Perhimpunan Agung UMNO yang bersejarah ..



Detik jam 8.00 pm ,saya tiba di pintu masuk utama Aras 4 PWTC untuk melihat hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ,parti keramat orang Melayu .Suasana di aras 2 memang yang terdapat skrin besar di situ memang menjadi tumpuan ahli2 UMNO yang datang dari seluruh negara untuk menyaksikan perbahasan dan ucapan pergulungan pemimpin2 UMNO. Ribuan ahli -ahli UMNO terutama Wanita sedikit pun tidak berganjak di depan skrin yang besar itu walupaun duduk beralaskan suratkhabar percuma untuk menyaksikan perbahasan dan ucapan di dalam Dewan Merdeka .

Antara perkara yang menarik dan bersejarah untuk UMNO bagi saya pada perhimpunan kali ini ialah

1- PERALIHAN KUASA

Berlaku mengikut tradisi UMNO dengan tenang dan tertib daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-59.

2-NEGARAWAN BERSATU

Dr. Mahathir Mohamad kembali bersama UMNO dalam suasana menyentuh perasaan dan penuh penghormatan. Dr. Mahathir naik ke pentas perhimpunan agung dan bersalaman dengan kepimpinan tertinggi parti termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak dan juga pemimpin-pemimpin UMNO yang lain

Ketibaan Tun Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut. Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah .

Manakala Pak lah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya. Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggap telah melakukan perkara tidak baik. Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat kritikal mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini. Pak Lah seorang pemimpin yang mulia dan kuat agama dan beliau bukan seorang pendendam dan kita harap Pak Lah dan Tun Mahathir dapat membantu DS Najib selepas ini .

“Saya datang nak ucap tahniah kepada Najib. Ucapannya juga sangat baik. Saya juga telah diyakinkan oleh Tan Sri Muhyiddin bahawa akan berlaku perubahan,” katanya mengulas mengenai kehadirannya pada majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO hari Sabtu.

“Tetapi bukan hari ini. Saya kena isi borang dulu. Nanti saya akan beritahu,” katanya.

Kata-Kata Dato Seri Najib

“Kehadiran Tun (Dr) Mahathir menunjukkan wujudnya penyatuan kembali anggota serta kesepaduan baru dalam parti ini dan diharapkan ini akan menyemarakkan parti untuk mengorak langkah ke hadapan dengan agenda pembaharuan,”

Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.

“Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita,”

Saya percaya Tun boleh memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa. Sebab itulah saya dah ajukan untuk berjumpa keduadua mereka (Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk berbincang masa depan parti dan negara.

3-Pembaharuan UMNO

Perhimpunan Agung Khas akan diadakan sebelum akhir tahun ini membincangkan pembaharuan termasuk memerangi politik wang:

– Perlembagaan dipinda bagi memberi mandat lebih ramai ahli (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian.

– Sistem kuota dirombak semula.

4 – Konsep Rakyat-Parti-Kerajaan

Konsep parti menguasai kerajaan ditambah dengan komponen rakyat
Parti memahami denyut hati rakyat. Diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, UMNO jadi gagah perkasa.


Pak Lah mengatakan Gandingan mantap Najib – Muhyidin

Sekarang semuanya sudah selesai ,Perhimpunan Agung UMNO 2008 berakhir dengan penuh ceria apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut datang menyokong kepimpinan DS Najib dan juga peralihan kuasa Pak Lah kepada DS Najib berjalan dengan lancar . Jika sebelum ini kita mendengar pelbagai spekulasi ditimbulkan ,cerita dongeng blogger MSO dan macam-macam lagi ini umpama usaha mereka mengagalkan peralihan kuasa Pak lah kepada DS Najib .

Peristiwa bersejarah ini pastinya memberi titik noktah apa yang berlaku dalam UMNO dan ia memberi nafas dan semangat baru untuk UMNO dari peringkat akar umbi hingga ke kepimpinan tertinggi untuk menghadapi cabaran mendatang terutama PRK di Bukit Gantang ,Batang Air dan Bukit Selambau .UMNO bakal kembali dengan kekuatan baru untuk mengambil hati rakyat dan menyatukan kesemua ahli UMNO yang selama ini telah berpecah dan berpuak-puak.

Kepada Pembangkang ,penyokong mereka,team BNM ka -PB ingin katakan UMNO telah kembali kepada asas perjuangan , UMNO akan menjadi kuat dan ampuh dan UMNO telah bersedia untuk melakukan perubahan . PB percaya parti-parti pembangkang terutama Anwar Ibrahim pasti akan gerun dengan penyatuan dan perpaduan baru yang tercapai pada hari yang bersejarah ini 28hb Mac 2009 !!!

Insyallah UMNO akan kembali kuat dan gagah !!

Hidup UMNO !!

Hidup Melayu !!

salam perjuangan dari PWTC ,

Pejuang Bangsa
P44 UMNO Permatang Pauh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: