Archive for 23 Mac 2009

SIAP SIAGA BERSAMA KEPIMPINAN YAB DATO’SERI MOHD NAJIB TUN ABD. RAZAK DALAM MEREALISASIKAN KEINTELEKTUALAN MELAYU GLOKAL

Mac 23, 2009

sallehumno101agung9agung10sallehumno3Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perpaduan,Salam Kedamaian,Salam Perjuangan

agung7agung12agung13agung8

1.Setiap ahli UMNO perlu berubah wajah,minda,matlamat,wawasan dan anjakan paradigma dalam menterjemahkan kewibawaan Parti UMNO yang menjadi nadi perjuangan dan kekuatan orang-orang Melayu sejak menuntut kemerdekaan lagi.Kewibawaan yang kita perjuangkan ialah perpaduan dikalangan ahli-ahli parti UMNO itu sendiri.Saya berpendapat bahawa kekuatan UMNO hari ini perlu di canang semula dengan memperkasa minda,intelektual dan kekuatan dalaman yang jujur,ikhlas dan bersih agar tidak timbul soal cantas mencantas dikalangan sesama sendiri.

agung11salleh-umno1sallehumno7

2.Saya melihat perjuangan yang dilaksanakan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia ingin mengangkat dan menjulang Bangsa yang bertamadun dan di hormati  samada di peringkat global mahupun lokal.Melayu Glokal yang difikirkan menjadi nadi kekuatan orang-orang melayu ialah bersikap global tetapi bertunjangkan budaya melayu dan islam dalam menghadapi globalisasi dan liberalisasi. Melayu Glokal berakar nasional dan berakal international.Pemikiran jauh kehadapan YAB Dato’ Seri ingin melihat anak Malaysia yang hebat dalam negara dan memainkan peranan penting sehingga diperingkat antarabangsa.

3 Saya bersetuju bila faktor ilmu dan pendidikan menjadi pengukur dalam menjayakan misi dan visi kerajaan dalam membangunkan negara.Melalui Pembangunan Modal Insan rakyat akan mencintai ilmu bagi mengembangkan sayap untuk berdayasaing dalam apa jua bidang samada enginering,kedoktoran,profesionalisme,intelektual,teknokrat dan lain-lain.Usaha mendidik,membimbing dan melahirkan generasi yang berpengetahuan tanpa mengira miskin dan kaya,akan dapat diterjemahkan sebagai satu anjakan dalam pembangunan bagi mencapai matlamat sebuah negara maju.Peranan ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah adalah penting bagi menyokong dan meletakkan kejayaan asas ini di landasan kejayaan bagi mencapai realiti.

sallehumno4sallehumno9sallehumno8

4.Saya telah membuat kajian tentang kekayaan sumber alam khususnya di Parlimen Silam yang akan dikomersialkan sebagai industri Pelancongan Negara.Antara kawasan yang menarik seperti Gua Madai Air Terjun madai,Telaga Tujuh,Pantai Sarina,Air panas,Lembah Danum,Residence Hotel Felda Sahabat dan lain-lain lagi.Mengapa saya selalu berkata tahun 2010 sebagai tahun melawat Parlimen Silam.Silam hanya di kenali sebagai kawasan penanaman kelapa sawit sahaja yang menyumbang dalam bidang ekonomi.Tetapi sejarah telah membuktikan, sebenarnya Silam adalah kawasan bermulanya kedatangan Islam kenegeri Sabah.Kubur-kubur purba seperti yang terdapat di kawasan Madai yang telah di kaji membuktikan kekayaan sumber dan daya penarik dalam bidang pelancongan adalah terlalu berharga dan perlu di bukukan dan dihebahkan melalui program budaya tempatan dan rancangan Tv.Saya berpendapat Silam kaya dengan daya tarikan pelancongan yang masih lagi belum diketahui umum samada peringkat global mahupun lokal.

sallehumno11

5.Saya telah membuat kajian bagi memperkenalkan Silam sebagai Pusat Pelancongan yang paling menarik di negara kita dengan membawa pelancong-pelancong dari seluruh negara di dunia. Saya dalam perancangan menyiapkan satu buku pelancongan khusus mempromosikan P188 Silam sebagi satu kawasan yang strategik dan menarik untuk dilawati.Saya akan menyerahkan buku ini kepada kementerian Pelancongan Malaysia supaya Silam di senaraikan dalam kalendar tahun melawat Malaysia.

