KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH : LEMBAH DANUM

silam11

logoker2silam8

KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH

silam4foto12sallehumno111

Sabah, juga dikenali sebagai Negeri Di bawah Bayu, adalah sebuah negeri yang berada di kedudukan strategic, kaya dengan sumber asli dan keindahan alam yang mempesonakan. Rupa buminya yang berceranggah, disilangi oleh sungai yang mengalir menyuburkan kawasan ekologi yang terkenal didunia, termasuk Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara, Lembangan Maliau dan Lembah Danum.

Sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, Sabah diwarnai oleh 32 kumpulan etnik dengan pelbagai kebudayaan dan warisan serta biodiversity yang tersendiri.

Kedudukannya di tengah-tengah asia Tenggara dan terletak di hujung bahagian Utara pulau Borneo adalah amat strategic. Dikelilingi pula oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat, Laut Sulu di timur laut, Laut Sulawesi di sebelah tenggara dan bersempadan dengan Sarawak dan Kalimantan di selatan, Sabah mempunyai perhubungan udara dan laut yang kukuh dengan Bandar-bandar utama di rantau Asia Pasifik.

 

silamsilam1silam9silam10silam3

Koridor Pembangunan Sabah(SDC) telah bersedia untuk memacu negeri Sabah dan penduduknya ke tahap pembangunan social dan ekonomi yang lebih tinggi dengan memanfaatkan khazanah semula jadinya dengan sebaik mungkin. Empat sector telah dikenal pasti sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ini; pertanian, pelancongan, pembuatan, dan logistic. Di sokong oleh sebuah lembaga yang berperanan sebagai pusat sehenti berstruktur dan berprestasi tinggi, rancangan pembangunan 18 tahun SDC akan mengubah ekonomi Sabah kepada yang lebih bertenaga dan berdaya saing serta menjadikannya salah satu lokasi paling selesa didiami di Asia menjelang tahun 2025.

TIGA PRINSIP UTAMA SDC

Industri Dan Perkhidmatan Bernilai Tinggi

-Menguasai aktiviti ekonomi bernialai lebih tinggi

Pertumbuhan ekonomi yang Seimbang

-Menggalakan pertumbuhan ekonomi ekonomi dan pengagihan yang seimbang

Pemuliharaan Alam Sekitar

-Memastikan pertumbuhan mampan melalui pemuliharaan alam sekitar

SUB-WILAYAH SDC

Kepelbagaian Sabah mencerminkan keunikan cirri-ciri dalam setiap satu daripada tiga sub-wilayah;Barat,Tengah dan Timur.

Sub-Wilayah Barat

Kota Kinabalu merupakan pintu masuk utama ke sub-wilayah ini yang juga menempatkan pusat pentadbiran Negeri dan Persekutuan, hab perkhidmatan kewangan dan perbankan serta bertindak sebagai pusat penting dalam perhubungan perdagangan antarabangsa, industry dan segmen perkhidmatan yang lebih luas. Dari tempat peranginan dan istirahat yang selesa dan mesra alam hinggalah ke kawasan cosmopolitan Kinabalu Harbour Front yang bakal dibangunkan tidak lama lagi. Sub-wilayah Barat mula sibuk menerima kedatangan pelancong dan munculnya beberapa hotel dan pusat peranginan bertaraf antarabangsa.

Sub-Wilayah Tengah

Kawasan yang hijau dengan prospek pertanian, sub-wilayah ini adalah gambaran wawasan Malaysia untuk menjadi Negara pengeluar makanan yang mampu memenuhi keperluan dalam Negara dalam tempoh terdekat ini. Program yang ada termasuklah menyediakan kemudahan guna-sama,pusat-pusat pengumpulan serta penyelidikan dan pembangunan, kea rah memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan bernilai tinggi secara lestari.Peluang pelancongan juga terbuka luas khususnya dalam bidang agro-pelancongan dan pelancongan penjagaan kesihatan (wellness tourism), dengan memberi penekanan kepada memanfaatkan industry kraftangan Sabah yang begitu unik, bagi meningkatkan kedudukannya di persada antarabangsa.

Sub-Wilayah Timur

Sebagai kawasan ekologi yang menarik dan tumpuan bagi pengembaraan lasak, sub-wilayah ini mempunyai banyak pilihan destinasi pelancongan yang terkenal didunia termasuk kawasan Perlindungan Orang Utan Sepilok, Simpanan Hidupan liar Tabin, Lembah Danum, Pulau Sipadan, Teluk Darvel dan Lembangan Maliau. Selaras dengan penekanan yang diberikan ke atas ekologi dan kemampuan, sub-wilayah ini akan turut menempatkan Pusat Akuakultur Marin Kebangsaan. Dengan mengambil kira kekuatan ini, sub-wilayah ini menawarkan banyak peluang dalam agroindustri, terutamanya aktiviti perkilangan hiliran yang berasaskan makanan.

