Archive for 29 Mac 2009

EARTH HOUR 2009 : SELAMATKAN BUMI KITA

Mac 29, 2009
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

kl

1.Saya menyokong usaha untuk menyelamatkan bumi ini daripada pemanasan GLOBAL. Usaha ini seharusnya dijadikan amalan dan kempen-kempen di pergiat dan pertingkatkan supaya kesedaran kepada orang ramai dan kilang-kilang,pembakaran secara terbuka dapat di minima agar bumi kita selamat didiami.

2.Malaysia juga turut bergelap malam tadi bagi meraikan Earth Hour 2009 di mana ribuan penghuni rumah dan pemilik bangunan menyertai jutaan penghuni dunia yang lain memadamkan suis lampu mereka selama sejam.

Di Kuala Lumpur yang selama ini disimbahi cahaya lampu pelbagai warna turut bergelap.

3.‘Earth Hour’ yang mula diperkenalkan di Sydney, Australia dua tahun lalu merupakan agenda penting sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan iklim di peringkat global.

4.Sebanyak 84 buah negara, 2,848 bandar, 6,299 organisasi dan 21,014 perniagaan di seluruh dunia menyertai program tersebut dan satu bilion penduduk dari 1,000 bandar seluruh dunia disasarkan memberikan sokongan terhadap program tersebut.

 

padam-l2padam-l

5.Malaysia yang tidak ketinggalan dalam menunjukkan sokongannya dengan menyasarkan lebih 5 juta rakyat pelbagai kaum menyahut seruan kempen itu.

6.Antara kawasan yang bergelap ialah Menara Kembar Petronas, Sunway Pyramid, Mid Valley, Hotel Marriot, Hotel Hilton, Angkasapuri, Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka serta beberapa bangunan lain di sekitar Kuala Lumpur.

7.Penduduk di kawasan perumahan dan perniagaan turut disarankan memadam lampu yang tidak digunakan, memadam perkakasan elektrik dan mengurangkan penggunaan air panas.

8.Di Parlimen P188 Silam juga tidak terkecuali apabila kempen-kempen Padamkan Lampu dengan menggunakan Poster bagi memperingati orang ramai agar menyokong usaha ini.

9.Saya berharap satu perjuangan baik bagi menyelamatkan bumi dari pemanasan dapat di lipatgandakan dimasa akan datang agar secara total rakyat bersama-sama dalam kempen ini.

 

Sekian,terima kasih

BUMI SELAMAT,MANUSIA BAHAGIA

YB. TUANHAJI SALLEH HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

Mac 29, 2009

Perhimpunan Agung UMNO yang bersejarah ..



Detik jam 8.00 pm ,saya tiba di pintu masuk utama Aras 4 PWTC untuk melihat hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ,parti keramat orang Melayu .Suasana di aras 2 memang yang terdapat skrin besar di situ memang menjadi tumpuan ahli2 UMNO yang datang dari seluruh negara untuk menyaksikan perbahasan dan ucapan pergulungan pemimpin2 UMNO. Ribuan ahli -ahli UMNO terutama Wanita sedikit pun tidak berganjak di depan skrin yang besar itu walupaun duduk beralaskan suratkhabar percuma untuk menyaksikan perbahasan dan ucapan di dalam Dewan Merdeka .

Antara perkara yang menarik dan bersejarah untuk UMNO bagi saya pada perhimpunan kali ini ialah

1- PERALIHAN KUASA

Berlaku mengikut tradisi UMNO dengan tenang dan tertib daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-59.

2-NEGARAWAN BERSATU

Dr. Mahathir Mohamad kembali bersama UMNO dalam suasana menyentuh perasaan dan penuh penghormatan. Dr. Mahathir naik ke pentas perhimpunan agung dan bersalaman dengan kepimpinan tertinggi parti termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak dan juga pemimpin-pemimpin UMNO yang lain

Ketibaan Tun Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut. Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah .

Manakala Pak lah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya. Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggap telah melakukan perkara tidak baik. Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat kritikal mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini. Pak Lah seorang pemimpin yang mulia dan kuat agama dan beliau bukan seorang pendendam dan kita harap Pak Lah dan Tun Mahathir dapat membantu DS Najib selepas ini .

“Saya datang nak ucap tahniah kepada Najib. Ucapannya juga sangat baik. Saya juga telah diyakinkan oleh Tan Sri Muhyiddin bahawa akan berlaku perubahan,” katanya mengulas mengenai kehadirannya pada majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO hari Sabtu.

“Tetapi bukan hari ini. Saya kena isi borang dulu. Nanti saya akan beritahu,” katanya.

Kata-Kata Dato Seri Najib

“Kehadiran Tun (Dr) Mahathir menunjukkan wujudnya penyatuan kembali anggota serta kesepaduan baru dalam parti ini dan diharapkan ini akan menyemarakkan parti untuk mengorak langkah ke hadapan dengan agenda pembaharuan,”

Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.

“Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita,”

Saya percaya Tun boleh memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa. Sebab itulah saya dah ajukan untuk berjumpa keduadua mereka (Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk berbincang masa depan parti dan negara.

3-Pembaharuan UMNO

Perhimpunan Agung Khas akan diadakan sebelum akhir tahun ini membincangkan pembaharuan termasuk memerangi politik wang:

– Perlembagaan dipinda bagi memberi mandat lebih ramai ahli (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian.

– Sistem kuota dirombak semula.

4 – Konsep Rakyat-Parti-Kerajaan

Konsep parti menguasai kerajaan ditambah dengan komponen rakyat
Parti memahami denyut hati rakyat. Diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, UMNO jadi gagah perkasa.


Pak Lah mengatakan Gandingan mantap Najib – Muhyidin

Sekarang semuanya sudah selesai ,Perhimpunan Agung UMNO 2008 berakhir dengan penuh ceria apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut datang menyokong kepimpinan DS Najib dan juga peralihan kuasa Pak Lah kepada DS Najib berjalan dengan lancar . Jika sebelum ini kita mendengar pelbagai spekulasi ditimbulkan ,cerita dongeng blogger MSO dan macam-macam lagi ini umpama usaha mereka mengagalkan peralihan kuasa Pak lah kepada DS Najib .

Peristiwa bersejarah ini pastinya memberi titik noktah apa yang berlaku dalam UMNO dan ia memberi nafas dan semangat baru untuk UMNO dari peringkat akar umbi hingga ke kepimpinan tertinggi untuk menghadapi cabaran mendatang terutama PRK di Bukit Gantang ,Batang Air dan Bukit Selambau .UMNO bakal kembali dengan kekuatan baru untuk mengambil hati rakyat dan menyatukan kesemua ahli UMNO yang selama ini telah berpecah dan berpuak-puak.

Kepada Pembangkang ,penyokong mereka,team BNM ka -PB ingin katakan UMNO telah kembali kepada asas perjuangan , UMNO akan menjadi kuat dan ampuh dan UMNO telah bersedia untuk melakukan perubahan . PB percaya parti-parti pembangkang terutama Anwar Ibrahim pasti akan gerun dengan penyatuan dan perpaduan baru yang tercapai pada hari yang bersejarah ini 28hb Mac 2009 !!!

Insyallah UMNO akan kembali kuat dan gagah !!

Hidup UMNO !!

Hidup Melayu !!

salam perjuangan dari PWTC ,

Pejuang Bangsa
P44 UMNO Permatang Pauh