sehingga lahirnya anak-anak Malaysia yang berjaya mengharumkan nama baik negara samada di peringkat Lokal mahupun global.

parlimen-silam2kad-yb-silam-11

4.Saya menyokong penuh mini bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd.Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan yang telah mengumumkan mini Bajet RM60 Billion.Jumlah ini bagi saya merupakan satu sejarah dalam pembentangan bajet kerajaan bagi memulih dan membangunkan negara daripada kesan kemelesetan ekonomi dunia. Saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak yang komited dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan perancangan yang telus dan anjakan membangunkan Modal Insan menjadi agenda utama bagi membangunkan sesebuah negara. Peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dibuka luas,sektor swasta yang terjejas teruk di bantu kerajaan,suntikan modal insan yang berwawasan dan bermanfaat,pelaksanaan projek secara telus dengan wujud badan pemantau,membasmi miskin tegar dan miskin,saya berpendapat mini bajet ini adalah bersifat mesra rakyat,penyayang kepada rakyat,menguntungkan semua lapisan masyarakat,sistematik,kreatif,inovatif,berwawasan jauh kehadapan,selamat,aman,makmur dan yang paling berharga minda dan pemikiran Yang Amat Berhormat menteri Kewangan yang ingin memulihkan ekonomi negara agar dapat berdiri dan terus maju melangkah kehadapan dengan keutuhan perpaduan Bangsa dan negara.

5. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hj. Musa Bin Aman Ketua Menteri Sabah Menteri-Menteri Kabinet Malaysia dan rakan-rakan Ahli Parlimen yang menyokong penuh kelulusan Zon Akuakultur Negara di Parlimen Silam.Teras perjuangan saya dalam Pembangunan modal Insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam arus pembangunan sesebuah negara menjadi agenda utama bagi melahirkan masyarakat yang boleh berdikari dan melepasi tahap miskin tegar menjelang tahun 2010 dan miskin.Masalah ini saya akan perangi habis-habisan sehingga ke akar umbi.Selama ini saya telah mmenjejaki rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan dan perlu di beri keutamaan agar isu-isu masalah ini dapat diatasi sehingga ketahap minimum dan sifar.Peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan melalui Akuakultur Negara di Silam ini akan dapat membasmi kemiskinan tegar lebih awal menjelang bulan september tahun ini.Perancangan saya dengan penyediaan tapak dan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan miskin dan golongan sederhana ini saya yakin dan percaya usaha ini adalah cara terbaik dalam pembasmian kemiskinan kerana mereka akan memiliki pendapatan dalam lingkungan setiap keluarga RM1,200.00 sebulan.Saya sentiasa membuat perancangan dan plan pembangunan modal insan bagi melahirkan masyarakat yang boleh berdiri pada kendiri tanpa bergantung harap kepada orang lain.Perancangan ini dalam proses pelaksanaan kepada golongan sasar dan sedikit masa lagi rakyat akan
melihat usaha saya ini sebagai satu rezeki kerajaan Barisan nasioanl yang prihatin dan sentiasa membangunkan rakyat walau dimana jua.

6. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 22 hingga 24/Mac/2009 ini,saya berharap pertandingan yang berlangsung kelak biarlah dilaksanakan secara kekeluargaan.Kepada yang menang saya ucapkan tahniah kepada yang tewas kita masih berada dalam keluarga UMNO.Selepas sahaja pemilihan ini semua pihak perlu menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab untuk membela dan membangunkan parlimen dan negara.Pertandingan yang memihak kepada yang menang dalam pemilihan kelak perlu menjadi contoh kepada wadah perjuangan UMNO dengan mengekalkan perpaduan. Kepada yang kalah jangan dibiarkan sendiri kerana budaya ini bukanlah amalan tradisi UMNO,malahan jika berlaku ini bermakna individu yang menang itu masih lagi mengamalkan budaya ini
bermakna masih lagi berlaku, amalan pentingkan diri sendiri.Berdasarkan kajian saya pemilihan kali ini adalah cukup baik dan lebih mementingkan perjuangan Parti UMNO berbanding kepentingan diri sendiri.Setiap ahli UMNO yang terlibat dalam pertandingan memperlihatkan persaudaraan,persefakatan,kasih sayang,ukhwah,bersatupadu dan telah berjanji taat setia perjuangan dalam parti lebih diutamakan berbanding kepentingan peribadi.Saya bersyukur dengan amalan tradisi ini,saya berharap amalan ini perlu diturunkan de peringkat Bahagian, supaya UMNO akan releven dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa menjadi satu Bangsa Malaysia yang mencintai keamanan,kedamaian dan kemakmuran negara.

7. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung Blog saya di http://sallehkalbi188.wordpress.com / silamgemilang.wordpress.com /rakyatp188silam.wordpress.com /ybsilamexoticdiscovery.wordpress.com /alumniagasih.wordpress.com / suaraparlimensilam.wordpress.com /e_sahabatparlimensilam.com.my / p188silam.blogspot.com. sokongan,pandangan,kritikan Dato,Datuk,Datin,Tuan,Puan,Encik,Cik
adalah amat saya hargai dan saya akan jadikan bahan ilmiah dalam membangunkan modal insan dan pembangunan Parlimen Silam agar cemerlang,gemilang dan terbilang selaras dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan negara dengan meletakkan asas ekonomi negara berada pada kedudukan yang baik dan pulih sepenuhnya dalam tempoh yang singkat.Terima kasih sekali lagi.

KEPUTUSAN UNDI JAWATAN MT DIJANGKA JAM 10 MALAM

Mac 21, 2009

KUALA LUMPUR: Keputusan pengiraan undi untuk jawatan peringkat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti itu Khamis depan dijangka diumumkan pada jam 10 malam.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Pengerusi Tetap parti akan mengumumkan keputusan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Kita jangka keputusan akan diperoleh agak lewat kerana Jawatankuasa Pemilihan memutuskan untuk mengira menggunakan kaedah manual kerana ada calon dan wakil masing-masing yang tidak selesa dengan kaedah komputer,” katanya sesi taklimat mengenai Perhimpunan Agung Umno ke-59 di PWTC, di sini, semalam.

Tengku Adnan berkata, setakat ini, secara keseluruhannya seramai 262 calon yang akan bertanding bagi jawatan peringkat MT dan ketiga-tiga sayap parti berkenaan termasuk Exco pusat.

“Seramai 55 calon peringkat Wanita Umno, termasuk 49 Exco pergerakan itu akan bertanding, manakala 77 lagi calon Pemuda dan 68 calon bagi sayap Puteri Umno,” katanya.

Beliau berkata, lebih 300 petugas akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas mengira undi bermula jam 1 tengah hari pada Khamis depan, selepas proses pengundian dijalankan selama dua jam.

“Petugas yang mengira undi tidak dibenarkan keluar dan jika berbuat demikian, mereka tidak akan dibenarkan masuk semula. Langkah itu bagi menjamin ketelusan proses berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhannya seramai 4,885 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008, termasuk 2,509 perwakilan pada persidangan pusat, selain 796 perwakilan Wanita Umno, Pemuda (791) dan 789 perwakilan Puteri Umno.

Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar yang akan menghadiri perhimpunan kali ini diputuskan Isnin ini selepas pihaknya menerima maklum balas daripada Jabatan Insolvensi dan Pendaftar Syarikat (ROS).

“Setakat ini pun, kedudukan 24 perwakilan sedang diteliti kerana kami mendapati mereka muflis, bagaimanapun pengesahan mengenainya belum diperoleh lagi,” katanya.

Mengenai jadual perhimpunan kali ini, Tengku Adnan berkata, jamuan khas ‘Jasamu Dikenang’ akan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Sesuatu yang istimewa diatur pada majlis berkenaan dengan harapan menjadi tanda kenangan yang bernilai kepada Perdana Menteri dan semua perwakilan,” katanya.