6.Marilah bersama-sama berjuang untuk membela,membantu rakyat dan membangunkan kawasan sebagai prasyarat dalam merealisasikan hasrat kerajaan menjadi sebuah negara yang maju.Sebagai Ahli Parlimen P188 Silam, saya Salleh Kalbi bersetuju dengan pandangan Yang amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia bahawa sikap,pemikiran,halatuju,pandangan,persepsi,keintelektualan,cabaran,halangan,cantas mencantas dan budaya tongkat Melayu perlu dinilai dan sebagai wakil rakyat perlu sentiasa siap siaga bagi menerima mekanisma baru yang akan diperkenalkan demi agama,bangsa dan negara tercinta.

sekian,wassalam

SALLEH KALBI

Ahli Parlimen P188 Silam,Duta Keamanan PBB,Kolonel Kehormat Rela

Jadi Melayu Glokal

Mac 23, 2009

undefined undefined 1 komentar

Jadi Melayu Glokal – Najib — `Akar berpaksi di kota dan desa namun akal menerjah serata dunia’
Oleh Zulkiflee Bakar dan Zulkifli Jalil
NAJIB Tun Abdul Razak diberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja selesai merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO secara serentak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR 19 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru orang Melayu menjadi Melayu Glokal iaitu bersikap global tetapi bertunjangkan budaya Melayu dan Islam dalam menghadapai cabaran globalisiasi dan liberalisasi.

Sambil menjelaskan, istilah `glokal’ sebagai gabungan antara global dan lokal, Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, Melayu Glokal yang diimpi dan dihasratkan ialah Melayu yang berakar nasional dan berakal internasional.

“Maksudnya, di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa namun akal kita menerjah ke serata dunia.

“Melayu Glokal bertunjangkan budaya Melayu dan ajaran agama Islam yang suci, pada ketika yang sama berani meneroka dunia yang penuh pancaroba ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertema `Menjana Melayu Glokal’ semasa perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2005, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Najib berkata, dimensi baru kini menuntut orang Melayu melonjak ke hadapan dengan memperkukuhkan daya saing bangsa untuk berlumba menjadi antara yang terbaik di pentas dunia.

“Oleh itu, sudah tiba masanya kita berubah menjadi Melayu Glokal. Ini bukan lagi mustahil kerana Malaysia sekarang sudah pun mula diiktiraf sebagai negara Islam contoh.

“Kita sederhana lagi progresif dan harmoni dalam kemajmukan. Kita semakin bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai negara Islam contoh, menjadi jenama antarabangsa. Kejayaan inilah menjadi asas untuk menjana Melayu Glokal seterusnya,” katanya.

Berucap di hadapan lebih 2,500 perwakilan, Timbalan Presiden UMNO itu turut menggariskan lima tindakan untuk dilaksanakan sebagai persiapan menjana Melayu Glokal.

Ia adalah Menjana Melayu Glokal melalui ilmu dan pendidikan; menjana ekonomi untuk pembangunan Melayu Glokal; Melayu Glokal berpaksikan penghayatan agama; memperkuatkan jati diri Melayu Glokal melalui transformasi budaya dan memperkasakan politik Melayu Glokal berteraskan idealisme perjuangan.

Najib berkata, bagi menjana Melayu Glokal melalui ilmu dan pendidikan, tindakan untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi hendaklah diteruskan, di samping tetap menjaga hal ehwal kebajikan mereka.

Tegasnya, Melayu Glokal yang ingin dilahirkan wajar mengamalkan pendidikan sepanjang hayat, menguasai lebih daripada satu bahasa dan berbudaya ilmu yang tinggi.

Tindakan kedua iaitu Menjana ekonomi untuk pembangunan Melayu Glokal, menurut Najib ialah mengubah sikap usahawan Bumiputera.

“Kita menghadapi masalah sikap mahu cepat kaya, tetapi tidak mahu berusaha. Peluang yang diberikan kerajaan dijual dengan begitu mudah dan murah, untuk mendapat hasil yang cepat walaupun sedikit.

“Istilah biasa sikap ini dipanggil Ali – Baba. Mereka yang memajak lesen perikanan laut dalam kepada orang Thailand boleh digelar Ali-Siam.

“Istilah ilmu ekonomi dipanggil `rentier class’. Saya menggunakan istilah ekonomi supaya tiada yang berkecil hati. Istilah mudah yang ramai orang faham ialah broker. Hentikanlah sikap ini,” tegasnya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, penanda aras kepada dasar ekonomi yang dirancang seharusnya berupa pembinaan kekayaan bagi rakyat dan kejayaan di kalangan kumpulan Melayu yang layak.

Najib berkata, dalam usaha itu juga, UMNO mahu melihat pihak swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) meningkatkan peranan mereka membantu khasnya dalam penyusunan semula guna tenaga dan menyediakan peluang untuk Bumiputera.

“Kita amat berharap agar ketua-ketua pegawai eksekutif GLC betul-betul serius dan benar-benar komited dalam menjayakan agenda Melayu,” ujarnya.

Bagi tindakan mewujudkan Melayu Glokal Berpaksikan penghayatan agama, Najib berkata, pendekatan Islam Hadhari perlu menjadi nadi dan penggerak, kepada penjanaan Melayu Glokal yang berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Pendekatan Islam Hadhari dirintis bersesuaian dengan penggalakkan kaedah ijtihad, agar umat Islam terus berkembang dan mampu menghadapi semua keadaan dan cabaran semasa,” katanya.

Ketika menggariskan tindakan keempat iaitu memperkuatkan jati diri Melayu Glokal melalui transformasi budaya, Najib mengingatkan proses merubah sikap dan nilai bangsa adalah satu kerja besar yang tidak dapat tidak, mesti diteruskan.

“Dengan kata lain, perubahan paradigma Melayu adalah satu transformasi budaya untuk lebih memantapkan jati diri bangsa, bersiap menghadapi cabaran akan datang,” katanya.

Najib juga mengingatkan, Melayu Glokal adalah mereka yang mesti juga cintakan parti, faham perjuangan, bersatu padu, mengikut peraturan, bersiap sedia dan sentiasa berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Katanya, ini adalah tindakan kelima iaitu memperkasakan politik Melayu Glokal berteraskan idealisme perjuangan.

Beliau berkata, ahli-ahli UMNO perlu sentiasa menyemarakkan api idealisme perjuangan mendokong amanah dengan penuh semangat patriotisme kerana mereka adalah pembawa obor perjuangan yang telah diwariskan demi agama, bangsa dan negara.

“Sekiranya matlamat perjuangan kita difahami dan dihayati dengan jelas, maka peraturan dan perlembagaan parti hanya sekadar menjadi pelengkap untuk memandu perjuangan.

“Masalahnya, apabila perjuangan sudah dikaburi oleh wang ringgit, kedudukan, pangkat dan kuasa semata-mata, peraturan dan perjalanan parti akan terganggu dan integriti kita pasti dipersoalkan. Inilah yang mustahak untuk diperbetulkan,” katanya.

