Archive for Mac 2009

PEMUDA UMNO SIAP SIAGA MENGORAK LANGKAH MENJANA PROFESIONAL INTELEKTUAL,TEKNOKRAT BERPRESTASI MERIT MELAYU GLOKAL.

Mac 24, 2009

 

agung31

PEMUDA UMNO SIAP SIAGA MENGORAK LANGKA MENJANA PROFESIONAL INTELEKTUAL,TEKNOKRAT BERPRESTASI MERIT MELAYU GLOKAL.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Salam Perpaduan,Salam Perjuangan

agung132pemuda41

1.Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang akan berlangsung pada hari ini 24hb hingga 28hb Mac 2009, akan tercatat satu sejarah yang penuh gemilang yang menjadi contoh dan kekuatan kepada perjuangan Parti UMNO itu sendiri.
2.Lebih kurang 10 ribu orang akan berhimpun yang datang dari seluruh negeri di Malaysia bagi menentukan hala tuju dan perjuangan Parti UMNO dengan pemilihan pemimpin yang benar-benar berkaliber,intelektual dan berjiwa rakyat,prihatin bagi membangunkan rakyat dan Negara ketahap yang maju bagi melahirkan dan merealisasikan perjuangan merit Melayu GLOKAL.

km11km41

3.Saya ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID, rakyat dikawasan Parlimen P188 Silam menyokong penuh agar kempimpinan Presiden Parti UMNO tidak ditandingi bagi mewujudkan Perpaduan dikalangan ahli-ahli UMNO dan tidak berlaku group A dan B. Sokongan padu kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri kewangan yang akan mengambilalih kepimpinan sebagai Presiden Parti UMNO seterusnya memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

pemuda5pemuda6

4.Saya YAKIN rakyat di kawasan Parlimen P188 silam,Sabah dan seluruh rakyat di Malaysia menyatakan taat setia dan menyokong Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.Perubahan ke arah yang lebih gemilang dalam membangunkan rakyat dan Negara akan diberi keutamaan sehingga persepsi negatif di suarakan oleh pihak tertentu akan hilang dan lenyap dengan hala tuju baru yang lebih focus kepada mengatasi kegawatan ekonomi Negara kesan kemelesetan ekonomi dunia,mewujudkan Perpaduan Bangsa Malaysia yang cintakan kedamaian,kemakmuran,kesejahteraan,jiran muafakat membawa berkat,Pembangunan Modal Insan bagi melahirkan anak-anak sebagai generasi pelapis yang Berjaya,melahirkan anak tempatan pakar pelbagai bidang peringkat lokal dan global,Memperkenalkan kepada dunia Malaysia Pusat pelancongan yang paling cantik dan indah serta selamat untuk dikunjungi,Budaya hormat menghormati,Menterjemahkan bahasa sebagai satu warisan bagi melahirkan ketamadunan bangsa,mewujudkan peluang pekerjaan dikalangan rakyat tempatan dengan menyediakan latihan mengikut kepakaran masing-masing,melahirkan lebih ramai lagi usahawan muda yang benar-benar maju dengan bantuan yang lebih baik bagi mendidik mereka Berjaya tanpa berharap tongkat di masa akan datang,mengurangkan birokrasi pentadbiran awam,prestasi berdasarkan merit,mengangkat rakyat Bangsa Malaysia tanpa mengira kaum Melayu,Cina dan India bagi mengungguli Negara Malaysia yang Maju.

pemuda13pemuda20

5.Saya selaku Mantan Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian P188 Silam yang amat cintakan Perjuangan Parti UMNO yang TERTUA didunia, menyeru generasi muda Melayu GLOKAL bersepadu menyahut dan bangun mendokong dan menyokong inisiatif gagasan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak yang akan menerima peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia.
6. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia pemimpin yang penyayang,mesra rakyat dan memperkenalkan Malaysia di peringkat Global.Kejayaan Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari yang mewarnai hidup rakyat agar berjiwa bersih,rajin,berdikari,bersatupadu dalam mencipta kejayaan yang boleh dibanggakan.Tanaman berasaskan tempatan dengan gabungan BIOTEKNOLOGI melahirkan rakyat yang boleh maju bukan sahaja dikawasan Bandar malahan luarbandar,pedalaman dan terpencil sehingga boleh dibanggakan diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

salleh-umno2pemuda16

7. Kejujuran Pak Lah meletakkan pentadbiran kerajaan yang benci RASUAH telah meletakkan Bangsa Malaysia di kagumi dan di hormati oleh semua pihak,sehingga kini kerajaan Malaysia di letakkan dikalangan Negara-negara yang sayang kepada kejujuran dan keikhlasan dalam menjalankan kerja.
8. Sejarah akan terukir pada 26hb Mac 2009 ini, apabila kepimpinan Yang amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Perdana Menteri Malaysia yang dikagumi dan dihormati bersama Yang amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia,ahli-ahli UMNO dalam majlis JASAMU DIKENANG sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008.Saya selaku Mantan Setiausaha Pemuda UMNO Silam menyanjung tinggi nilai dan budaya Parti UMNO yang sayang kepada Perpaduan dan Sejarah Perjuangan Parti UMNO hidup dalam kekeluargaan.
9.Saya sekali lagi menyatakan sokongan padu dengan keputusan kepimpinan tertinggi UMNO demi memartabatkan dan menzahirkan kewibawaan Parti UMNO Malaysia.Sebagai rakyat biasa dan ahli UMNO Silam,keputusan peralihan kuasa kelak mencerminkan tradisi Parti UMNO yang diamanhkan telah berlaku sejak kepimpinan Perdana menteri Pertama Lagi.
10.Negara Malaysia mengorak langkah kehadapan dengan Pembangunan Modal Insan GLOKAL yang cemerlang,gemilang dan terbilang samada kaum Melayu,Cina dan India.
Selamat Menunaikan Tanggungjawab Untuk Negara
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008

ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID
Mantan Setiausaha Pergerakan PEMUDA UMNO
Bahagian P188 Silam,Sabah.Malaysia.