Beliau berkata, persidangan pada Jumaat pula akan dilanjutkan sehingga jam 11 malam bagi membolehkan semua usul membabitkan Ucapan Dasar Presiden, Ekonomi serta Agama dan Pendidikan dapat dibentangkan dan dibahas semua yang terbabit.

“Jawatankuasa Usul akan putuskan tempoh masa pembentang dan pembahas berucap kerana tahun ini perhimpunan agung akan berakhir lebih awal bagi membolehkan ahli dan pemimpin Umno memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai,” katanya.

PEMUDA NAFI DAKWAAN UMNO BERPECAH DUA KUMPULAN

Mac 21, 2009

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan keputusan Lembaga Disiplin melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Ali Rustam bertanding ke jawatan itu menunjukkan Umno kini sudah berpecah dua kumpulan.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan yang memihak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak adalah pembohongan semata-mata.

“Khabar angin tetap khabar angin, tidak wujud sebarang perpecahan dalam Umno. Dua pemimpin atasan kita bukan saja bijaksana, tetapi juga meletakkan parti sebagai keutamaan.

“Desas-desus ini hanya di gembar-gemburkan mereka yang ada kepentingan dan tidak mahu melihat Umno kembali pulih. Pemuda mengenali kedua-dua pemimpin dan mereka yang akhirnya menentukan sama ada proses peralihan berjalan lancar atau tidak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Exco Pemuda Umno, di sini, semalam.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Umno berpecah kepada dua kumpulan berikutan keputusan Lembaga Disiplin yang melarang Mohd Ali bertanding ke jawatan itu kerana terbabit dengan politik wang.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno melarang Mohd Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden kerana mendapatinya terbabit politik wang.

Keputusan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin mendapati Mohd Ali, juga Naib Presiden Umno dan Ketua Menteri Melaka, bersalah kerana rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau.

Dua calon Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir turut menafikan yang Umno kini berpecah kepada dua kumpulan.

Hishammuddin berkata, jika benar wujud perpecahan dalam Umno, sudah tentu ia berlaku lama dan bukannya beberapa hari sebelum pemilihan Perhimpunan Agung Umno pada minggu depan.

Beliau turut menyifatkan kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang mahu mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri, tidak bertanggungjawab.

HISHAMMUDDIN MAHU BAKAL PENGGANTI TERUSKAN ASPIRASI

Mac 21, 2009

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my


DARI kiri, Calon Naib Ketua Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Mukhriz, Hishammuddin, Khairy dan calon Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim ketika menghadiri mesyuarat Pemuda Umno di Menara Datuk Onn, semalam.

Pemimpin sayap kena waspada buat keputusan elak jejas parti

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berharap bakal penggantinya dapat meneruskan aspirasi yang sudah dibentuknya sejak memimpin sayap itu sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, bukan mudah untuk memimpin sayap utama yang mempunyai lebih 700,000 ahli muda yang bersemangat dan idealisme serta perlu direalisasikan untuk kepentingan negara.

“Saya menasihati mereka supaya berhati-hati memimpin sayap yang penting dan begitu juga dalam membuat keputusan supaya tidak menjejaskan parti serta negara,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, di sini semalam.

Turut hadir pada mesyuarat itu, dua calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya, Ketua Pemuda Umno harus bersedia dengan cabaran politik terkini termasuk isu perkauman dan agama serta krisis ekonomi dunia.

Hishammuddin berkata, mesyuarat yang dipengerusikannya semalam amat bersejarah kerana ia adalah mesyuarat terakhirnya dengan Pemuda Umno.

“Saya berasa begitu terharu kerana hampir semua ahli Exco yang akan bertanding berada dalam mesyuarat ini.

“Saya mengingatkan semua pihak bertanding yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya.

Beliau berkata, semua calon pemuda yang bertanding ini adalah aset bernilai untuk negara.

Katanya, beliau juga mengingatkan setiap calon supaya memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan ikhlas dan bukan kerana jawatan.

“Sebaik saja pemilihan selesai, kita perlu merapatkan semula sayap pemuda bersama-sama kepimpinan baru dan bekerja kuat untuk negara,” katanya.