PEMACU EKONOMI

Pelancongan

Sabah merupakan pusat eko-pelancongan dan eko-kembara perdana bertaraf dunia. Para pelancong dan pengembara terus datang ke Sabah untuk menikmati pemandangan yang menarik di negeri ini, sama ada di Lembah Danum, Gunung Kinabalu, Lembangan Maliau dan Pulau Sipadan, di samping pantai asli yang bersih dan kawasan menyelam yang sungguh menarik.

Pelancongan di Sabah dibahagikan mengikut kawasan. Sub-Wilayah Barat menempatkan pusat peranginan pantai, marina dan terminal kapal persiaran yang bersepadu; Sub-Wilayah Tengah akan member tumpuan kepada pelancongan pengembaraan seperti menongkah jeram,pengembaraan menyusur hutan (jungle trekking) dan mendaki gunung; manakala sub-Wilayah Timur pula mengenengahkan khazanah alam semula jadi dan marin Sabah seperti Lembah Danum dan Pulau Sipadan.

Dengan mengambil kira tarikan seperti ini dan lokasinya yang strategic, Sabah berupaya memanfaatkan lebih 139 juta pelancong yang berada di dalam lingkungan di mana tempoh perjalanan penerbangan mengambil masa enam jam dari negeri ini. Melalui trend pemasaran pelancongan yang semakin eksklusif, teras utama adalah untuk menarik lebih banyak jenama hospitality antarabngsa dan membangun produk pelancongan baru termasuk pakej kesihatan bagi pasaran pelancong mewah dan eksklusif.

Pertanian

Keadaan cuaca yang sesuai dan tanah yang subur telah menjadikan negeri Sabah sebagai pengeluar utama kelapa sawit,getah,kelapa koko,hortikultur dan tanaman bunga-bungaan. Justeru itu, negeri ini telah menempah kecemerlangan dengan mencatatkan hasil kelapa sawit yang tertinggi di Malaysia, di samping menyumbangkan lebih 50% pengeluaran koko Malaysia. Matlamat SDC adalah untuk menggunakan kekuatan ini dan meletakkan Sabah sebagai pusat Kecemerlangan Kelapa Sawit serantau.

Bioteknologi mampu membantu dan mendokong pelbagai inisiatif pertanian, termasuk membuka jalan untuk menambahkan hasil dan membangunkan produk baru. Melalui kaedah ini, SDC juga akan berupaya meningkatkan hasil dan kualiti yang tinggi bagi produk pertanian di negeri ini.

Dengan pesisiran pantai yang terpanjang di Malaysia dan dikelilingi oleh lautan sepanjang 4,300 km, negeri ini berupaya memanfaatkan sumber lautnya secara optimum sama ada di kawasan muara atau lautan. Disamping perikanan dan akuakultur, perladangan ternakan dan hortikultur juga akan diberi penekanan. Tanaman baru seperti “Jatropha” akan diperkenalkan.

Pembuatan

Sebagai sebuah negeri yang sedang berkembang pesat, Kerajaan Sabah sedar akan keperluan kawasan yang kos efisyen, cepat dan lebih baik untuk aktiviti pembuatan. Negeri Sabah yang kaya dengan hasil buminya menunjukkan bahawa aktiviti pembuatan berasaskan makanan dan kayu mudah diusahakan. Biotek serta minyak dan gas juga berpotensi tinggi dan Sabah mampu meningkatkan rantaian nilai bidang pembuatan dengan menawarkan akses kepada bahan mentah berasaskan sumber asli bagi memenuhi permintaan jenama pembuatan global.

Menjelang tahun 2025, sector pembuatan di negeri Sabah dijangka mampu menjadi lokasi pilihan di Asia bagi perkilangan berasaskan sumber.

Logistik

Sabah terletak di lokasi strategic di tengah-tengah laluan perkapalan yang sibuk menghubungkan Timur Jauh dan Barat. Dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, yang merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia dan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar beroperasi untuk laluan perdagangan negeri dan berfungsi sebagai “hub” untuk kargo kontena di Sabah, negeri Sabah menawarkan kemudahan logistic, perhubungan dan akses yang mantap di rantau ini.

Pelbagai inisiatif sedang giat dilaksanakan untuk meletakkan Sabah sebagai “hub” perdagangan serantau menjelang  tahun 2025.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: