HISHAMMUDDIN MAHU BAKAL PENGGANTI TERUSKAN ASPIRASI

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my


DARI kiri, Calon Naib Ketua Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Mukhriz, Hishammuddin, Khairy dan calon Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim ketika menghadiri mesyuarat Pemuda Umno di Menara Datuk Onn, semalam.

Pemimpin sayap kena waspada buat keputusan elak jejas parti

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berharap bakal penggantinya dapat meneruskan aspirasi yang sudah dibentuknya sejak memimpin sayap itu sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, bukan mudah untuk memimpin sayap utama yang mempunyai lebih 700,000 ahli muda yang bersemangat dan idealisme serta perlu direalisasikan untuk kepentingan negara.

“Saya menasihati mereka supaya berhati-hati memimpin sayap yang penting dan begitu juga dalam membuat keputusan supaya tidak menjejaskan parti serta negara,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, di sini semalam.

Turut hadir pada mesyuarat itu, dua calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya, Ketua Pemuda Umno harus bersedia dengan cabaran politik terkini termasuk isu perkauman dan agama serta krisis ekonomi dunia.

Hishammuddin berkata, mesyuarat yang dipengerusikannya semalam amat bersejarah kerana ia adalah mesyuarat terakhirnya dengan Pemuda Umno.

“Saya berasa begitu terharu kerana hampir semua ahli Exco yang akan bertanding berada dalam mesyuarat ini.

“Saya mengingatkan semua pihak bertanding yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya.

Beliau berkata, semua calon pemuda yang bertanding ini adalah aset bernilai untuk negara.

Katanya, beliau juga mengingatkan setiap calon supaya memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan ikhlas dan bukan kerana jawatan.

“Sebaik saja pemilihan selesai, kita perlu merapatkan semula sayap pemuda bersama-sama kepimpinan baru dan bekerja kuat untuk negara,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: