TRANSFORMASI BARU : YAB DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK, PRESIDEN PARTI UMNO BARU

 

logo-umno1

TRANSFORMASI BARU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Perpaduan,Salam Sejahtera dan Salam Kedamaian.

 ABDULLAH AHMAD BADAWIpresiden

SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS dan TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH

 

najib2km42p188-silam3

1. Saya amat gembira dengan pengumuman ,Yang Amat Berhormat Dato’Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, diisytiharkan sebagai Presiden Umno yang baru pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Ia diumumkan oleh Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail.2. Najib, 55, menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden akan mengambil alih jawatan nombor satu daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang memegang jawatan itu sejak Oktober 2004.

3. Bermula Era Transformasi Baru dalam mewarnai perjuangan UMNO bagi meletakkan kesinambungan yang dapat merobah dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkat akar umbi agar menyayangi,menggerakkan,mendekati,mengeratkan silaturrahim dan perpaduan yang utuh dan bersepadu dalam kalbu,jiwa dan hati sanubari setiap ahli-ahli UMNO dahulu generasi pejuang,generasi menuntut kemerdekaan,kini generasi belia,generasi muda dan generasi akan datang meletakkan batu asas yang berwibawa dan gemilang di peringkat local dan global.

 

 

 

 

 paklah

 

4. Pembentukan jatidiri bangsa Melayu yang kental, dikagumi dan digeruni bagi menggerakkan dan mencapai misi dan visi perjuangan Parti UMNO sebagai parti keramat ditanah pusaka bertuah ini.Setiap ahli-ahli UMNO akan di semai,didedahkan dengan ilmu teknologi maklumat bagi memperkemaskini daya saing dalam penulisan yang berkesan dan kini dikenali sebagai satu senjata moden yang boleh menawan dan menangkis tohmahan,serangan dan taktik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab.Teknologi Moden sebagai  wadah penjelasan kepada rakyat supaya persepsi negative yang bertimbun menyerang selama ini akan padam secara total.

 

5. Ucapan Penghargaan Jutaan Terima Kasih kepada Yang amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia kerana keikhlasan dan kejujuran menyerahkan jawatan nombor satu negara “Perdana Menteri Malaysia” kepada Timbalannya mencerminkan sejarah peralihan kuasa dalam UMNO masih tetap diwarisi bagi membuktikan UMNO masih lagi releven dengan kehendak semasa dan amat menyayangi rakyat. Saya dan rakyat dikawasan Parlimen P188 Silam,Sabah berdiri teguh dan akan memikul amanah sebagai wakil rakyat berjuang merealisasikan misi daan visi UMNO membela,mesra,prihatin,berubah bagi mendampingi hati rakyat tanpa mengira suku kaum demi tanahair tercinta.

paklah2

6. Sebagai wakil rakyat Parlimen P188 Silam, akan memfokuskan perancangan dalam aspek Pembangunan Modal Insan,Membasmi Kemskinan Tegar dan miskin,Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan melalui Zon akuakultur Negara,2010 Tahun Melawat Parlimen P188 Silam,bertemu rakyat dari kampung kekampung,Menyalurkan bantuan mangsa banjir,menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum,mengenalpasti masalah rakyat untuk diselesaikan,melahirkan usahawan berjaya,memperkenalkan dan menjenama Silam didunia,menyokong keamanan dunia,membantu kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi,kempen kebersihan melalui gotong royong,mengatasi masalah sosial,sistem birokrasi dan lain-lain lagi.

 

7. Saya ingin memetik berita bernama berhubungan pandangan ikhlas Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia;

dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden parti, menyeru supaya Najib diberikan sokongan padu untuk membolehkan beliau memimpin Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang.
Perdana Menteri yang turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri baru, berkata beliau percaya untuk menyerahkan tanggungjawab menerajui negara kepada Najib yang merupakan “nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara.”
 
 

 

8. Amalan bertemu dan mesra,senyum,prihatin bersama rakyat menjadi keutamaan dalam mengembalikan keyakinan orang-orang melayu kepada perjuangan UMNO.Hormat-menghormati yang menjadi pegangan dikalangan ummat Islam akan mewujudkan suasana harmoni,muhibbah dan kekeluargaan ibarat aur dengan tebing.Saya berpendapat, amalan ini tidak akan terlaksana jika kajian terperinci tidak dilaksanakan diperingkat akar umbi yang masih tebal,hitam,gelam dalam perebutan pemilihan Bahagian dengan cantas mencantas.Cadangan,badan Disiplin UMNO memerlukan biro pemantau khas peringkat Parlimen Malaysia yang terdiri dikalangan orang-orang berkecuali di setiap peringkat bahagian UMNO ketika perlaksanaan persidangan supaya budaya cantas mencantas,berpuak-puak,perpecahan kepada banyak kumpulan dapat diatasi dan ditangani segera.

 

9. Kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak yang akan memimpin negara sebagai Perdana Menteri Malayisa akan menyaksikan perkembangan luar biasa dengan perubahan ekonomi yang berada pada paras yang meningkat dan dapat mengatasi kegawatan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat.Ini dapat dibuktikan apabila YAB Dato Seri Mohd Najib telah membentangkan Mini Bajet/Pakej Rangsangan ke-2 dengan peruntukan pertama dalam sejarah Malaysia berjumlah RM60billion.Peruntukan besar ini adalah bersifat mesra rakyat,penyayang,mengutamakan golongan sasar dan bermatlamat jangka pendek dan jangka panjang bagi memulih ekonomi negara.

 

10. Saya Ahli Parlimen P188 Silam mewakili rakyat P188 Silam,Sabah dan rakyat Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada Presiden UMNO sebagai transformasi baru membangunkan rakyat Malaysia samada di dalam negara mahupun diluar negara.

 

Sekian,terima kasih

 

Kepimpinan Berteraskan Modal Insan

Kasih sayang Mengeratkan Silaturrahim Dan Perpaduan

Selamat,Aman,Makmur

 

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN UPF

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: