AHLI UMNO SIAP SIAGA BERUBAH BAGI MEMPERKASA PARTI UMNO

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM PERPADUAN

 

persidangan

1. syukur kehadrat Allah SWT, Selawat Ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat.Saya berdoa semoga kehidpuan kita di muka bumi ini Aman, Makmur dan Sejahtera dipelihara Allah SWT.

2.Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Timbalan Presiden Parti UMNO yang berani,tegas,berwawasan,prihatin,dan proaktif dalam ucapan perasmian persidangan Wanita,Pemuda dan Puteri semalam.Kekuatan Parti UMNO akan lebih gemilang di masa hadapan jika pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO bersedia,siap siaga, rela berkorban,rela berubah,anjakan paradigma intelektual mengikut tuntutan zaman sekarang.

3.Syabas dan tahniah kepada pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri yang menjadi nadi kekuatan tulang belakang kepada Parti UMNO Malaysia. Jatuh Bangun Parti UMNO adalah bergantung kepada semua ahli-ahli UMNO.Setiap ahli UMNO perlu berusaha dengan lebih gigih dan iltizam tinggi bergerak satu pasukan membawa obor dan panji perjuangan.

4.Tugas dan tanggungjawab yang dipikul adalah paling berat dalam sejarah UMNO.Rakyat yang dulu bersama-sama UMNO kini telah beralih arah kerana kelalaian dan tidak mendekati hati,jiwa dan perasaan rakyat.Pemilihan  jawatan,kedudukan perlu di lakukan dengan baik bagi kelangsungan survival UMNO.

5.Parti UMNO merupakan parti keramat yang membela orang-orang Melayu,sebab itulah UMNO masih disayangi walaupun ada perasaan marah tapi awas jika dibiarkan berterusan mereka akan benci dan akhirnya perjuangan kita akan menerima akibatnya.

6. Kegemilangan tamadun perjuangan UMNO perlu kembali kepangkal jalan dengan merujuk dan berpandukan ajaran agama Islam yang menuntut umat bersatu padu,hormat menghormati antara satu dengan lain,bermesyuwarah, dan berusaha kea rah membangunkan persaudaraan (ukhwah) bagi mezahirkan perpaduan dikalangan orang-orang Melayu.Surah ali-imran,surah ar-rad dan surah az-zumar yang dijadikan panduan oleh Timbalan Presiden Parti UMNO bagi mengembalikan dan memulihkan kepercayaan  rakyat terhadap perjuangan UMNO .

7. Perhimpunan Agung UMNO sebagai satu arah dan tujuan bagi mengangkat perjuangan yang masih belum selesai lagi.Kita perlu melihat semula apa akan berlaku di masa hadapan kelak, jika perubahan tidak dilakukan,jika kita tidak siap siaga menghadapi cabaran masa hadapan.

Sejarah telah membuktikan Parti UMNO telah menyumbang kepada agama,bangsa dan Negara.UMNO pendokong kea rah perjuangan kemerdekaan tanah air tercinta.

Dekad pertama,  perjuangan UMNO terhadap orang-orang melayu dengan pembasmian kemiskinan dikawasan luar Bandar dan usa.ha-usaha Felda.

Dekad kedua, sekitar 13 Mei 1969 UMNO bertanggungjawab dalam menggubal Dasar Ekonomi Baru.Perubahan bagi mengangkat kewibawaan orang-orang melayu apabila kita telah Berjaya melahirkan kelas menengah yang berupaya untuk berdikari dan berusaha sendiri.

Dekad ketiga, UMNO pejuang mengatasi kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Dekad keempat, UMNO pejuang melaksanakan dasar wawasan 2020 berasaskan kecanggihan teknologi .

8. Ahli-ahli UMNO perlu berpijak dibumi nyata.Landskap UMNO sudah berubah,banyak kejayaan-kejayaan yang telah dilaksanakan namun persepsi negative yang timbul perlu dikaji dan dihapuskan bagi mengembalikan semula siasah parti.Jumlah penduduk 1/3 adalah dikalangan golongan Belia yang berumur 15 hingga 40 tahun.Generasi pasca sekitar peristiwa 13 mei yang berumur 40 tahun sebanyak 70 % manakala generasi merdeka sebanyak 90%.

9. Generasi yang lahir pada tahun 1991 layak mengundi pada tahun 2012.UMNO perlu menjadi peneraju,aspirasi bangsa.UMNO perlu muhasabah dan ada agenda perubahan.Kelemahan dan kekuatan UMNO perlu di perbaiki supaya tidak parah dan boleh berdiri sendiri dengan kekuatan dan diperkukuhkan lagi dengan kajiselidik berterusan.

10.Politik wang perlu dihentikan dalam pemilihan UMNO bagi meyakinkan rakyat dengan perjuangan kita.Jika pemimpin mengamalkan politik wang UMNO akan hancur.Istilah beri salah tidak beri akan kalah sudah tidak  releven dengan kehendak semasa.Kita perlu hapuskan politik wang sehingga ke akar umbi.

11. Peluang pendidikan tinggi dikalangan rakyat berumur 17-23 tahun sebanyak 38%.Pada tahun 2010 akan bertambah sebanyak 40% orang dan 50% pada tahun 2020 kelak.Budaya cantas mencantas,sekat menyekat perlu dikikis dan dihapuskan.Kita perlu berkhidmat kepada masyarakat dengan perkhidmatan yang terbaik.Ahli-ahli UMNO jangan personal “Apa yang mereka dapat daripada UMNO tetapi tanyalah apa sumbangan ahli kepada agama,bangsa dan Negara”.Umno lahir dari semangat menjunjung Amanah dan membela perjuangan.Kita harus berubah dan balik kepangkal jalan.Barisan pemimpin berubah lagi berupaya,berani berubah,sanggup terima perubahan,berani menegur dan sanggup terima teguran.

12. Perkemas semula misi dan visi bagi transformasi UMNO bagi memulihkan keyakinan melayu.

a.Kemaskini Pendidikan dan Perkaderan Politik. Kefahaman tentang sejarah UMNO,latihan dan bimbingan bagi membina jatidiri bangsa melayu.Kesetiaan dan Keyakinan UMNO perlu dipulihkan dengan pengisian kursus-kursus teliti ,terancang, dan tersusun.Latihan kepimpinan 3hari 2malam bertempat dipusat latihan di seluruh Negara.Latihan lasak di kem latihan,kembara di hutan bagi membina semangat dan eratkan persaudaraan.

b. Mengemaskini Sistem Kouta dan Perlembagaan UMNO semula agar releven dengan kehendak semasa.Hak memilih kepada kumpulan yang lebih besar.Perwakilan yang datang ke perhimpunan Agung UMNO hanya 2,600 orang dari 191 bahagian.Aspek pemilihan lebih ramai ahli boleh mengundi bagi membendung masalah penyalahgunaan kuasa.

13. Kemiskinan dibandar kini perlu diambil perhatian kerana kos sara hidup adalah terlalu tinggi.kita telah melaksanakan pembasmian kemiskinan dikawasan luar Bandar.Kita perlu laksanakan kejayaan memerangi kemiskinan dibandar sebagaimana kita Berjaya memerangi kemiskinan diluar Bandar.

14. Bahasa jiwa bangsa tetap dipertahankan,penguasaan ilmu dalam bahasa inggeris sekurang-kurangnya 3 bahasa.Mempelajari bahasa penting dalam memartabatkan bangsa dalam menghadapi era globalisasi. Melayu dan UMNO tidak dapat dipisahkan,ibarat aur dengan tebing,ibarat lagu dan irama.

15. Pemerkasaan Modal Insan sehingga bertaraf antarabangsa.Modal Insan yang berkemahiran.Teras misi nasional akan diteruskan menuju wawasan Negara. Selama 33 tahun YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak berkecimpung dalam politik, amat terharu dan tawaduk apabila diamanahkan kepimpinan peringkat tertinggi Negara.Bermula dengan  Tunku Abd. Rahman,Tun Abd. Razak,Tun Husin Onn,Tun Dr. Mahathir Mohamad,Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi dan kini akan di pegang jawatan nombor satu Negara oleh Dato’Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Parti UMNO.

16. Akhir sekali marilah kita bersama-sama merealisasikan misi dan visi perjuangan Parti UMNO dan siap siaga berubah dan merubah persepsi negative kepada kebaikan agar menjadi realiti.

Sekian, terima kasih

“Kepimpinan Berteraskan Modal Insan” “Kasih Sayang Mengeratkan Silaturrahim Dan Perpaduan” “Selamat,Aman.Makmur”

 

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB

 

Selamat Bersidang

Perhimpunan Agung UMNO 2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: