ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM KEDAMAIAN,SALAM KEAMANAN DAN SALAM KEMANUSIAAN
1.Saya Salleh Kalbi, Duta Keamanan UNIVERSAL PEACE FEDERATION (UPF) akan bersama-sama mempertahankan hak setiap individu/rakyat untuk menikmati erti kehidupan yang aman dan damai tanpa diganggu atau dicabuli kesucian bumi bertuah negara-negara di dunia.Saya melihat kekejaman Israel dibumi Gaza Palestin yang diperlakukan sesuka hati tanpa ada perasaan,belas kesian,pembunuhan terhadap orang awam,kanak-kanak,ibu-ibu mengandung,warga tua yang tidak berdosa menjadi mangsa yang paling ramai sekali mati akibat bom-bom sesat berselerak menerangi bumi suci mereka.
Ucapan Yang Amat Berhormat Dato’Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika melancarkan Pameran Pembunuhan di Gaza bertempat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),katanya;
“Rakyat Palestin layak dan patut mendapat hak keadilan. Adalah tidak wajar kita sebut tentang prinsip kemanusiaan dan keadilan kalaulah prinsip keadilan dan kemanusiaan ini hanya dirasai sebahagian rakyat dunia dan sebahagian lain tidak merasainya.
“Soal keadilan bukan hak mana-mana kelompok manusia. Ia adalah hak semua rakyat, semua manusia di mana saja tidak kira agama, tidak kira kumpulan etnik atau apa-apa pertimbangan,” katanya berucap melancarkan Pameran Pembunuhan di Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini sempena Perhimpunan Agung Umno.
2. Akibat serangan yang ketenteraan bermula pada 27 Disember 2008 dan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak Jun 2007, rakyat Palestin hidup di dalam keadaan yang menyedihkan dan serba kekurangan.
3. Program lain yang melibatkan kanak-kanak adalah program pembiayaan anak-anak Palestin yang kehilangan bapa, program anak-anak yatim , bantuan persekolahan dan program makanan anak-anak miskin.
4. Akibat sekatan dan serangan Israel baru-baru ini, majoriti penduduk mengalami gangguan dari segi psikologi. Ekoran keganasan, ancaman nyawa, pencerobohan serta hak-hak asasi manusia yang dirampas daripada mereka meninggalkan akibat yang buruk dari segi kesihatan mental dan psiko-sosial.
5. Keadaan psikologi bagi kanak-kanak Palestin juga bertambah buruk akibat keganasan tentera, bunyi dentuman bom, tembak-menembak, pencerobohan dan kemusnahan yang kebanyakannya berlaku di depan mata mereka sendiri.
6. Secara zahirnya, kanak-kanak yang mengalami gangguan psikologi kelihatan sihat dan tiada bezanya dengan kanak-kanak yang lain. Namun, tahap gangguan psikologi mereka boleh dikesan apabila mereka menunjukkan simptom seperti hiperaktif, insomnia, kemurungan, keresahan, kencing malam, kesukaran menumpukan perhatian dan ketiadaan motivasi.
7. Sebanyak 90 peratus ibu bapa di Palestin melaporkan tentang perubahan tingkahlaku di mana simptom trauma dan ciri-ciri keganasan meningkat di dalam diri anak-anak mereka. Anak-anak mereka juga semakin sukar menumpukan perhatian.
8. Sumber dari Pusat Latihan Komuniti dan Pengurusan Krisis di Gaza mencatatkan 87 peratus kanak-kanak Palestin mengalami kemurungan, 83 peratus mengalami ketakutan yang amat sangat apabila melihat atau mendengar bunyi kapal terbang, 72 peratus menunjukkan simptom perlakuan keganasan dan sebanyak 79 peratus mengalami masalah konsentrasi.
9. Sejumlah 40 peratus kanak-kanak mengalami insomnia, 34 peratus mengalami keresahan dan 26 peratus kes keresahan yang serius dilaporkan oleh ibu bapa di Gaza.
10.Fakta mengenai tahap kesihatan mental kanak-kanak ini diperkuatkan dengan data oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Pelan Penyusunan Perkhidmatan Kesihatan Mental di Kawasan Pendudukan Palestin, yang dikeluarkan pada Februari 2004.
11. WHO mencatatkan sejumlah 21 peratus kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mengalami anxiety disorder atau gangguan keresahan, 37 peratus mengalami trauma dan 29 peratus daripada golongan muda di Palestin mengalami masalah kemurungan dan putus asa dengan kehidupan.
12. Salah satu daripada asas utama bagi kesihatan mental dan keupayaan psiko-sosial adalah perasaan selamat dan dilindungi di mana perasaan tersebut hanya mampu dimiliki daripada persekitaran yang selamat dan sokongan yang dirasakan melalui kehidupan bermasyarakat.
13.Keupayaan psiko-sosial boleh dicapai melalui penyempurnaan hak-hak yang paling asas bagi manusia seperti kesihatan, pelajaran, air, sanitasi dan tempat perlindungan.
14.Penekanan dari segi pemulihan psikologi melalui program psiko-sosial dibuat berdasarkan kepentingan pembentukan kesihatan mental yang tinggi di dalam membentuk jati diri kanak-kanak demi menjadikan mereka individu yang kuat fizikal dan mental.
15. Selain sokongan material dan pembelajaran formal, pemulihan dari segi psikologi akan membantu mereka belajar, menikmati zaman kanak-kanak, membentuk kemahiran bersosial, membina keyakinan dan identiti diri, meningkatkan kebolehan berfikir secara rasional. Seterusnya membesar sebagai individu yang berguna kepada bangsa mereka.
16. Saya berharap kepada rakyat Malaysia marilah kita bersama-sama membela dan mempertahankan tanahair tercinta negara-negara yang di ceroboh tanpa belas kasihan dan tanpa kemanusiaan.Kempen Keamanan dan Kemanusiaan perlu diperluaskan dari peringkat kampung,daerah,bahagian,negeri,negara dan sehingga ke peringkat antarabangsa bagi menunjukkan sokongan dan rayuan kepada negara-negara dunia bahawa rakyat malaysia benci kepada permusuhanbenci kepada pembunuhan benci kepada pencerobohan dan sayang kepada keamanan,cinta kepada kemanusiaan dan kedamaian,hubungan baik antara negara-negara tanpa mengira kaum,agama,bangsa dan negara demi kemanusiaan seanterio dunia.
Sekian,terima kasih
YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM,SABAH. DUTA KEAMANAN UPF.
“Selamat,Aman,Makmur”