TERBABAS DI JALAN KUNAK:AMARAN AWAS JALAN LICIN DAN BERBAHAYA

Silam,31Mac2009-Kemalangan yang tidak diduga dan tidak dijangka berlaku di kawasan Kunak. Kejadian ini berlaku ketika hujan turun dikawasan ini lebih kurang jam 2.40 petang hingga 3.30 petang.Berdasarkan temubual bersama dengan mangsa kemalangan ini disebabkan terbabas sendiri.

p3310287

p3310281

 

p3310279

 

 

 

 

 

 

Sepanjang perjalanan dari kunak khususnya dibermula dikawasan jalan Air Terjun Madai, kerajaan telah meletakkan papan tanda sebagai peringatan sepanjang jalan yang berliku-liku ini adalah amat berbahaya dan licin.

Saya tidak menyangka akan berlaku kemalangan terhadap saya,saya memandu kereta jenis isuzu tiba-tiba ja kereta saya pandu terbabas...tak pala yang penting saya da selamat...mau pii mana ke KK ka...saya jawab tak saya mau pi Lahad datu..

Saya tidak menyangka akan berlaku kemalangan terhadap saya,saya memandu kereta jenis isuzu tiba-tiba ja kereta saya pandu terbabas...tak pala yang penting saya da selamat...mau pii mana ke KK ka...saya jawab tak saya mau pi Lahad datu..

p3310301p3310278

 

 

 

 

 

 

Memang benar jalan raya dikawasan ini licin ketika hujan turun. Kalau pengguna jalan raya kawaasan Kunak dan Lahad Datu atau semporna saya tidak risau,tetapi yang merisaukan ialah pengguna jalan raya dari kawasan Kota Kinabalu yang datang dari jauh,mungkin mereka terpaksa memandu dengan kelajuan km100 ke atas.Persoalannya sampai bila kawasan ini akan diwartakan sebagai kawasan yang licin dan berbahaya.Adakah cadangan atau inisiatif agar kawasan ini bertukar menjadi kawasan yang tidak berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Ketika meneruskan perjalanan tidak sampai 10 minit, sekali lagi saya bertemu pengguna jalan raya yang terbabas terus terjatuh ke gaung,nasib baik ada pokok kelapa sawit yang menyelamatkan Vigo yang terbabas ini kalau tidak pasti akan terjatuh ke dalam sungai yang nun jauh sekali kebawah.Saya melihat kawasan ini memang pun berbahaya sebab jalan ini adalah selekoh tajam yang paling berbahaya sekali khususnya di kawasan ini.Apa kata mangsa kepada saya;Katanya;Saya memandu dikawasan ini tiba-tiba saja tayar Vigo bahagian belakang menolak kesebelah kanan lalu berputar@berpusing-pusing terus jatuh ke jurang,nasib baiklah ada pokok kelapa sawit, kalau tidak sudah pasti kami jatuh kedalam sungai yang jauh nun dibawah sana.

p3310295p3310294p3310293p3310298

Pemandu Vigo memakai baju warna merah sedang menghubungi kawannya berhubung kejadian kemalangan yang dialaminya

Pemandu Vigo memakai baju warna merah sedang menghubungi kawannya berhubung kejadian kemalangan yang dialaminya

Saya melihat jalan-jalan dikawasan Kunak sudah pun dinaiktaraf dengan menambah laluan khas untuk kenderaan berat seperti lori yang membawa minyak masak kelapa sawit untuk dihantar ke kawasan Lahad Datu.Ini bermakna kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan kesesakan dan kemalangan jalan raya khususnya di kawasan ini.Saya berharap kepada pengguna jalan raya khususnya kenderaan Isuzu,Vigo dan kenderaan lain-lain agar berhati-hati ketika memandu.Pandulah kereta anda dengan kelajuan km yang rendah supaya kenderaan dan nyawa tidak melayang.Saya melihat sepanjang jalan sudah diletakkan tanda amaran oleh pihak kerajaan agar berhati-hati kerana kawasan jalan raya ini adalah licin.Jika kita mematuhi amaran yang dipaparkan saya yakin dan percaya kemalangan /terbabas tidak akan berlaku.
Pepatah mengatakan “Pandu Cermat Jiwa Selamat” Selamat memandu ingatlah orang yang tersayang…
p3310300
Men/ba…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: