Archive for April 2009

TRANSFORMASI 1SILAM:MISI DAN VISI 2009-2034 [ GO-Q2-STORM-UP7 ]

April 29, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MISI DAN VISI

GO – Q2 – STORM – UP7

G – GEMILANG

O- OPERASI

Q-GUALITI DAN KUANTITI

 

S-STRATEGI

T-TERBILANG

O-OREINTASI

R-RANGSANGAN

M-MINDA

U-UNTUNG

P1-PERPADUAN

P2-PENDIDIKAN

P3-PERHUBUNGAN

P4-PEREKONOMIAN

P5-PELANCONGAN

P6-PEMODENAN

P7-PERBANDARAN

Misi dan Visi yang saya perkenalkan khususnya dalam membangunkan modal insan ke arah keterbilangan sebagai 1bangsa yang berdaya saing,proaktif,optimistik,dinamik,kreatif dan berinovatif. Saya merancang,menelaah,berfikir dan melihat jauh kehadapan apakah perubahan-perubahan yang telah saya bawa,kecapi,warnai dan ole- ole untuk rakyatku yang inginkan perubahan dan inginkan kendiri mereka diberi suntikan paradigma dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar ini.

p4250014p3220093gambar-yb-1p7130369

Saya telah di pilih dan di pinjamkan amanah untuk rakyatku di dahulukan dalam pembangunan melibatkan kampung-kampung,kemudahan asas masjid,dewan,padang,bekalan elektrik,air,jalan raya berturap mahupun gravel,kemudahan boat dan enjin bagi persediaan banjir,mesin jahit dan pengisar bagi kegunaan wanita sebagai nadi kejayaan sesebuah keluarga dan institusi,melawat kampung-kampung dengan mengenalpasti masalah rakyatku untuk dimasukan dalam rekod perancangan dan pembangunan Parlimen Silam.

Sepanjang 1tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat Parlimen Silam saya telah masuk dari sebuah kampung ke sebuah kampung bagi melihat sendiri masalah rakyatku yang sememangnya masih ada lagi dalam kelompok miskin tegar dan miskin sehingga untuk makan pagi kais pagi makan petang kais petang dan lebih memeritkan mata memandang masih terdapat sekumpulan kecil masyarakat masih dibelenggu kemiskinan sehingga makan tengahari hanya berlauk kelapa tua.Saya mesti membuat perubahan dengan menyenaraikan penama ini dalam kalendar projek rumah PPRT.Alhamdullillah setelah hampir sebulan 2 akhirnya rakyatku telah menerima rumah PPRT dan saya gembira kerana mereka dapat hidup dengan aman,selesa dan bahagia dengan pembinaan rumah ini kelak kehidupan mereka akan bertambah baik.Pemberian PPRT kepada masyarakat Cina adalah kerana mereka rakyatku warganegara Malaysia layak diberi bantuan sama seperti sukukaum yang lain.Jangan ada di antara kita merasa tersisih dalam arus pembangunan dikawasan yang saya jaga.Saya bercita-cita untuk memperkayakan rakyatku dengan pelbagai pembangunan samada pembangunan di kawasan Laut,udara mahupun darat.Perjuangan harus diteruskan bagi pembelaan dan pembangunan modal insan terbilang 1silam,1unity 1love.

8 Nilai 1Malaysia – Bahagian 7: Pendidikan

April 29, 2009
copy dari 1malaysia

 

Visi saya tentang 1Malaysia termasuk juga tentang negara yang rakyatnya telah mengayakan kehidupan mereka melalui usaha mendapatkan dan menggunakan pengetahuan secara positif. Proses pendidikan seumur hidup yang dilakukan di dalam dan luar bilik darjah akan membentuk rakyat Malaysia yang berupaya berfikir dan bertindak tanpa terlalu mementingkan diri sendiri, malah lebih mementingkan masyarakat setempat mereka.

Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pandangan saya terhadap Pendidikan sebagai satu nilai 1Malaysia. Anda juga boleh membaca transkrip di bawah.

PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Maka apabila anda bercakap tentang pendidikan dan pengetahuan, ia mesti dilihat dalam konteks holistik. Ia juga mesti disepadukan dengan nilai. Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Jika anda hanya berharap kepada buku teks formal, anda tidak akan menimba ilmu sebagaimana sepatutnya. Tetapi jika diri anda berbudaya membaca, tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet, maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Dan saya ingin melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.

Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalm negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untruk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masaalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa China akan memasuki sekolah China dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.

 

SARAPAN : UDARA SEGAR AIR TERJUN MADAI

April 28, 2009

assalamualaikum dan Salam sejahtera

Apa khabar rakyat P188 Silam ? Saya mendoakan anda semua sihat walafiat dan saya berdoa semoga Allah SWT memberi rahmat,perlindungan dan kegemilangan dalam mencari nafkah,pencarian hidup dimuka bumi yang kaya ini. Kepada anda yang baru berkunjung ke Parlimen Silam,anda ingin merasa suasana udara yang segar ketika sarapan pagi jom jalan-jalan ke Restoran udara segar dekat Air Terjun Madai,Kunak.

p4220001

p4220005p4220010p4220020p4220012p4220025

 

 

 

 

 

 

Air Terjun Madai adalah kawasan yang kaya dengan udara bersih,flora dan fauna.Kepada pengunjung yang datang ke kawasan ini akan dapat menikmati pemandangan yang sungguh indah dan nyaman. seketika anda berada di sini melihat air terjun madai yang bersahut-sahutan dengan tempias titik-titik air asli,menghiasi pelangi merdu yang bersahut-sahutan jatuh menerja ke dasar bawah air dan memantul semula ke udara setelah terkena batu-batu berkilauan. Sesaat melintasi jambatan gantung memegang pada pokok raja setia bertahun-tahun lamanya melayan karenah manusia berkunjung melihat kayu besar yang kukuh dan tegap berdiri menjadi simbol kekayaan Madai dalam hutan simpan,ditemani siulan dan kicauan burung,dendangan monyet dan lain-lain lagi. Saya yakin, masalah atau tekanan kerja,sosial dan lain-lain lagi akan dapat dileraikan di dedaun pokok yang mampu menyerap ke minda manusia agar dapat menghalusi kehidupan seharian.

Selamat berkunjung ke Taman Idamanku Air terjun madai sejuta ketenangan menyaksikan titis-titis air yang bersahut-sahutan memancar ke udara bersama dedaun kehidupan.

PELAJAR TERBILANG: USAHA DAN YAKIN CEMERLANG

April 26, 2009

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera

p4220108

Saya ingin mengucapkan sejuta kalung penghargaan dan terima kasih kepada ke tiga-tiga sekolah menangah kebangsaan yang telah berjaya menganjurkan program ini yang menjadi teras dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan modal insan. Tindakan kerajaan mengadakan program ini akan dapat mempertajamkan minda kita bagi mengenalpasti masalah dan diatasi dengan kadar segera.

Kita amat berbangga tinggal di negara yang mempunyai penduduk pelbagai suku kaum,ethnik dan agama.Keunikan ini menyebabkan dunia memandang negara kita sebagai sebuah negara destinasi pelancongan bertaraf antarabngsa.

Kejayaan yang cemerlang merupakan satu hadiah kepada kendiri kita untuk menggapai kejayaan di masa akan datang.Marilah kita berazam agar peranan guru yang mendidik anak-anak merupakan sati tanggungjawab yang harus dipikul bagi membentuk kanak-kanak yang proaktif dan dinamik.

p4220141p4220048p4220076p4220031p4220043p4220156p4220103

8 Nilai-nilai 1Malaysia – Bahagian 6: Meritokrasi

April 26, 2009

 

Sepertimana yang diterangkan dalam nilai-nilai 1Malaysia yang telah saya perkenalkan sebelum ini, Meritokrasi harus difahami dan dibentuk mengikut faktor-faktor sosial dan ekonomi di Malaysia. Untuk mendalami nilai ini, klik di sini untuk video pandangan saya mengenai Meritokrasi atau baca terjemahan transkrip di bawah.

MERITOKRASI

Pada dasarnya semua orang tahu makna perkataan ini dan prinsip meritrokrasi, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritrokrasi bukan saja satu prinsip yang mulia, tetapi satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat. Sejak awal lagi saya telah membincangkan tentang budaya kecemerlangan dan satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritrokrasi. Jika anda memberikan penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada orang yang terbaik untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut. Mereka perlu memberikan yang terbaik. Pada saya setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, saya mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya. Jika anda menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritrokrasi ini, pada saya ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk kita memaksimakan potensi Malaysia.

Tentang langkah kerajaan ke arah meningkatkan meritrokrasi

Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritrokrasi. Sebagai contoh, pemerolehan kerajaan. Sewajarnya kita memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerana melalui persaingan pembidaan, peluang kita memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan, contohnya. Prinsip penswastaan sekali pun, sebahagian daripada permasalahan yang dihadapi tentang asas pengswastaan di masa lalu, ketika kita terlalu kurangnya pengetahuan tentang bagaimana untuk melaksanakan pengswastaan, pada permulaannya kita telah menggunakan prinsip siapa dulu dia dapat. Makanya jika anda mempunyai gagasan anda akan diberi peluang tersebut. Tetapi kenyataannya, memandang kebelakang adalah lebih baik untuk kita mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang kita hendak swastakan dan membukanya untuk pembidaan. Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh kerajaan. Jelaslah terdapat contoh-contoh khusus tentang bagaimana meritrokrasi boleh digunakan.

