PENYUSUNAN MASYARAKAT SETINGGAN DI SELURUH NEGARA DI DUNIA:YB. SALLEH DUTA UPF DI NAIROBI,KENYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Dari Saya di NAIROBI KENYA.

 sallehumno3

Saya berdoa kehadrat Allah SWT semoga rakyat Malaysia berada dalam keadaan sihat,aman,selamat dan tenteram bersama keluarga,sahabat karib,bersama rakan sejawat,dalam pekerjaan,mengurus dan mentadbir peringkat kampong,daerah,negeri dan Negara.

Saya sekarang berada di NAIROBI KENYA bersama kumpulan atau rombongan UN-HABITAT. Saya mewakili rakyat Malaysia untuk melihat,mengkaji,membantu,menganalisis,merancang dan merealisasikan matlamat visi dan misi program dibawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dari Negara Malaysia kami hanya 5 orang sahaja yang dihantar ke Nairobi bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk disini.

kenya8kenya7kenya1kenya5kenya9kenya12kenya11kenya19kenya22

Tema program UN-HABITAT bagi misi kali ini ialah “For Better Urban Future”.UN-HABITAT adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berperanan dalam penyusunan dan penempatan masyarakat di seluruh Dunia tentang SETINGGAN dimana melalui badan ini akan berusaha untuk menyelesaikan masalah setinggan dan membuat analisa komplet dan sistematik. Saya dan rakan-rakan di Nairobi ini akan membuat perancangan bagi mempastikan masalah SETINGGAN dapat di atasi dengan bantuan dan kerjasama dari agensi kerajaan.

Saya ingin menyatakan kepada saudara dan saudari,sahabat dan seluruh warganegara Malaysia bahawa kita di Negara Malaysia amat beruntung dan bertuah hidup aman dan damai,sejahtera kehidupan di Negara kita adalah amat membanggakan dan walaubagaimanapun kita berada di Negara orang tetapi kita lebih menyayangi Negara kita sendiri kerana tanah air kita sebenarnya jauh lebih baik berbanding Negara-negara yang saya lawati sekarang.

Memfokus kepada Pembangunan di Nairobi Kenya dan Negara Afrika yang lain adalah terlalu jauh ketinggalan dan masih lagi mundur.Sebagai sebuah kerajaan Barisan Nasioanal yang mentadbir Negara Malaysia adalah terbaik dan jauh lebih maju dan adil.Sebenarnya pemimpin-pemimpin dari Nairobi Kenya ingin menjadikan Negara Malaysia sebagai contoh dan roel model dalam pembangunan Modal Insan,Pendidikan,Perpaduan,Pembangunan dan kejayaan Negara kita merealisasikan misi dan visi sebuah Negara yang telah melangkah untuk maju yang standing dengan Negara-negara maju didunia.

Saya juga ingin mengucapkan syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak yang akan memikul Amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Parti UMNO.Saya Yang Berhormat Haji Salleh Bin Haji Kalbi menyokong 100% penyerahan kuasa dan perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada Dato Seri Mohd Najib. Saya berpendapat dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib kelak akan dapat memulihkan semula kepercayaan orang-orang melayu malahan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum Melayu,Cina dan India termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga ingin menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya di kawasan Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S Ganesan, 49, adalah yang terbaik untuk mewakili dan membawa perubahan kepada penduduk kawasan ini. “Saya amat yakin calon BN Ismail Saffian yang juga anak tempatan mempunyai kebolehan untuk meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat dan negeri,” MALCOLM Mussen Lamoh, anak tempatan pilihan akar umbi menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak, agar pengundi-pengundi di tiga-tiga kawasan pilihanraya kecilsekarang ini tidak berfikir banyak, marilah kita mengundi Calon Barisan Naisonal demi Perpaduan,Pembangunan dan Kestabilan negara.

Negara Malaysia dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak kelak, akan membawa negara melangkah ke tahap yang lebih maju dalam bidang ekonomi melalui mini bajet RM60 Billion akan dapat mengatasi kegawatan ekonomi dalam negara dengan cepat dan pantas,bidang Sosial akan lebih gemilang bagi perpaduan bangsa Malaysia,bidang Pendidikan menjadi pemacu kecemerlangan Modal Insan dan keterbilangan dalam politik Barisan Nasional  di masa akan datang. Marilah kita rapatkan barisan sebagai rakyat Malaysia melangkah ke arah kejayaan demi tanah tumpah tercinta.

Saya ingin ucapkan Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas dan salam perantauan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia,Syabas,Syabas,Syabas Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.Salam perantauan kepada Yang amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman ketua Menteri Sabah,Ahli-Ahli Parlimen Malaysia,Sabah dan Sarawak dan sahabat-sahabat sekalian.

Sekian, terima kasih

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP

DUTA KEAMANAN PBB

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: