Archive for Mac 2009

Taat Setia Ahli Parlimen Pemuda BN

Mac 20, 2009

Taat setia ahli Parlimen Pemuda BN

August 24, 2008 by admin 

Permatang Pauh – 24 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin telah menyatakan bahawa ahli-ahli Parlimen Pemuda BN sudah sebulat suara, sepakat dan menandatangani ikrar bahawa mereka tidak akan meninggalkan parti, ini bagi mematahkan hujah pembangkang yang kononnya ada diantara ahli Parlimen akan melompat parti. Seramai 19 ahli Parlimen Pemuda telah berikrar dan menandatangan deklarasi tersebut. Beliau telah menyatakan hasrat ini dalam satu sidang akhbar di sebuah Hotel di Seberang Perai pada kira-kira pukul 4 petang tadi.

Menurut Datuk Seri Hishamuddin, segalanya kini berbeza dari hari pertama dimana mereka dengan angkuhnya megatakan bahawa kita akan hilang wang pertaruhan, tetapi hari ini kita telah berjaya mengurangkan sokongan mereka dan tidak mustahil kita boleh menawan kembali Permatang Pauh. Pemuda telah menukar cara pendekatan mereka kali ini dengan berkempen dari rumah ke rumah dan yang kecoh di luar sana kebanyakan adalah penyokong dari luar yang tidak mengundi, usaha kita dari rumah ke rumah ini diharap dapat memastikan mereka yang mengundi dan berhak menetukan kedudukan parti-parti yang bertanding mendapat hak sepatutnya.

Datuk Seri Tiong King Sing pula menayatakan bahawa di Sarawak bukan hanya ahli Parliemen Pemuda sahaja yang akan berikrar tidak akan meninggalkan parti tetapi kesemua ahli Parlimen Sarawak juga akan membuat deklarasi untuk bersatupadu dan akan terus bersama BN.

Senarai 19 ahli Parlimen Pemuda yang menandatangani deklarasi tersebut :

1 ) Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Ketua Pemuda UMNO)-UMNO
2 ) P131 – Rembau, Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda UMNO ) -UMNO
3 ) P55 – Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah-UMNO
4 ) P69 – Parit, Mohd Nizar Zakaria – UMNO
5 ) P138 – Tangga Batu, Datuk Idris Harun-UMNO
6 ) P146 – Muar, Razali Hj Ibrahim -UMNO
7 ) P5 – Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir-UMNO
8 ) P169 -Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan-UMNO
9 ) P181-Tenom, Raimie Unggi-UMNO

rakyat188
10 ) P188-Silam, Salleh Kalbi-UMNO
11 ) P89 -Bentung, Datuk Liow Tiong Lai (Ketua Pemuda MCA)-MCA
12 ) P148 – Ayer Hitam, Dr Wee Ka Siong -MCA
13 ) P152 – Kluang, Hou Kok Chung-MCA
14 ) P165 -Tanjung Piai, Wee Jeck Seng-MCA
15 ) P 151 – Simpang Renggam, Liang Jeck Chung-PGRM
16 ) P194 – Petra Jaya, Fadhil Yusof-PBB
17 ) P197 – Kota Samarahan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman-PBB
18 ) P221 – Limbang (Bukit Mas) Hasbi Habibollah-PBB
19 ) P217 – Bintulu – Datuk Seri Tiong King Sing-SPDP

LEBIH 100 GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK TERIMA BANTUAN

Mac 20, 2009

KUNAK: Lebih 100 orang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik menerima bantuan makanan asas sumbangan Pejabat Parlimen Silam.

Petikan teks Utusan Borneo oleh Marlina

Petikan teks Utusan Borneo oleh Marlina

Kesemua penerima yang merupakan golongan ibu tunggal dan fakir miskin itu menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian termasuk beras,gula dan minyak masak setiap seorang.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Silam, Haji salleh Haji Kalbi dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat Parlimen Silam cawangan Kunak,baru-baru ini.

Menurut Salleh, sumbangan berkenaan akan dilakukan berterusan secara berperingkat-peringkat dengan tujuan untuk membantu kerajaan membasmi kemiskinan dan sekali gus merealisasikan impian kerajaan untuk mewujudkan miskin sifar menjelang 2010.

Kita sentiasa mengemaskini data dan maklumat berkenaan dengan jumlah mereka yang memerlukan bantuan di kawasan Parlimen Silam ini.

Sebagai ahli Parlimen kawasan ini, kita juga akan berusaha memberi bantuan namun terpulang kepada penerima bagaimana untuk mencorakkan kehidupan mereka selepas ini.

“Jadi harapan saya agar kita semua dapat terus sama-sama berusaha” ujarnya lagi.

p3200080

Sementara itu pada program berasingan,Salleh juga menyampaikan bantuan sama kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sri Jaya dan Kampung Kabog,Kunak.

KEMALANGAN MAUT:2 0RANG MATI DI TEMPAT KEJADIAN,DAERAH KUNAK.SABAH

Mac 17, 2009

Kunak,17Mac2009-Kemalangan Maut yang mengorbankan 2 nyawa seorang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak.Berdasarkan temubual,difahamkan kedua-dua mangsa ini baru saja dari membeli-bela di kedai simpang empat.setelah balik dari membeli-bela tanpa diduga kedua-dua mangsa telah dilanggar oleh lori.

LORI INI TELAH MELANGGAR KEDUA-DUA MANGSA YANG SEDANG BERJALAN DI TEPI JALAN YANG DIBINA UNTUK PEJALAN KAKI.MANGSA MATI DTEMPTA KEJADIAN

LORI INI TELAH MELANGGAR KEDUA-DUA MANGSA YANG SEDANG BERJALAN DI TEPI JALAN YANG DIBINA UNTUK PEJALAN KAKI.MANGSA MATI DTEMPAT KEJADIAN

Berdasarkan maklumat orang ramai,lori ini dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke arah Jalan bulatan simpang empat daerah Kunak.
Apa yang anda saksikan ketika ini lori ini telah dialihkan bagi memudahkan lalulintas.

Apa yang anda saksikan ketika ini lori ini telah dialihkan bagi memudahkan lalulintas.

Untuk mengetahui berita lanju berhubung kemalangan jalan raya yang meragut 2 nyawa di bulatan simpang empat daerah Kunak ini,jom layari blog YB. Hj. Salleh Hj. Kalbi di http://rakyatp188silam.wordpress.com

BATU..AJAIB..TERDAPAT ANAK PANAH DI MASJID KAWASAN KUNAK.SABAH.

Mac 16, 2009
YB. Hj. Salleh kagum dengan ukiran anak panah yang ditulis dengan penuh seni.Apa kata kepada pelajar-pelajar UMS,Saintis,pakar kaji batu,Muzium Sabah,pakar dalam bidang kaji hayat dan mereka yang professional dalam kajian agar datang sendiri untuk membuat kajian tentang keunikan BATU AJAIB...TERDAPAT ANAK PANAH INI..JOM...LAYARI http://rakyatp188silam.wordpress.com

YB. Hj. Salleh kagum dengan ukiran anak panah yang ditulis dengan penuh seni.Apa kata kepada pelajar-pelajar UMS,Saintis,pakar kaji batu,Muzium Sabah,pakar dalam bidang kaji hayat dan mereka yang professional dalam kajian agar datang sendiri untuk membuat kajian tentang keunikan BATU AJAIB...TERDAPAT ANAK PANAH INI..JOM...LAYARI http://rakyatp188silam.wordpress.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur,15.Mac.2009-Unik dan ajaib apabila terdapat batu-batu dari gunung berapi yang tertulis anak panah menunjukkan kawasan ini pernah didiami oleh masyarakat sejak ratusan dahulu.YB. Hj. Salleh terkejut dan kagum dengan penemuan BATU AJAIB INI….untuk melihat gambar BATU AJAIB INI…layari Blog YB. Hj. Salleh di http://rakyatp188silam.wordpress.com. cepat….lihat sendiri anak panah yang betul-betul wujud ini…hanya di Masjid kawasan Kunak, Parlimen P188 Silam.Sabah.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL: YB. SILAM TERUS BELA RAKYAT AGAR PEMBANGUNAN YANG DISALURKAN KEPADA RAKYAT SAMPAI DENGAN GOLONGAN SASAR

Mac 16, 2009
YB. Hj. Salleh berkata;Saya akan terus berjumpa dengan golongan sasar khususnya mereka yang tinggal dikawasan luar bandar dan pendalaman.Tujuan saya supaya Miskin Tegar menjelang tahun 2009 bulan september akan dapat diatasi dengan menyeluruh.