 

HOMESTY: KAMPUNG MENARIK DAN MENGUNTUNGKAN 1SILAM

April 26, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang maha kaya lagi maha mengetahui,selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,para sahabat,kaum muslimin dan muslimat.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya ingin memohon maaf kepada kaum muslimin dan muslimat,sepatutnya program ini diadakan pada 24 April 2009.Oleh sebab jemputan daripada Ketua Menteri Sabah bagi meraihkan kemenangan Majlis Tertinggi maka saya telah berbincang agar tarikh ini ditunda pada malam ini.

p4250357p4250306p4250388p4250390p4250416p4250269p4250293p4250296

Masjid atau Surau merupakan tempat ibadah yang diamalkan oleh umat Islam sedunia.Masjid memainkan peranan dalam pengembangan ajaran Islam dan pusat ilmu dan dakwah.Namun berbeza dengan apa yang berlaku hari ini,masjid hanya digunakan untuk sembahyang sahaja,sepatutnya diperluaskan fungsi sebagai pusat ilmu,aktiviti-aktiviti seperti dilaksanakan dikampung ini pertandingan Azan,Hafazan surah Al-Fatihah dan lain-lain lagi.Saya ucap Syabas dan tahniah kepada kampung ini yang komited menyemarahkan masjid atau surau demi melahirkan generasi yang cintai perpaduan,muafakat,bersatupadu dan amalan gotong royong.

Saya berbangga kerana terdapat anak kita dari kawasan Tungku yang akan bertolak ke Beijing untuk melanjutkan pelajaran.Ini merupakan satu kebanggan kita bersama.Marilah kita sama-sama mempastikan agar pendidikan sempurna dikalangan anak-anak tercapai dengan cemerlang supaya generasi masa akan datang dapat merobah dan berubah demi keagungan dan kesucian agama Islam yang melihat umatnya cemerlang dalam hidup dan wujud satu kampung yang bersih,bergotong-royong dan bersatuadu dalam merencana keterbilangan rakyat.Kampung ini juga mempunyai potensi luas dalam industri pelancongan yang berasaskan homesty.Amalan hormat-menghormati antar satu dengan lain masih kukuh dan kuat berpegang dengan tradisi kampung.

Saya berdoa semoga kampung ini menjadi contoh sehingga boleh membawa pelancong menginap dirumah-rumah tradisi kita dan ini adalah peluang penjanaan ekonomi dalam keluarga malahan kepada Parlimen Silam,Sabah dan negara kita.

 

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

DUTA KEAMANAN PBB

ULANGTAHUN 1SILAM :PEJABAT PARLIMEN P188 SILAM

April 25, 2009

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,para sahabat dan kaum muslimin dan muslimat.Sebagai manusia biasa yang menjadi khalifah dimuka bumi suci ini, kita perlu muhasabah kendiri,taat perintah dan ukhwah antara sesama manusia tanpa mengira warna kulit hitam putih,bekerja,bekerja,bekerja demi kemaslahatan manusia dimuka bumi ini.

p4250012p4250128p4250229p4250243

 

 

 

 

 

 

p4250005p4250016p4250046

Kawasan Parlimen Silam meliputi Tungku,Lahad Datu dan Kunak mempunyai daftar pemilih seramai lebih kurang 43 ribu orang.P188 Silam merupakan pengundi yang paling ramai dikawasan luar bandar.Kawasan saya amat kaya dengan rahmat Allah SWT.Kawasan Silam merupakan penempatan awal manusia. Ini dapat dibuktikan dengan kedatangan Islam yang bermula disini.Kita yang tinggal dikawasan silam ini amat bertuah dan perlu memelihara kekayaan silam yang dianugerahkan Allah SWT.

Ybhg Salim Bacho pernah berkata kepada saya banyak cakap banyak salah,kurang bercakap kurang silap dan tidak bercakap tiada salah.Sebagai generasi masakini perlu mengkaji dan merenung semula agar nilai murni dan budaya dkkekalkan.

365 hari genap setahun pejabat perkhidmatan P188 Silam beroperasi dengan jayanya.1silam.1unity1love akan dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan kelak.Terima kasih.

YANG BERHORMAT KELONOL KEHORMAT TUAN HJ. SALLEH HJ. KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

DUTA KEAMANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

8 Nilai-nilai 1 Malaysia – Bahagian 5: Kesetiaan

April 24, 2009
copy dari 1Malaysia

 

Saya percaya bahawa kesetiaan merupakan satu nilai penting yang sering disalahtafsir dan disalahguna. Untuk mengetahui pandangan saya tentang kesetiaan sebagai salah satu daripada 8 nilai utama 1 Malaysia, klik di sini untuk menyaksikan video atau baca terjemahan transkrip di bawah.

KESETIAAN

Pada saya kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting. Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda dengan seorang yang lain. Tetapi saya juga mentafsir kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga menjadi kesetiaan membuta tuli. Pada saya di dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, pentadbiran kerajaan, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, dalam erti kata perlakuan pemimpin tersebut, komitednya pemimpin kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu anda hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan. Saya sudah tentu akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina contohnya, malah kritikan yang pada saya adalah diperlukan. Tetapi kesetiaan juga hendaklah disertai dengan keupayaan. Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi melupakan kenyataan bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting, tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga.

Ya, pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh dari segi perhubungan peribadi, yang mana anda boleh melakukan apa saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu adalah salah. Pada saya ia adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau sama ada di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.

 

1MALAYSIA :PELAJAR SMK KUNAK BOOK OF RECORDS 1,280KM

April 23, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS
TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH

p4220182p4220186p4220197p4220202p4220212p4220259p4220250

1.Saya amat kagum dan berbangga dengan inisiatif Sekolah Menengah Kunak negeri dibawah bayu yang TERBILANG dalam penganjuran Cabaran Relay 40 x 400M tanpa henti selama 120jam atau 1,280km.Program ini telah bermula dari 17hb-22hb April tahun 2009.Program ini anjuran Kelab Olahraga SMK Kunak dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kunak.

2.Sebagai sebuah sekolah impian yang bakal melahirkan generasi pelajar dinamik,inovatif dan berdaya saing, Kelab Olahraga dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG SMK Kunak, mencatatkan satu ciptaan rekod baru untuk dimuatkan dalam “Malaysia Book Of Records” melalui Cabaran Relay 40 x 400m Tanpa Henti Selama 120 jam atau 1,280km.

3.Tujuan utama program ini adalah untuk memartabatkan nama SMK Kunak dan mencipta nama sebagai pelari relay 40 x 400m selama 120 jam tanpa henti dalam “Malaysia Book Of Records”. Program ini juga merupakan satu landasan ke arah ketahanan jati diri, keterampilan dan semangat juang yang tinggi serta tabah menghadapi segala cabaran.

p4220252

4.Sebagai rakyat dikawasan Parlimen Silam,sudah pasti kita merasa bangga kerana anak-anak kita seramai 40 orang telah mengharumkan nama baik sekolah bukan hanya di Parlimen Silam malahan peringkat Sabah dan negara kita. Bagi saya program ini adalah juga hadiah khas buat YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia.

5.Saya ingin mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa induk Cabaran Relay 40x400m Tanpa Henti Selama 120 jam atau 1,280km.

Penaung
Encik Mohamad Tan bin Bacho
Penasihat Khas
Encik Zahari bin Lorong
Encik Umar Bin Katek
Encik Engku Kangon
Penasihat Program
Cik Norsiah Abdullah Ong
Pengarah
Encik Vin Raj A/L Santhanadass
Timbalan Pengarah
Encik Julani Bin Samin
Setiausaha
Cik Nariah Binti Sahdua
Bendahari
Cik Noor Aziah Binti Mohd Hashim
Fisioterapi
Encik Mide Bin Teppo

AJK Teknikal dan Catatan Rekod
Encik Che Wan Jefri bin Che Wan Johar
Encik Fairuz Nadzif bin Che Mohamad
Encik Jamlee AK Silem
Encik Mohd Ezrie bin Abd Majid@Jammal

Semoga dengan usaha murni dan baik ini mendapat rahmat 1silam ke mercu Transformasi 1malaysia yang Terbilang di arena sukan dan pendidikan.

Sekian, terima kasih

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

DUTA KEAMANAN PBB (UPF)

‘Usah utamakan protokol jumpa rakyat’

April 21, 2009

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menasihatkan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu mengutamakan protokol serta majlis sambutan besar-besaran ketika turun bertemu dengan rakyat.

“BN mesti berani berubah dan melihat persekitaran politik pada masa kini, kita janganlah datang dengan bunga manggar, kompang dan sebagainya, ketika hendak bertemu rakyat.

“Lebih elok, kita bersama-sama dengan rakyat dan berdamping dengan mereka tanpa sebarang protokol, ia lebih mesra rakyat,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Komponen BN Johor, malam tadi.