“Bersepadu Mejana Melayu GLOKAL”

SIAP SIAGA BERSAMA KEPIMPINAN YAB DATO’SERI MOHD NAJIB TUN ABD. RAZAK DALAM MEREALISASIKAN KEINTELEKTUALAN MELAYU GLOKAL

Mac 23, 2009

sallehumno101agung9agung10sallehumno3Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perpaduan,Salam Kedamaian,Salam Perjuangan

agung7agung12agung13agung8

1.Setiap ahli UMNO perlu berubah wajah,minda,matlamat,wawasan dan anjakan paradigma dalam menterjemahkan kewibawaan Parti UMNO yang menjadi nadi perjuangan dan kekuatan orang-orang Melayu sejak menuntut kemerdekaan lagi.Kewibawaan yang kita perjuangkan ialah perpaduan dikalangan ahli-ahli parti UMNO itu sendiri.Saya berpendapat bahawa kekuatan UMNO hari ini perlu di canang semula dengan memperkasa minda,intelektual dan kekuatan dalaman yang jujur,ikhlas dan bersih agar tidak timbul soal cantas mencantas dikalangan sesama sendiri.

agung11salleh-umno1sallehumno7

2.Saya melihat perjuangan yang dilaksanakan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia ingin mengangkat dan menjulang Bangsa yang bertamadun dan di hormati  samada di peringkat global mahupun lokal.Melayu Glokal yang difikirkan menjadi nadi kekuatan orang-orang melayu ialah bersikap global tetapi bertunjangkan budaya melayu dan islam dalam menghadapi globalisasi dan liberalisasi. Melayu Glokal berakar nasional dan berakal international.Pemikiran jauh kehadapan YAB Dato’ Seri ingin melihat anak Malaysia yang hebat dalam negara dan memainkan peranan penting sehingga diperingkat antarabangsa.

3 Saya bersetuju bila faktor ilmu dan pendidikan menjadi pengukur dalam menjayakan misi dan visi kerajaan dalam membangunkan negara.Melalui Pembangunan Modal Insan rakyat akan mencintai ilmu bagi mengembangkan sayap untuk berdayasaing dalam apa jua bidang samada enginering,kedoktoran,profesionalisme,intelektual,teknokrat dan lain-lain.Usaha mendidik,membimbing dan melahirkan generasi yang berpengetahuan tanpa mengira miskin dan kaya,akan dapat diterjemahkan sebagai satu anjakan dalam pembangunan bagi mencapai matlamat sebuah negara maju.Peranan ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah adalah penting bagi menyokong dan meletakkan kejayaan asas ini di landasan kejayaan bagi mencapai realiti.

sallehumno4sallehumno9sallehumno8

4.Saya telah membuat kajian tentang kekayaan sumber alam khususnya di Parlimen Silam yang akan dikomersialkan sebagai industri Pelancongan Negara.Antara kawasan yang menarik seperti Gua Madai Air Terjun madai,Telaga Tujuh,Pantai Sarina,Air panas,Lembah Danum,Residence Hotel Felda Sahabat dan lain-lain lagi.Mengapa saya selalu berkata tahun 2010 sebagai tahun melawat Parlimen Silam.Silam hanya di kenali sebagai kawasan penanaman kelapa sawit sahaja yang menyumbang dalam bidang ekonomi.Tetapi sejarah telah membuktikan, sebenarnya Silam adalah kawasan bermulanya kedatangan Islam kenegeri Sabah.Kubur-kubur purba seperti yang terdapat di kawasan Madai yang telah di kaji membuktikan kekayaan sumber dan daya penarik dalam bidang pelancongan adalah terlalu berharga dan perlu di bukukan dan dihebahkan melalui program budaya tempatan dan rancangan Tv.Saya berpendapat Silam kaya dengan daya tarikan pelancongan yang masih lagi belum diketahui umum samada peringkat global mahupun lokal.

sallehumno11

5.Saya telah membuat kajian bagi memperkenalkan Silam sebagai Pusat Pelancongan yang paling menarik di negara kita dengan membawa pelancong-pelancong dari seluruh negara di dunia. Saya dalam perancangan menyiapkan satu buku pelancongan khusus mempromosikan P188 Silam sebagi satu kawasan yang strategik dan menarik untuk dilawati.Saya akan menyerahkan buku ini kepada kementerian Pelancongan Malaysia supaya Silam di senaraikan dalam kalendar tahun melawat Malaysia.

6.Marilah bersama-sama berjuang untuk membela,membantu rakyat dan membangunkan kawasan sebagai prasyarat dalam merealisasikan hasrat kerajaan menjadi sebuah negara yang maju.Sebagai Ahli Parlimen P188 Silam, saya Salleh Kalbi bersetuju dengan pandangan Yang amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia bahawa sikap,pemikiran,halatuju,pandangan,persepsi,keintelektualan,cabaran,halangan,cantas mencantas dan budaya tongkat Melayu perlu dinilai dan sebagai wakil rakyat perlu sentiasa siap siaga bagi menerima mekanisma baru yang akan diperkenalkan demi agama,bangsa dan negara tercinta.

sekian,wassalam

SALLEH KALBI

Ahli Parlimen P188 Silam,Duta Keamanan PBB,Kolonel Kehormat Rela

Jadi Melayu Glokal

Mac 23, 2009

undefined undefined 1 komentar

Jadi Melayu Glokal – Najib — `Akar berpaksi di kota dan desa namun akal menerjah serata dunia’
Oleh Zulkiflee Bakar dan Zulkifli Jalil
NAJIB Tun Abdul Razak diberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja selesai merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO secara serentak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR 19 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru orang Melayu menjadi Melayu Glokal iaitu bersikap global tetapi bertunjangkan budaya Melayu dan Islam dalam menghadapai cabaran globalisiasi dan liberalisasi.