YB. Hj. Salleh berkata;Saya akan terus berjumpa dengan golongan sasar khususnya mereka yang tinggal dikawasan luar bandar dan pendalaman.Tujuan saya supaya Miskin Tegar menjelang tahun 2009 bulan september akan dapat diatasi dengan menyeluruh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur,16.Mac.2009-Dasar Pembangunan Nasional yang masih releven sehingga sekarang telah berjaya membangunkan masyarakat daripada miskin Tegar ke tahap miskin dan berpendapatan sederhana dan berkemampuan untuk membangunkan keluarga. Melalui ini kerajaan dapat membasmi kemiskinan menjelang tahun 2010 kelak khususnya di negeri Sabah.amnya Malaysia.Dalam temubual bersama YB. Hj. Salleh katanya;Dasar ini amat penting dalam pembangunan masyarakat dan negara bagi mencapai hala tuju sebuah negara yang maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB.
Membasmi golongan miskin
Menyusun semula masyarakat

Objektif
Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi

Program
Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar
Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan

rujukan lanjut;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pembangunan_Nasional
Kategori: Ekonomi Malaysia

SUMBANGAN BANTUAN MAKANAN RINGANKAN BEBAN GOLONGAN SASAR:YB.HJ. SALLEH DI KUNAK.SABAH.

Mac 15, 2009

Keluarga Miskin Tegar Akan Dapat Rumah

Kunak/Silam,15.Mac.2009-Sumbangan Berupa Bantuan Makanan kepada golongan Miskin Tegar dan Miskin, Ibu-ibu tunggal dan yang layak menerima bantuan ini,mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam.Penyampaian diadakan di pejabat Parlimen Silam kawasan Kunak.

p3141919

Imbasan berita BERNAMA;Keluarga miskin tegar di seluruh negara akan menerima rumah yang dibina khas untuk mereka tidak lama lagi, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Beliau berkata rumah tiga bilik itu akan dibina dengan kos RM33,000 setiap satu.

Isteri YB Salleh menyampaikan bantuan kepada penerima.Katanya;Bantuan yang diberikan ini sekurang-kurangnya mengurangkan beban penerima dan mudah-mudahan akan ada pihak NGO,individu tampil turut menghulurkan sumbangan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan

Isteri YB Salleh menyampaikan bantuan kepada penerima.Katanya;Bantuan yang diberikan ini sekurang-kurangnya mengurangkan beban penerima dan mudah-mudahan akan ada pihak NGO,individu tampil turut menghulurkan sumbangan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan

“Kita telah mengarahkan penghulu, ketua-ketua kampung, pegawai pembangunan luar bandar dan ketua-ketua cawangan Umno untuk mengenal pasti golongan miskin tegar di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembangunan luar bandar di Sagil di sini, Jumaat.

Golongan miskin tegar yang ingin membaiki rumah mereka juga akan menerima bantuan sehingga RM12,000 di bawah program penyediaan rumah kepada golongan berkenaan yang menerima peruntukan sebanyak RM500 juta daripada kerajaan.

p3141936

Program itu juga akan melibatkan 3,000 orang asli yang termasuk dalam kategori miskin tegar dan layak menerima bantuan itu, katanya.

p3141920

 

 

 

 

 

Dalam masa yang sama, YB. Hj. Salleh berharap golongan miskin Tegar dan Miskin diberi keutamaan bagi mendapatkan rumah-rumah PPRT bagi membolehkan mereka dapat hidup dengan selesa. Katanya,kita telah mensasarkan pada bulan september ini miskin Tegar dapat dihapuskan ke angka sifar.Peranan kakitangan dalam mengenalpasti penerima-penerima yang benar-benar layak menerima bantuan rumah ini adalah amat saya harapkan agar sasaran miskin tegar sifar dapat dicapai.

KEPUTUSAN SPM MENINGKAT:SABAH DIBAWAH BAYU

Mac 13, 2009

kad-yb-silam-1

SILAM,13HBMac2009- Seramai 106 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini berjaya mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh gred 1A dan 2A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan tahun lalu.

 ”Dalam kumpulan calon cemerlang itu, seramai 14 orang pelajar mendapat gred 1 A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala calon cemerlang yang mendapat 1 A dan 2 A dalam semua mata pelajaran yang diambil ialah seramai 92 orang.

”Begitu juga bilangan pelajar yang lulus semua mata pelajaran juga telah bertambah iaitu seramai 13, 812 (44.55 peratus) berbanding 13,211 (43.99 peratus) pada tahun sebelumnya.

”Peningkatan sebanyak 0.56 peratus yang signifikan itu menunjukkan pencapaian calon sekolah di Sabah bertambah cemerlang dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 29,426 atau 95.01 peratus daripada 31,482 orang calon sekolah menengah di Sabah yang menduduki SPM pada tahun lepas berjaya mendapat sijil.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 28,451 atau 94.73 peratus daripada tahun sebelumnya.

”Ini bermakna pencapaian ini menunjukkan peningkatan daripada tahun 2007 iaitu sebanyak 0.28 peratus, sekali gus mengatasi pencapaian kebangsaan dengan 4.11 peratus,” katanya.

Sementara itu, seramai 2,702 (8.72 peratus) calon di Sabah berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred 6C bagi semua mata pelajaran yang diduduki pada SPM tahun lepas, berbanding tahun sebelumnya 2,599 pelajar atau 8.65 peratus .

Gred Purata Negeri juga bertambah baik pada tahun ini iaitu 5.90 peratus berbanding 5.98 bagi tahun 2007.

“Sebanyak 103 mata pelajaran juga telah diambil oleh calon-calon di negeri ini di mana daripada jumlah tersebut, 52 mata pelajaran menunjukkan peningkatan 100 peratus.

“Sebanyak 38 mata pelajaran lain turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dan 32 mata pelajaran tiada perubahan masih mengekalkan 100 peratus sementara 30 subjek lagi menunjukkan penurunan.

YB. Hj. salleh berkata”Syabas dan tahniah kepada pelajar yang cemerlang.Tahniah juga kepada guru-guru yang berjaya dengan gemilang dalam mendidik anak-anak kita sehingga boleh melanjutkan pelajaran sehingga keperingkat tinggi.Sesungguhnya anak adalah harta yang paling bernilai yang boleh mengubah dan merobah hidup kita.

BAJET MINI 2009 PRIHATIN,PENYAYANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA/ UCAPAN PENUH BAJET MINI 2009,Layari http://rakyatp188silam.wordpress.com

Mac 11, 2009

 

YB. KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN UPF

YB. KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN UPF

Kuala Lumpur,11.Mac.2009-Pembentangan Bajet Mini 2009 oleh Yang amat Berhormat Dato’Seri Mohd Najib Bin Hj. Tun Abd. Razak merangkap Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Parlimen telah meletakkan 4 teras utama.

Beliau mula membentangkan pakej itu sejak pukul 4 petang dan berakhir 70 minit kemudian.

Daripada jumlah itu, kerajaan membahagikan dana tersebut mengiktu empat teras berikut:

 – Teras Pertama: RM2 bilion

 – Teras Kedua: RM10 bilion

 – Teras Ketiga: RM29 bilion

 – Teras Keempat:RM19 bilion

 Huraian teras-teras yang diumumkan ialah:

 TERAS PERTAMA: KURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN

 – Menyediakan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan

 – Kebajikan pekerja yang telah diberhentikan kerja

 – Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam

 – Peluang siswazah untuk melanjutkan pelajaran

 – Skim PROSPER Siswazah

 – Usaha mengurangkan pekerja asing

 TERAS KEDUA: RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS

 – Meningkatkan pemilikan rumah – Menambah baik infrastruktur awam

 – Bom simpanan kerajaan

 – Pembangunan pendidikan

 – Kemudahan asas di luar bandar

 – Program di Sabah dan Sarawak

 – Program mikro kredit

– Membantu golongan kurang bernasib baik

 – Menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan

 – Galakan kepada bank untuk menangguh bayaran balik pinjaman perumahan

TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS

 – Skim jaminan modal kerja

 – Dana jaminan penstrukturan semula industri

 – Memudahkan akses ke pasaran modal

 – Menarik individu high-net-worth dan berkemahiran

 – Mengurangkan kos kendalian perniagaan

 – Menggalakkan sektor automatif

 – Industri penerbangan

 – Elaun modal dipercepatkan

 – Carry back losses – Levi keuntungan atas kelapa sawit

 – Mempergiatkan aktiviti pelancongan

TERAS KEEMPAT: MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN – Pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad

 – Projek Off-Budget

 – Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)

– Liberalisasi sektor perkhidmatan

 – Peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing

 – Pembangunan industri seni kreatif

– Pengurusan berkesan sumber kewangan kerajaan

 Najib berkata, daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi tahun depan.Jumlah RM10 bilion dalam tahun ini dibahagikan kepada RM5 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Jelas beliau, saiz perbelanjaan ini sudah tentunya akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini.

“Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi.

 “Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007.

 “Malahan, semasa negara , mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus, berikutan dasar fiskal mengembang, terutamanya untuk membina infrastruktur negara,” kata beliau ketika membentangkan di Parlimen.

YB. Hj. Salleh Ahli Parlimen P188 Silam dalam temubual diKuala Lumpur berkata”Bajet Mini 2009 yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri malaysia ini merupakan satu sejarah bagi membangunkan negara daripada kemelut kemelesetan ekonomi yang kini melanda dunia. RM60 billion adalah angka,sudah pasti rakyat memikirkan bajet seumpama ini prihatin kepada rakyat,rakyat merasa lega kerana bajet ini dapat membangunkan secara keseluruhan masyarakat Malaysia untuk terus maju.Saya yakin dan percaya ekonomi negara Malaysia lebih awal mengatasi kegawatan yang dialami negara tanpa bergantung kepada mana-mana pinjaman luar.Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia pemimpin-pemimpin negara yang cemerlang,gemilang dan terbilang dalam meletakkan Bajet Mini 2009 di landasan pembelaan rakyat,bangsa Malaysia. Inilah satu-satunya Bajet yang memperkayakan rakyat Malaysia.Tahniah sekali lagi.

BLOG YB. HJ. SALLEH : LAYARI http://suaraparlimensilam.wordpress.com.

Mac 11, 2009

 

Kuala Lumpur,11.Mac.2009-Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam telah melancarkan blog yang mengupas isu-isu,maklumat dan rencana dari Dewan Parlimen di Kuala Lumpur. Temu bual bersama Yang Berhormat Hj. Salleh berkata”Tujuan saya melancarkan blog ini http://suaraparlimensilam.wordpress.com bagi menyampaikan rencana,maklumat dan isu-isu yang penting ketika saya berada di Dewan Mulia bagi membentangkan kertas kerja demi memartabatkan rakyat dan membawa usul-usul agar dapat diluluskan pihak kerajaan melalui Dewan Mulia.

Sedikit masa lagi saya akan menyediakan ruangan youtube (video )bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan semasa saya dan pemimpin-pemimpin negara membahas dan merencana usul-usul di Parlimen Malaysia.

Terima kasih yang aktif dan menyokong penuh blog-blog saya.Komen dan pandangan anda adalah amat saya sanjung dan saya ucapkan jutaan terima kasih.

BAJET MINI 2009 BERJUMLAH RM60 BILLION PRIHATIN KEPADA RAKYAT/PAKEJ RANGSANGAN KE-2:YB. HJ. SALLEH HJ. KALBI

Mac 10, 2009
Syabas kepada YAB Dato'Seri Mohd Najib Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Kewangan yang membentangkan Bajet Mini mesra,prihatin dan anjakan paradigma ekonomi rakyat

Syabas kepada YAB Dato'Seri Mohd Najib Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Kewangan yang membentangkan Bajet Mini mesra,prihatin dan anjakan paradigma ekonomi rakyat

Kuala Lumpur,10.Mac.2009-Bajet Mini tahun 2009 atau Pakej Rangsangan kali yang ke-2 telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Hj. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Parlimen.

Dalam tempoh tahun 2009 hingga 2010 sejumlah RM60Billion diperuntukkan bagi memulihkan dan merangsang ekonomi negara.Kelembapan ekonomi ini melibatkan negara-negara Amerika syarikat,U.K,China,India dan lain-lain lagi. Ekonomi dunia mengucup sebanyak 5% disebabkan nilai eksport berkurangan terhadapan permintaan dunia merosot.Eksport komoditi dari Malaysia seperti minyak sawit dan gas permintaan menurun. Pelaburan Asia semakin berkurangan disebabkan faktor pelabur berhati-hati dengan kelembapan ekonomi dunia.Kejatuhan pasaran dunia menyebabkan kejatuhan pasaran di Malaysia.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib membentangkan pakej rangsangan kali ke 2 dengan memberi tumpuan kepada 4 faktor utama iaitu: 1.Membantu Mengatasi penggangguran dan memberi peluang pekerjaan 2. Membantu Rakyat 3. Membantu Sektor Swasta menghadapi krisis ekonomi 4. Membina keupayaan masa depan.

YB. Hj. Salleh berkata ” Kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana Bajet Mini 2009 mengambil langkah untuk membantu rakyat bagi membangunkan ekonomi dan keamanan dan kedamaian sejahtera rakyat.Sektor Swasta telah diberi nafas baru untuk meneruskan usaha mereka.RM 60 billion dapat menyelesaikan masalah dan mengimbang semula ekonomi negara.

Pelaksanaan pakej ini akan sentiasa dipantau seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri.RM10billion telah diperuntukkan untuk membantu rakyat.163ribu peluang pekerjaan dan latihan kepada graduan