Sehubungan itu, Najib menegaskan UMNO akan terus memerangi rasuah politik tanpa mengira pangkat dan kedudukan

DIALOG @TV1 BERSAMA YAB DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK

Mac 23, 2009

Kuala Lumpur,23Mac.2009-Dialog@TV1 semalam secara langsung banyak membincangkan isu-isu,perancangan,dasar-dasar,kriteria-kriteria kepimpinan,merit pemimpin dan cabaran UMNO di masa kini dan akan datang.

Keyakinan rakyat kepada Parti UMNO perlu dipulihkan semula dengan meletakkan asas permuafakatan dan perpaduan apabila selesai pemilihan/Perhimpunan Agung UMNO 2008,pada 24-28.Mac.2009 ini.Kebanyakan isu-isu ditimbulkan adalah persepsi semata-mata bukan melihat kepada realiti sebenarnya.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang telah dipilih oleh rakyat perlu menerima hakikat bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi bagi membangunkan setiap kawasan/parlimen.Saya amat bersetuju dengan pandangan YAB Timbalan Perdana Menteri,bahawa budaya kerja wakil-wakil rakyat perlu mesra rakyat,mengkaji,memberi bantuan kepada golongan fakir miskin khususnya yang tinggal dikawasan luar bandar,pedalaman dan dalam bandar.

Kemiskinan yang ditakrifkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib kemiskinan bukan hanya dialami oleh masyarakat Melayu malahan bukan melayu pun perlu dibantu kerana ada dikalangan mereka yang masih miskin.Kalau Di semenanjung ditakrifkan miskin pendapatan dalam lingkuangan RM700.00 sebulan,Miskin relatif,Miskin di Bandar pendapatan RM3,000 sebulan yang mempunyai tanggungan anak 3,4orang.

YAB Timbalan Perdana Menteri berkata;mekanisma baru akan digunapakai bagi membuktikan sasaran/maklumat/pakej rangsangan 1&2 sampai kepada golongan sasar kita akan membuat penilaian prestasi/merit supaya kita dapat melihat prestasi yang dilaksanakan oleh pemimpin di peringkat akar umbi dan pusat.

Memang benar orang Melayu tidak boleh berterusan berharap dengan Tongkat,UMNo akan memastikan Melayu diberi bantuan dan mereka boleh hidup berdikari dalam tempoh jangka masa panjang.Pemimpin-pemimpin perlu mendekati hati rakyat agar kita dapat mengenalpasti dan dapat merancang untuk kebaikan mereka.

Dalam masa sama,UMNO amat mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.Jika Bahasa Melayu tidak diperjuangkan sudah pasti kita akan lenyap ditelan sejarah.Bahasa adalah amat penting dalam pembentukan jatidiri bangsa.Kepelbagaian bahasa juga amat penting sebagai satu kekuatan ketamadunan bangsa.

Bagi memastikan RM60billion mencapai sasaran dan matlamat kerajaan akan melancarkan website bagi dipertontonkan kepada khalayak ramai.Ini membuktikan ketelusan dibawah kepimpinan Parti UMNO yang prihatin terhadap perjuangan Bangsa Malaysia.

Wawasan 2020 merupakan matlamat kerajaan yang kian hampir untuk dikecapi.Sebagaimana yang dikatakan YAB Timbalan Perdana Menteri,wawasan 2020 menjadi teras perjuangan kita walaubagaimanapun dalam masa kegawatan ekonomi dunia ini keadaan dan masa akan menentukan pencapaian matlamat,kita akan teruskan dengan keutuhan dan kerja yang berterusan.Dasar-dasar kerajaan perlu adil dan saksama kepada semua golongan tanpa mengira kaum Melayu,Cina dan India.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib sebelum mengakhiri dialog TV1 berkata;jemaah menteri/kabinet yang di barisi adalah yang dipilih dan disenangi rakyat bagi melicinkan pentadbiran nanti.Ucapan Sulung saya akan menentukan arah tuju perjuangan Parti UMNO ke arah memartabatkan UMNO semula.