Sambil menjelaskan, istilah `glokal’ sebagai gabungan antara global dan lokal, Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, Melayu Glokal yang diimpi dan dihasratkan ialah Melayu yang berakar nasional dan berakal internasional.

“Maksudnya, di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa namun akal kita menerjah ke serata dunia.

“Melayu Glokal bertunjangkan budaya Melayu dan ajaran agama Islam yang suci, pada ketika yang sama berani meneroka dunia yang penuh pancaroba ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertema `Menjana Melayu Glokal’ semasa perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2005, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Najib berkata, dimensi baru kini menuntut orang Melayu melonjak ke hadapan dengan memperkukuhkan daya saing bangsa untuk berlumba menjadi antara yang terbaik di pentas dunia.

“Oleh itu, sudah tiba masanya kita berubah menjadi Melayu Glokal. Ini bukan lagi mustahil kerana Malaysia sekarang sudah pun mula diiktiraf sebagai negara Islam contoh.

“Kita sederhana lagi progresif dan harmoni dalam kemajmukan. Kita semakin bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai negara Islam contoh, menjadi jenama antarabangsa. Kejayaan inilah menjadi asas untuk menjana Melayu Glokal seterusnya,” katanya.

Berucap di hadapan lebih 2,500 perwakilan, Timbalan Presiden UMNO itu turut menggariskan lima tindakan untuk dilaksanakan sebagai persiapan menjana Melayu Glokal.

Ia adalah Menjana Melayu Glokal melalui ilmu dan pendidikan; menjana ekonomi untuk pembangunan Melayu Glokal; Melayu Glokal berpaksikan penghayatan agama; memperkuatkan jati diri Melayu Glokal melalui transformasi budaya dan memperkasakan politik Melayu Glokal berteraskan idealisme perjuangan.

Najib berkata, bagi menjana Melayu Glokal melalui ilmu dan pendidikan, tindakan untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi hendaklah diteruskan, di samping tetap menjaga hal ehwal kebajikan mereka.

Tegasnya, Melayu Glokal yang ingin dilahirkan wajar mengamalkan pendidikan sepanjang hayat, menguasai lebih daripada satu bahasa dan berbudaya ilmu yang tinggi.

Tindakan kedua iaitu Menjana ekonomi untuk pembangunan Melayu Glokal, menurut Najib ialah mengubah sikap usahawan Bumiputera.

“Kita menghadapi masalah sikap mahu cepat kaya, tetapi tidak mahu berusaha. Peluang yang diberikan kerajaan dijual dengan begitu mudah dan murah, untuk mendapat hasil yang cepat walaupun sedikit.

“Istilah biasa sikap ini dipanggil Ali – Baba. Mereka yang memajak lesen perikanan laut dalam kepada orang Thailand boleh digelar Ali-Siam.

“Istilah ilmu ekonomi dipanggil `rentier class’. Saya menggunakan istilah ekonomi supaya tiada yang berkecil hati. Istilah mudah yang ramai orang faham ialah broker. Hentikanlah sikap ini,” tegasnya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, penanda aras kepada dasar ekonomi yang dirancang seharusnya berupa pembinaan kekayaan bagi rakyat dan kejayaan di kalangan kumpulan Melayu yang layak.

Najib berkata, dalam usaha itu juga, UMNO mahu melihat pihak swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) meningkatkan peranan mereka membantu khasnya dalam penyusunan semula guna tenaga dan menyediakan peluang untuk Bumiputera.

“Kita amat berharap agar ketua-ketua pegawai eksekutif GLC betul-betul serius dan benar-benar komited dalam menjayakan agenda Melayu,” ujarnya.

Bagi tindakan mewujudkan Melayu Glokal Berpaksikan penghayatan agama, Najib berkata, pendekatan Islam Hadhari perlu menjadi nadi dan penggerak, kepada penjanaan Melayu Glokal yang berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Pendekatan Islam Hadhari dirintis bersesuaian dengan penggalakkan kaedah ijtihad, agar umat Islam terus berkembang dan mampu menghadapi semua keadaan dan cabaran semasa,” katanya.

Ketika menggariskan tindakan keempat iaitu memperkuatkan jati diri Melayu Glokal melalui transformasi budaya, Najib mengingatkan proses merubah sikap dan nilai bangsa adalah satu kerja besar yang tidak dapat tidak, mesti diteruskan.

“Dengan kata lain, perubahan paradigma Melayu adalah satu transformasi budaya untuk lebih memantapkan jati diri bangsa, bersiap menghadapi cabaran akan datang,” katanya.

Najib juga mengingatkan, Melayu Glokal adalah mereka yang mesti juga cintakan parti, faham perjuangan, bersatu padu, mengikut peraturan, bersiap sedia dan sentiasa berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Katanya, ini adalah tindakan kelima iaitu memperkasakan politik Melayu Glokal berteraskan idealisme perjuangan.

Beliau berkata, ahli-ahli UMNO perlu sentiasa menyemarakkan api idealisme perjuangan mendokong amanah dengan penuh semangat patriotisme kerana mereka adalah pembawa obor perjuangan yang telah diwariskan demi agama, bangsa dan negara.

“Sekiranya matlamat perjuangan kita difahami dan dihayati dengan jelas, maka peraturan dan perlembagaan parti hanya sekadar menjadi pelengkap untuk memandu perjuangan.

