TRANSFORMASI BERSEPADU DAN ANJAKAN SURVIVAL BANGSA INTIPATI KEJAYAAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2008

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera Salam Perjuangan UMNO

 logo-umno2

persidangan11

1.Saya bersyukur kehadrat ALLA SWT kerana Kejayaan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2008 dan persidangan Wanita,Pemuda dan Puteri dan pemilihan peringkat tertinggi,Majlis Tertinggi adalah kerana kekuatan Perpaduan dan Sokongan Padu,konsep mengutamakan parti dari kepentingan sendiri,menjaga nama baik UMNO,politik matang ,membenteras politik wang,kasih sayang antara satu dengan lain diterapkan kepada ahli-ahli UMNO dan yang paling berharga Ucapan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang berani,tegas,lantang dan pantas menyemai semangat cintakan parti UMNO yang membakar minda,jiwa,hati orang-orang melayu dan dikalangan ahli-ahli agar dapat berubah ke arah yang lebih terbuka,yakin dan dipercayai rakyat.Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak di atas pengistiharan sebagai Presiden Parti UMNO baru.

2.Saya juga ingin mengucapkan Syabas,Syabas,Syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menang memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO yang baru.Semasa beliau ditemuramah oleh pemberita katanya;beliau akan turut membantu Najib mengukuhkan parti, terutama dalam usaha untuk merapatkan semula barisan kepemimpinan dan anggota Umno.

 

muhyiddin1

3.Saya masih ingat lagi semasa pemilihan Umno 2000, Muhyiddin berjaya merebut kembali jawatan Naib Presiden dan mengekalkan kedudukan selama dua penggal sebelum menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden, yang dikosongkan Najib yang bertanding jawatan Presiden parti.

4.Bekas Menteri Besar Johor dari 1986 hingga 1995 itu, memulakan kerjaya politiknya di dalam Umno pada 1970 selepas tamat pengajian Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu. Beliau ketika itu dilantik sebagai bendahari Umno Bahagian Muar-Pagoh.

5.Lima tahun kemudian beliau dilantik sebagai naib ketua bahagian dan pada tahun sama dipilih sebagai Ketua Pemuda Pagoh.

6.Kerjaya politiknya terus bersinar apabila dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum 1978 bagi kerusi Parlimen Pagoh.

7.Anak kelahiran Muar, Johor itu seorang pemimpin yang berpengalaman bukan saja di dalam politik, malah pernah memegang jawatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir (Penolong Setiausaha) di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1970 sebaik lulus pengajiannya di universiti.

8.Lima tahun kemudian beliau meninggalkan kerjayanya dalam kerajaan untuk menjadi Pengurus Besar dan Pengarah Sergam Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

9.Beliau kemudian dilantik oleh Menteri Besar Johor pada masa itu, Tan Sri Othman Saat untuk menubuhkan Sri Saujana Bhd, syarikat ditaja anggota Umno Bahagian Pagoh pada 1977.

 

3-naib

agung5zahid1shafie1

10.Saya juga ingin mengucapkan Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein masing-masing memenangi tiga jawatan Naib Presiden.Ketiga-tiga mereka merupakan muka baru Naib Presiden Umno.Zahid memperoleh 1,592 undi, Shafie (1,445) manakala Hishammuddin pula 1,515 undi.

11.Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed memperoleh undi terbanyak bagi kerusi MT.Beliau menerima 2,259 undi.Seramai 25 calon yang menang kerusi MT ialah:

– Datuk Mustapa Mohamed

– Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah

– Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (penyandang)

– Datuk Dr Awang Adek Hussain (penyandang)

– Datuk Seri Idris Jusoh (penyandang)

– datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

– Datuk Tajuddin Abdul Rahman

– Datuk Lajim Ukim

– Dr Mohd Puad Zarkashi

– Datuk Seri Zulhasnan Rafique (penyandang)

– Datuk Ahmad Shabery Cheek

– Datuk Noh Omar (penyandang)

– Datuk Bung Mokhtar Radin

– Datuk Seri Musa Aman (penyandang)

– Datuk Saifuddin Abdullah

– Datuk Hamzah Zainudin (penyandang)

– Datuk Mohd Zin Mohamed (penyandang)

– Senator Datuk Azian Osman

– Datuk Shaziman Abu Mansor

– Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis (penyandang)

– Senator Datuk Dr Norraesah Mohamad (penyandand)

– Datuk Zainal Abidin Osman

– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

– Datuk Seri Mahadzir Khalid (penyandang)

12.Saya berdoa kepada ALLAH SWT semoga perjuangan UMNO sentiasa dilindungi dan dirahmati.Perjuangan Transformasi baru dalam barisan UMNO baru di bawah kempimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Presiden UMNO akan meletakkan Bangsa Melayu maju,cemerlang dan menjadi Bangsa yang bermaruah,bermartabat,dikagumi di peringkat lokal dan global yang boleh berdaya saing,proaktif dan berubah kearah mentaliti UMNO kelas minda pertama.

SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS

SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS

SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS

Sekian,terima kasih

Kepimpinan Berteraskan Modal Insan

Minda Kelas Pertama

Kasih Sayang Mengeratkan Silaturrahim dan Perpaduan

Selamat,Aman,Makmur

 

Yang Benar,

 gaza71

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: