Archive for 22 Mac 2009

CANTAS MENCANTAS BUKAN BUDAYA PERJUANGAN PARTI UMNO. RENTETAN SEJARAH PERJUANGAN PARTI UMNO..

Mac 22, 2009

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perpaduan,Salam Kedamaian dan Salam Perjuangan

dscn6572

UCAPAN YB. KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB

p188-silam1

Saya SALLEH KALBI,AHLI PARLIMEN P188 SILAM amat menyokong penuh dengan ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang bertajuk “Usah Ghairah Rebut Jawatan”,katanya saya ingin petik kata-kata Timbalan Perdana Menteri;“Pada masa sama, Umno perlu dilihat sebagai parti yang menghargai modal keintelektualan tetapi cantas mencantas dan sekat menyekat adalah penyakit dalam Umno menyebabkan ada yang tidak diberi tempat dalam kepemimpinan hingga mereka menyertai parti pembangkang.

“Oleh itu, perlu ada proses muhasabah dan berfikiran terbuka supaya Umno yang dulu mendahului zaman dan hari ini juga dapat mendahului zaman,” katanya berucap pada majlis makan malam dan perasmian Kursus Kepemimpinan Kelab Umno Luar Negara 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.

Sebelum ini saya telus menyampaikan ucapan dalam blog ini yang bertajuk “Menyokong Penuh Peralihan Kuasa dan Tanggungjawab Membangunkan Negara Diteruskan.Saya berkata petikan ke 6;

6. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 22 hingga 24/Mac/2009 ini,saya berharap pertandingan yang berlangsung kelak biarlah dilaksanakan secara kekeluargaan.Kepada yang menang saya ucapkan tahniah kepada yang tewas kita masih berada dalam keluarga UMNO.Selepas sahaja pemilihan ini semua pihak perlu menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab untuk membela dan membangunkan parlimen dan negara.Pertandingan yang memihak kepada yang menang dalam pemilihan kelak perlu menjadi contoh kepada wadah perjuangan UMNO dengan mengekalkan perpaduan. Kepada yang kalah jangan dibiarkan sendiri kerana budaya ini bukanlah amalan tradisi UMNO,malahan jika berlaku ini bermakna individu yang menang itu masih lagi mengamalkan budaya ini pentingkan diri sendiri bukan perjuangan Parti UMNO.Berdasarkan kajian saya pemilihan kali ini adalah cukup baik dan lebih mementingkan perjuangan Parti UMNO berbanding kepentingan diri sendiri.Setiap ahli UMNO yang terlibat dalam pertandingan memperlihatkan persaudaraan,persefakatan,kasih sayang,ukhwah,bersatupadu dan telah berjanji taat setia perjuangan dalam parti lebih diutamakan berbanding kepentingan peribadi.Saya bersyukur dengan amalan tradisi ini,saya berharap amalan ini perlu diturunkan de peringkat Bahagian, supaya UMNO akan releven dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa menjadi satu Bangsa Malaysia yang mencintai keamanan,kedamaian dan kemakmuran negara.”kata Salleh Silam.

Saya ingin menceritakan tentang Sejarah Perjuangan Parti UMNO yang telah menabur jasa besar kepada bangsa Malaysia.Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.


Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mencari jalan menentang rancangan tersebut. Kongres ini dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres ini juga telah dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.
 

Selepas kongres ini, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac 1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Kemudian diadakan lagi kongres ketiga di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946. Dalam kongres ini dengan secara rasmi UMNO ditubuhkan.

Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “Pertubuhan Melayu bersatu” atau United Malays Organization”. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan supaya ditambah perkataan “kebangsaan” atau “national” selepas perkataan “pertubuhan”. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organization” (UMNO).

Setelah UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Melayan Union habis-habisan dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua (2) tahun sahaja Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1948.

Walau Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara ini. Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.

Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”.

Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan “dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan ‘ Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula ‘Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”.

Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak akan diberikan sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak adanya kerjasama dan persefahaman antara kaum dalam Negara ini.

Walau bagaimanapun di atas kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO / Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 menyebabkan British terpaksa akur di atas tuntutan UMNO. Akhirnya tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dipersetujui.

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak kepada parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menumpukan perjuangannya untuk mengisi kemerdekaan itu. Kerajaan yang diterajui UMNO telah mengadakan berbagai-bagai program pembangunan dalam bidang ekonomi, agama dan sebagainya.

Antara program-program pembangunan ekonomi yang dijalankan adalah membuka ladang-ladang getah dan kelapa sawit serta mewujudkan institusi yang berkaitan seperti RISDA, FELDA FELCRA dan sebagainya. Dalam bidang pelajaran kerajaan mendirikan berbagai-bagai sekolah, maktab pengajian dan institusi-institusi pendidikan tinggi seperti Institusi Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA atau UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan lain-lain.

Di bidang pembangunan agama pula kerajaan di bawah pimpinan UMNO mendirikan Pusat Islam, sekolah-sekolah agama, pusat-pusat dakwah, jabatan-jabatan Agama Islam di negeri-negeri dan sebagainya. Semua program-program ini diadakan berasaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sebagainya.
Hari ini Malaysia sudahpun 48 tahun merdeka dan terkenal sebagai sebuah Negara termaju di kalangan Negara-negara membangun manakala UMNO pun telah menjangkau usia 58 tahun dan ahli-ahlinya melebihi 3 juta orang meliputi 191 bahagian. Ia merupakan sebuah parti politik yang tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik pun yang dapat menandinginya.

UMNO telah menempuh pilihan raya sebanyak 12 kali dan setiap kali pilihanraya UMNO mencapai kemenangan dengan cemerlang. Dalam Pilihan Raya Umum 2004, bagi kawasan Parlimen, UMNO telah memenangi 109 kerusi daripada 117 kerusi yang dipertandingkan manakala peringkat DUN sebanyak 303 kerusi daripada 337 kerusi telah dimenangi oleh UMNO.

Bagi mengekalkan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang terunggul di dunia, maka setiap ahli UMNO terutamanya Ketua-Ketua Penerangan di semua peringkat hendaklah bertanggungjawab mengawal segala isu-isu yang boleh menjejaskan kekuatan UMNO.

Sementara pejabat-pejabat UMNO sebagai nadi kekuatan UMNO hendaklah bertindak pantas dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul seperti masalah politik wang, kurang penghayatan terhadap perjuangan UMNO di kalangan ahli-ahli dan sebagainya, kerana masalah-masalah tersebut jika tidak diatasi akan menghancurkan masa depan UMNO.

UMNO mestilah dipelihara, dipupuk dan dibaja dengan amalan nilai-nilai murni dikalangan supaya ia terus menjadi satu-satunya wadah perjuangan bagi membela nasib orang Melayu sepanjang masa. Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.

USAH GHAIRAH REBUT JAWATAN

Mac 22, 2009

‘Usah ghairah rebut jawatan’

Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my


Najib berbual dengan penerima Anugerah Khas Ikon Glokal Kelab Umno Luar Negara, Mohamed Fairuz Fauzy (kiri) dan Dr Tidi Maharani Hassan di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Najib gesa ahli utama perjuangan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan ahli dan pemimpin Umno supaya tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dalam parti hingga terlupa perjuangan sebenar untuk mengekalkan kegemilangan pemerintahan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kekuatan Umno yang terpahat dalam sejarah perlu dipertahankan supaya tidak dilihat sebagai punca kelemahan hanya kerana ada pihak menganggap kuasa itu satu kekebalan politik.

“Apakah kekebalan itu bermakna berjuang untuk menjadi Ketua Umno Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Puteri Bahagian atau jawatan pada peringkat paling tinggi sebagai penyudah kepada perjuangan kita.

“Jika itu jawapannya, bermakna kita terlalu asyik dalam proses dalaman parti di mana masa dan tenaga kita gunakan untuk mengisi jawatan yang diidamkan dalam parti, tetapi kita alpa apa guna jawatan itu jika parti tidak berkuasa.

“Pada masa sama, Umno perlu dilihat sebagai parti yang menghargai modal keintelektualan tetapi cantas mencantas dan sekat menyekat adalah penyakit dalam Umno menyebabkan ada yang tidak diberi tempat dalam kepemimpinan hingga mereka menyertai parti pembangkang.

“Oleh itu, perlu ada proses muhasabah dan berfikiran terbuka supaya Umno yang dulu mendahului zaman dan hari ini juga dapat mendahului zaman,” katanya berucap pada majlis makan malam dan perasmian Kursus Kepemimpinan Kelab Umno Luar Negara 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.

Turut hadir, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sehubungan itu, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno mahu parti itu bangkit dengan semangat baru dan melakukan perubahan mengikut keadaan, masa dan tuntutan zaman, bukannya perubahan yang hanya sekadar ‘klise’.

“Umno perlu dilihat sebagai parti yang segar, dinamik dan boleh meletakkan harapan rakyat pada masa kini dan masa depan, jika tidak Umno akan dilihat kaku, lesu dan tidak lagi menarik di kalangan rakyat dan pengundi.

“Oleh itu, generasi muda perlu mengembalikan semangat 50-an dalam Umno di mana ia dilihat sebagai juara dalam isu kepentingan, kesejahteraan rakyat, isu bahasa, kemerdekaan, menyusun semula masyarakat dan isu yang dekat di hati rakyat serta orang Melayu, tetapi bukannya menjadi juara kerana menang jawatan,” katanya.

Beliau berkata, jika popular dalam Umno tidak semestinya seseorang pemimpin itu juga popular di kalangan rakyat dan jika ada jawatan dalam Umno pula tidak semestinya boleh menang dalam pilihan raya, sebaliknya perlu popular dalam Umno dan di kalangan pengundi barulah parti ini kuat dan menjadi tonggak dalam pemerintahan negara.