“Masalahnya, apabila perjuangan sudah dikaburi oleh wang ringgit, kedudukan, pangkat dan kuasa semata-mata, peraturan dan perjalanan parti akan terganggu dan integriti kita pasti dipersoalkan. Inilah yang mustahak untuk diperbetulkan,” katanya.

Sehubungan itu, Najib menegaskan UMNO akan terus memerangi rasuah politik tanpa mengira pangkat dan kedudukan

DIALOG @TV1 BERSAMA YAB DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK

Mac 23, 2009

Kuala Lumpur,23Mac.2009-Dialog@TV1 semalam secara langsung banyak membincangkan isu-isu,perancangan,dasar-dasar,kriteria-kriteria kepimpinan,merit pemimpin dan cabaran UMNO di masa kini dan akan datang.

Keyakinan rakyat kepada Parti UMNO perlu dipulihkan semula dengan meletakkan asas permuafakatan dan perpaduan apabila selesai pemilihan/Perhimpunan Agung UMNO 2008,pada 24-28.Mac.2009 ini.Kebanyakan isu-isu ditimbulkan adalah persepsi semata-mata bukan melihat kepada realiti sebenarnya.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang telah dipilih oleh rakyat perlu menerima hakikat bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi bagi membangunkan setiap kawasan/parlimen.Saya amat bersetuju dengan pandangan YAB Timbalan Perdana Menteri,bahawa budaya kerja wakil-wakil rakyat perlu mesra rakyat,mengkaji,memberi bantuan kepada golongan fakir miskin khususnya yang tinggal dikawasan luar bandar,pedalaman dan dalam bandar.

Kemiskinan yang ditakrifkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib kemiskinan bukan hanya dialami oleh masyarakat Melayu malahan bukan melayu pun perlu dibantu kerana ada dikalangan mereka yang masih miskin.Kalau Di semenanjung ditakrifkan miskin pendapatan dalam lingkuangan RM700.00 sebulan,Miskin relatif,Miskin di Bandar pendapatan RM3,000 sebulan yang mempunyai tanggungan anak 3,4orang.

YAB Timbalan Perdana Menteri berkata;mekanisma baru akan digunapakai bagi membuktikan sasaran/maklumat/pakej rangsangan 1&2 sampai kepada golongan sasar kita akan membuat penilaian prestasi/merit supaya kita dapat melihat prestasi yang dilaksanakan oleh pemimpin di peringkat akar umbi dan pusat.

Memang benar orang Melayu tidak boleh berterusan berharap dengan Tongkat,UMNo akan memastikan Melayu diberi bantuan dan mereka boleh hidup berdikari dalam tempoh jangka masa panjang.Pemimpin-pemimpin perlu mendekati hati rakyat agar kita dapat mengenalpasti dan dapat merancang untuk kebaikan mereka.

Dalam masa sama,UMNO amat mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.Jika Bahasa Melayu tidak diperjuangkan sudah pasti kita akan lenyap ditelan sejarah.Bahasa adalah amat penting dalam pembentukan jatidiri bangsa.Kepelbagaian bahasa juga amat penting sebagai satu kekuatan ketamadunan bangsa.

Bagi memastikan RM60billion mencapai sasaran dan matlamat kerajaan akan melancarkan website bagi dipertontonkan kepada khalayak ramai.Ini membuktikan ketelusan dibawah kepimpinan Parti UMNO yang prihatin terhadap perjuangan Bangsa Malaysia.

Wawasan 2020 merupakan matlamat kerajaan yang kian hampir untuk dikecapi.Sebagaimana yang dikatakan YAB Timbalan Perdana Menteri,wawasan 2020 menjadi teras perjuangan kita walaubagaimanapun dalam masa kegawatan ekonomi dunia ini keadaan dan masa akan menentukan pencapaian matlamat,kita akan teruskan dengan keutuhan dan kerja yang berterusan.Dasar-dasar kerajaan perlu adil dan saksama kepada semua golongan tanpa mengira kaum Melayu,Cina dan India.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib sebelum mengakhiri dialog TV1 berkata;jemaah menteri/kabinet yang di barisi adalah yang dipilih dan disenangi rakyat bagi melicinkan pentadbiran nanti.Ucapan Sulung saya akan menentukan arah tuju perjuangan Parti UMNO ke arah memartabatkan UMNO semula.

CANTAS MENCANTAS BUKAN BUDAYA PERJUANGAN PARTI UMNO. RENTETAN SEJARAH PERJUANGAN PARTI UMNO..

Mac 22, 2009

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perpaduan,Salam Kedamaian dan Salam Perjuangan

dscn6572

UCAPAN YB. KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB

p188-silam1

Saya SALLEH KALBI,AHLI PARLIMEN P188 SILAM amat menyokong penuh dengan ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang bertajuk “Usah Ghairah Rebut Jawatan”,katanya saya ingin petik kata-kata Timbalan Perdana Menteri;“Pada masa sama, Umno perlu dilihat sebagai parti yang menghargai modal keintelektualan tetapi cantas mencantas dan sekat menyekat adalah penyakit dalam Umno menyebabkan ada yang tidak diberi tempat dalam kepemimpinan hingga mereka menyertai parti pembangkang.

“Oleh itu, perlu ada proses muhasabah dan berfikiran terbuka supaya Umno yang dulu mendahului zaman dan hari ini juga dapat mendahului zaman,” katanya berucap pada majlis makan malam dan perasmian Kursus Kepemimpinan Kelab Umno Luar Negara 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.

Sebelum ini saya telus menyampaikan ucapan dalam blog ini yang bertajuk “Menyokong Penuh Peralihan Kuasa dan Tanggungjawab Membangunkan Negara Diteruskan.Saya berkata petikan ke 6;

6. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 22 hingga 24/Mac/2009 ini,saya berharap pertandingan yang berlangsung kelak biarlah dilaksanakan secara kekeluargaan.Kepada yang menang saya ucapkan tahniah kepada yang tewas kita masih berada dalam keluarga UMNO.Selepas sahaja pemilihan ini semua pihak perlu menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab untuk membela dan membangunkan parlimen dan negara.Pertandingan yang memihak kepada yang menang dalam pemilihan kelak perlu menjadi contoh kepada wadah perjuangan UMNO dengan mengekalkan perpaduan. Kepada yang kalah jangan dibiarkan sendiri kerana budaya ini bukanlah amalan tradisi UMNO,malahan jika berlaku ini bermakna individu yang menang itu masih lagi mengamalkan budaya ini pentingkan diri sendiri bukan perjuangan Parti UMNO.Berdasarkan kajian saya pemilihan kali ini adalah cukup baik dan lebih mementingkan perjuangan Parti UMNO berbanding kepentingan diri sendiri.Setiap ahli UMNO yang terlibat dalam pertandingan memperlihatkan persaudaraan,persefakatan,kasih sayang,ukhwah,bersatupadu dan telah berjanji taat setia perjuangan dalam parti lebih diutamakan berbanding kepentingan peribadi.Saya bersyukur dengan amalan tradisi ini,saya berharap amalan ini perlu diturunkan de peringkat Bahagian, supaya UMNO akan releven dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa menjadi satu Bangsa Malaysia yang mencintai keamanan,kedamaian dan kemakmuran negara.”kata Salleh Silam.

Saya ingin menceritakan tentang Sejarah Perjuangan Parti UMNO yang telah menabur jasa besar kepada bangsa Malaysia.Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.


Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mencari jalan menentang rancangan tersebut. Kongres ini dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres ini juga telah dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.
 

Selepas kongres ini, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac 1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Kemudian diadakan lagi kongres ketiga di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946. Dalam kongres ini dengan secara rasmi UMNO ditubuhkan.

Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “Pertubuhan Melayu bersatu” atau United Malays Organization”. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan supaya ditambah perkataan “kebangsaan” atau “national” selepas perkataan “pertubuhan”. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organization” (UMNO).

Setelah UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Melayan Union habis-habisan dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua (2) tahun sahaja Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1948.

Walau Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara ini. Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.

Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”.

Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan “dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan ‘ Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula ‘Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”.

Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak akan diberikan sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak adanya kerjasama dan persefahaman antara kaum dalam Negara ini.

Walau bagaimanapun di atas kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO / Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 menyebabkan British terpaksa akur di atas tuntutan UMNO. Akhirnya tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dipersetujui.

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak kepada parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menumpukan perjuangannya untuk mengisi kemerdekaan itu. Kerajaan yang diterajui UMNO telah mengadakan berbagai-bagai program pembangunan dalam bidang ekonomi, agama dan sebagainya.

Antara program-program pembangunan ekonomi yang dijalankan adalah membuka ladang-ladang getah dan kelapa sawit serta mewujudkan institusi yang berkaitan seperti RISDA, FELDA FELCRA dan sebagainya. Dalam bidang pelajaran kerajaan mendirikan berbagai-bagai sekolah, maktab pengajian dan institusi-institusi pendidikan tinggi seperti Institusi Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA atau UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan lain-lain.

Di bidang pembangunan agama pula kerajaan di bawah pimpinan UMNO mendirikan Pusat Islam, sekolah-sekolah agama, pusat-pusat dakwah, jabatan-jabatan Agama Islam di negeri-negeri dan sebagainya. Semua program-program ini diadakan berasaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sebagainya.
Hari ini Malaysia sudahpun 48 tahun merdeka dan terkenal sebagai sebuah Negara termaju di kalangan Negara-negara membangun manakala UMNO pun telah menjangkau usia 58 tahun dan ahli-ahlinya melebihi 3 juta orang meliputi 191 bahagian. Ia merupakan sebuah parti politik yang tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik pun yang dapat menandinginya.

UMNO telah menempuh pilihan raya sebanyak 12 kali dan setiap kali pilihanraya UMNO mencapai kemenangan dengan cemerlang. Dalam Pilihan Raya Umum 2004, bagi kawasan Parlimen, UMNO telah memenangi 109 kerusi daripada 117 kerusi yang dipertandingkan manakala peringkat DUN sebanyak 303 kerusi daripada 337 kerusi telah dimenangi oleh UMNO.

Bagi mengekalkan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang terunggul di dunia, maka setiap ahli UMNO terutamanya Ketua-Ketua Penerangan di semua peringkat hendaklah bertanggungjawab mengawal segala isu-isu yang boleh menjejaskan kekuatan UMNO.

Sementara pejabat-pejabat UMNO sebagai nadi kekuatan UMNO hendaklah bertindak pantas dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul seperti masalah politik wang, kurang penghayatan terhadap perjuangan UMNO di kalangan ahli-ahli dan sebagainya, kerana masalah-masalah tersebut jika tidak diatasi akan menghancurkan masa depan UMNO.

UMNO mestilah dipelihara, dipupuk dan dibaja dengan amalan nilai-nilai murni dikalangan supaya ia terus menjadi satu-satunya wadah perjuangan bagi membela nasib orang Melayu sepanjang masa. Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.

USAH GHAIRAH REBUT JAWATAN

Mac 22, 2009

‘Usah ghairah rebut jawatan’

Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my


Najib berbual dengan penerima Anugerah Khas Ikon Glokal Kelab Umno Luar Negara, Mohamed Fairuz Fauzy (kiri) dan Dr Tidi Maharani Hassan di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Najib gesa ahli utama perjuangan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan ahli dan pemimpin Umno supaya tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dalam parti hingga terlupa perjuangan sebenar untuk mengekalkan kegemilangan pemerintahan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kekuatan Umno yang terpahat dalam sejarah perlu dipertahankan supaya tidak dilihat sebagai punca kelemahan hanya kerana ada pihak menganggap kuasa itu satu kekebalan politik.

“Apakah kekebalan itu bermakna berjuang untuk menjadi Ketua Umno Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Puteri Bahagian atau jawatan pada peringkat paling tinggi sebagai penyudah kepada perjuangan kita.

“Jika itu jawapannya, bermakna kita terlalu asyik dalam proses dalaman parti di mana masa dan tenaga kita gunakan untuk mengisi jawatan yang diidamkan dalam parti, tetapi kita alpa apa guna jawatan itu jika parti tidak berkuasa.

“Pada masa sama, Umno perlu dilihat sebagai parti yang menghargai modal keintelektualan tetapi cantas mencantas dan sekat menyekat adalah penyakit dalam Umno menyebabkan ada yang tidak diberi tempat dalam kepemimpinan hingga mereka menyertai parti pembangkang.

“Oleh itu, perlu ada proses muhasabah dan berfikiran terbuka supaya Umno yang dulu mendahului zaman dan hari ini juga dapat mendahului zaman,” katanya berucap pada majlis makan malam dan perasmian Kursus Kepemimpinan Kelab Umno Luar Negara 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.

Turut hadir, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sehubungan itu, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno mahu parti itu bangkit dengan semangat baru dan melakukan perubahan mengikut keadaan, masa dan tuntutan zaman, bukannya perubahan yang hanya sekadar ‘klise’.

“Umno perlu dilihat sebagai parti yang segar, dinamik dan boleh meletakkan harapan rakyat pada masa kini dan masa depan, jika tidak Umno akan dilihat kaku, lesu dan tidak lagi menarik di kalangan rakyat dan pengundi.

“Oleh itu, generasi muda perlu mengembalikan semangat 50-an dalam Umno di mana ia dilihat sebagai juara dalam isu kepentingan, kesejahteraan rakyat, isu bahasa, kemerdekaan, menyusun semula masyarakat dan isu yang dekat di hati rakyat serta orang Melayu, tetapi bukannya menjadi juara kerana menang jawatan,” katanya.

Beliau berkata, jika popular dalam Umno tidak semestinya seseorang pemimpin itu juga popular di kalangan rakyat dan jika ada jawatan dalam Umno pula tidak semestinya boleh menang dalam pilihan raya, sebaliknya perlu popular dalam Umno dan di kalangan pengundi barulah parti ini kuat dan menjadi tonggak dalam pemerintahan negara.

PERALIHAN KUASA PERDANA MENTERI DI SOKONG PENUH DAN PERJUANGAN MEMBANGUNKAN NEGARA DITERUSKAN

Mac 21, 2009

pm8pak-lah1kenanganAUTOS MALAYSIA PROTON LAUNCHnajibAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Perpaduan,salam kasih sayang dan salam kedamaian.

1.Syukur kehadrat Allah SWT dan Selawat Ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, saya SALLEH BIN KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM,SABAH berdoa semoga perjuangan UMNO dan Komponen Barisan Nasional mendapat keberkatan dan kemenangan dalam memartabatkan Bangsa Malaysia ke arah mengatasi kegawatan ekonomi,merealisasi Perpaduan, membangunkan modal insan,meletakkan nama Malaysia di arena antarabngsa melalui Zoom melawat Malaysia
melalui kedatangan pelancong-pelancong luar negara,memperkuatkan jatidiri bangsa,memulihkan semula sokongan padu terhadap Parti UMNO,membasmi miskin tegar dan miskin dan peralihan kuasa yang akan berlaku
penghujung bulan ini akan berjalan dengan lancar dan baik dengan amalan tradisi UMNO yang mengamalkan kasih sayang dan lebih mengutamakan perjuangan UMNO.

 pm4km1km3dscn6574

2.Sejarah peralihan kuasa dikalangan pemimpin Negara berlangsung dengan penuh adat dan istiadat.Pemimpin yang akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri perlu dihormati dan diterima dengan
hati dan minda yang terbuka supaya misi dan visi untuk perjuangan memartabatkan dan memulihkan keyakinan Bangsa Malaysia kepada perjuangan UMNO akan dilihat ingin mengangkat dan menjulang negara Malaysia yang berjaya dan maju setanding dengan negara-negar maju yang lain di dunia.

sallehrumpai-laut-11salleh2

3.Saya Salleh Bin Kalbi, Ahli Parlimen Silam,Kolonel Kehormat Rela,Duta Keamanan UPF dengan hati ikhlas,jiwa yang bersih,minda terbuka ingin menyatakan menyokong penuh Peralihan Kuasa yang akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.
Sokongan kepada Yang Amat Berhormat Dato’Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional yang telah mengumumkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Hj. Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap menteri Kewangan Malaysia.Saya amat menyokong penuh Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Luahan ini adalah ikhlas yang lahir dari hati dan sanubari saya,ingin melihat perjuangan UMNO yang telah pun menabur jasa dalam membangunkan modal insan ke tahap yang gemilang dan terbilang sehingga lahirnya anak-anak Malaysia yang berjaya mengharumkan nama baik negara samada di peringkat Lokal mahupun global.

parlimen-silam2kad-yb-silam-11

4.Saya menyokong penuh mini bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd.Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan yang telah mengumumkan mini Bajet RM60 Billion.Jumlah ini bagi saya merupakan satu sejarah dalam pembentangan bajet kerajaan bagi memulih dan membangunkan negara daripada kesan kemelesetan ekonomi dunia. Saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak yang komited dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan perancangan yang telus dan anjakan membangunkan Modal Insan menjadi agenda utama bagi membangunkan sesebuah negara. Peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dibuka luas,sektor swasta yang terjejas teruk di bantu kerajaan,suntikan modal insan yang berwawasan dan bermanfaat,pelaksanaan projek secara telus dengan wujud badan pemantau,membasmi miskin tegar dan miskin,saya berpendapat mini bajet ini adalah bersifat mesra rakyat,penyayang kepada rakyat,menguntungkan semua lapisan masyarakat,sistematik,kreatif,inovatif,berwawasan jauh kehadapan,selamat,aman,makmur dan yang paling berharga minda dan pemikiran Yang Amat Berhormat menteri Kewangan yang ingin memulihkan ekonomi negara agar dapat berdiri dan terus maju melangkah kehadapan dengan keutuhan perpaduan Bangsa dan negara.

5. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hj. Musa Bin Aman Ketua Menteri Sabah Menteri-Menteri Kabinet Malaysia dan rakan-rakan Ahli Parlimen yang menyokong penuh kelulusan Zon Akuakultur Negara di Parlimen Silam.Teras perjuangan saya dalam Pembangunan modal Insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam arus pembangunan sesebuah negara menjadi agenda utama bagi melahirkan masyarakat yang boleh berdikari dan melepasi tahap miskin tegar menjelang tahun 2010 dan miskin.Masalah ini saya akan perangi habis-habisan sehingga ke akar umbi.Selama ini saya telah mmenjejaki rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan dan perlu di beri keutamaan agar isu-isu masalah ini dapat diatasi sehingga ketahap minimum dan sifar.Peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan melalui Akuakultur Negara di Silam ini akan dapat membasmi kemiskinan tegar lebih awal menjelang bulan september tahun ini.Perancangan saya dengan penyediaan tapak dan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan miskin dan golongan sederhana ini saya yakin dan percaya usaha ini adalah cara terbaik dalam pembasmian kemiskinan kerana mereka akan memiliki pendapatan dalam lingkungan setiap keluarga RM1,200.00 sebulan.Saya sentiasa membuat perancangan dan plan pembangunan modal insan bagi melahirkan masyarakat yang boleh berdiri pada kendiri tanpa bergantung harap kepada orang lain.Perancangan ini dalam proses pelaksanaan kepada golongan sasar dan sedikit masa lagi rakyat akan
melihat usaha saya ini sebagai satu rezeki kerajaan Barisan nasioanl yang prihatin dan sentiasa membangunkan rakyat walau dimana jua.

6. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 22 hingga 24/Mac/2009 ini,saya berharap pertandingan yang berlangsung kelak biarlah dilaksanakan secara kekeluargaan.Kepada yang menang saya ucapkan tahniah kepada yang tewas kita masih berada dalam keluarga UMNO.Selepas sahaja pemilihan ini semua pihak perlu menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab untuk membela dan membangunkan parlimen dan negara.Pertandingan yang memihak kepada yang menang dalam pemilihan kelak perlu menjadi contoh kepada wadah perjuangan UMNO dengan mengekalkan perpaduan. Kepada yang kalah jangan dibiarkan sendiri kerana budaya ini bukanlah amalan tradisi UMNO,malahan jika berlaku ini bermakna individu yang menang itu masih lagi mengamalkan budaya ini
bermakna masih lagi berlaku, amalan pentingkan diri sendiri.Berdasarkan kajian saya pemilihan kali ini adalah cukup baik dan lebih mementingkan perjuangan Parti UMNO berbanding kepentingan diri sendiri.Setiap ahli UMNO yang terlibat dalam pertandingan memperlihatkan persaudaraan,persefakatan,kasih sayang,ukhwah,bersatupadu dan telah berjanji taat setia perjuangan dalam parti lebih diutamakan berbanding kepentingan peribadi.Saya bersyukur dengan amalan tradisi ini,saya berharap amalan ini perlu diturunkan de peringkat Bahagian, supaya UMNO akan releven dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa menjadi satu Bangsa Malaysia yang mencintai keamanan,kedamaian dan kemakmuran negara.

7. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung Blog saya di http://sallehkalbi188.wordpress.com / silamgemilang.wordpress.com /rakyatp188silam.wordpress.com /ybsilamexoticdiscovery.wordpress.com /alumniagasih.wordpress.com / suaraparlimensilam.wordpress.com /e_sahabatparlimensilam.com.my / p188silam.blogspot.com. sokongan,pandangan,kritikan Dato,Datuk,Datin,Tuan,Puan,Encik,Cik
adalah amat saya hargai dan saya akan jadikan bahan ilmiah dalam membangunkan modal insan dan pembangunan Parlimen Silam agar cemerlang,gemilang dan terbilang selaras dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan negara dengan meletakkan asas ekonomi negara berada pada kedudukan yang baik dan pulih sepenuhnya dalam tempoh yang singkat.Terima kasih sekali lagi.

KEPUTUSAN UNDI JAWATAN MT DIJANGKA JAM 10 MALAM

Mac 21, 2009

KUALA LUMPUR: Keputusan pengiraan undi untuk jawatan peringkat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti itu Khamis depan dijangka diumumkan pada jam 10 malam.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Pengerusi Tetap parti akan mengumumkan keputusan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Kita jangka keputusan akan diperoleh agak lewat kerana Jawatankuasa Pemilihan memutuskan untuk mengira menggunakan kaedah manual kerana ada calon dan wakil masing-masing yang tidak selesa dengan kaedah komputer,” katanya sesi taklimat mengenai Perhimpunan Agung Umno ke-59 di PWTC, di sini, semalam.

Tengku Adnan berkata, setakat ini, secara keseluruhannya seramai 262 calon yang akan bertanding bagi jawatan peringkat MT dan ketiga-tiga sayap parti berkenaan termasuk Exco pusat.

“Seramai 55 calon peringkat Wanita Umno, termasuk 49 Exco pergerakan itu akan bertanding, manakala 77 lagi calon Pemuda dan 68 calon bagi sayap Puteri Umno,” katanya.

Beliau berkata, lebih 300 petugas akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas mengira undi bermula jam 1 tengah hari pada Khamis depan, selepas proses pengundian dijalankan selama dua jam.

“Petugas yang mengira undi tidak dibenarkan keluar dan jika berbuat demikian, mereka tidak akan dibenarkan masuk semula. Langkah itu bagi menjamin ketelusan proses berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhannya seramai 4,885 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008, termasuk 2,509 perwakilan pada persidangan pusat, selain 796 perwakilan Wanita Umno, Pemuda (791) dan 789 perwakilan Puteri Umno.

Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar yang akan menghadiri perhimpunan kali ini diputuskan Isnin ini selepas pihaknya menerima maklum balas daripada Jabatan Insolvensi dan Pendaftar Syarikat (ROS).

“Setakat ini pun, kedudukan 24 perwakilan sedang diteliti kerana kami mendapati mereka muflis, bagaimanapun pengesahan mengenainya belum diperoleh lagi,” katanya.

Mengenai jadual perhimpunan kali ini, Tengku Adnan berkata, jamuan khas ‘Jasamu Dikenang’ akan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Sesuatu yang istimewa diatur pada majlis berkenaan dengan harapan menjadi tanda kenangan yang bernilai kepada Perdana Menteri dan semua perwakilan,” katanya.

Beliau berkata, persidangan pada Jumaat pula akan dilanjutkan sehingga jam 11 malam bagi membolehkan semua usul membabitkan Ucapan Dasar Presiden, Ekonomi serta Agama dan Pendidikan dapat dibentangkan dan dibahas semua yang terbabit.

“Jawatankuasa Usul akan putuskan tempoh masa pembentang dan pembahas berucap kerana tahun ini perhimpunan agung akan berakhir lebih awal bagi membolehkan ahli dan pemimpin Umno memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai,” katanya.

PEMUDA NAFI DAKWAAN UMNO BERPECAH DUA KUMPULAN

Mac 21, 2009

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan keputusan Lembaga Disiplin melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Ali Rustam bertanding ke jawatan itu menunjukkan Umno kini sudah berpecah dua kumpulan.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan yang memihak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak adalah pembohongan semata-mata.

“Khabar angin tetap khabar angin, tidak wujud sebarang perpecahan dalam Umno. Dua pemimpin atasan kita bukan saja bijaksana, tetapi juga meletakkan parti sebagai keutamaan.

“Desas-desus ini hanya di gembar-gemburkan mereka yang ada kepentingan dan tidak mahu melihat Umno kembali pulih. Pemuda mengenali kedua-dua pemimpin dan mereka yang akhirnya menentukan sama ada proses peralihan berjalan lancar atau tidak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Exco Pemuda Umno, di sini, semalam.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Umno berpecah kepada dua kumpulan berikutan keputusan Lembaga Disiplin yang melarang Mohd Ali bertanding ke jawatan itu kerana terbabit dengan politik wang.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno melarang Mohd Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden kerana mendapatinya terbabit politik wang.

Keputusan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin mendapati Mohd Ali, juga Naib Presiden Umno dan Ketua Menteri Melaka, bersalah kerana rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau.

Dua calon Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir turut menafikan yang Umno kini berpecah kepada dua kumpulan.

Hishammuddin berkata, jika benar wujud perpecahan dalam Umno, sudah tentu ia berlaku lama dan bukannya beberapa hari sebelum pemilihan Perhimpunan Agung Umno pada minggu depan.

Beliau turut menyifatkan kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang mahu mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri, tidak bertanggungjawab.

HISHAMMUDDIN MAHU BAKAL PENGGANTI TERUSKAN ASPIRASI

Mac 21, 2009

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my


DARI kiri, Calon Naib Ketua Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Mukhriz, Hishammuddin, Khairy dan calon Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim ketika menghadiri mesyuarat Pemuda Umno di Menara Datuk Onn, semalam.

Pemimpin sayap kena waspada buat keputusan elak jejas parti

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berharap bakal penggantinya dapat meneruskan aspirasi yang sudah dibentuknya sejak memimpin sayap itu sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, bukan mudah untuk memimpin sayap utama yang mempunyai lebih 700,000 ahli muda yang bersemangat dan idealisme serta perlu direalisasikan untuk kepentingan negara.

“Saya menasihati mereka supaya berhati-hati memimpin sayap yang penting dan begitu juga dalam membuat keputusan supaya tidak menjejaskan parti serta negara,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, di sini semalam.

Turut hadir pada mesyuarat itu, dua calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya, Ketua Pemuda Umno harus bersedia dengan cabaran politik terkini termasuk isu perkauman dan agama serta krisis ekonomi dunia.

Hishammuddin berkata, mesyuarat yang dipengerusikannya semalam amat bersejarah kerana ia adalah mesyuarat terakhirnya dengan Pemuda Umno.

“Saya berasa begitu terharu kerana hampir semua ahli Exco yang akan bertanding berada dalam mesyuarat ini.

“Saya mengingatkan semua pihak bertanding yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya.

Beliau berkata, semua calon pemuda yang bertanding ini adalah aset bernilai untuk negara.

Katanya, beliau juga mengingatkan setiap calon supaya memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan ikhlas dan bukan kerana jawatan.

“Sebaik saja pemilihan selesai, kita perlu merapatkan semula sayap pemuda bersama-sama kepimpinan baru dan bekerja kuat untuk negara,” katanya.