PEMUDA NAFI DAKWAAN UMNO BERPECAH DUA KUMPULAN

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan keputusan Lembaga Disiplin melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Ali Rustam bertanding ke jawatan itu menunjukkan Umno kini sudah berpecah dua kumpulan.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan yang memihak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak adalah pembohongan semata-mata.

“Khabar angin tetap khabar angin, tidak wujud sebarang perpecahan dalam Umno. Dua pemimpin atasan kita bukan saja bijaksana, tetapi juga meletakkan parti sebagai keutamaan.

“Desas-desus ini hanya di gembar-gemburkan mereka yang ada kepentingan dan tidak mahu melihat Umno kembali pulih. Pemuda mengenali kedua-dua pemimpin dan mereka yang akhirnya menentukan sama ada proses peralihan berjalan lancar atau tidak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Exco Pemuda Umno, di sini, semalam.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Umno berpecah kepada dua kumpulan berikutan keputusan Lembaga Disiplin yang melarang Mohd Ali bertanding ke jawatan itu kerana terbabit dengan politik wang.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno melarang Mohd Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden kerana mendapatinya terbabit politik wang.

Keputusan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin mendapati Mohd Ali, juga Naib Presiden Umno dan Ketua Menteri Melaka, bersalah kerana rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau.

Dua calon Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir turut menafikan yang Umno kini berpecah kepada dua kumpulan.

Hishammuddin berkata, jika benar wujud perpecahan dalam Umno, sudah tentu ia berlaku lama dan bukannya beberapa hari sebelum pemilihan Perhimpunan Agung Umno pada minggu depan.

Beliau turut menyifatkan kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang mahu mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri, tidak bertanggungjawab.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: