Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perpaduan Salam Perjuangan
Saya bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurnianya peralihan kuasa jawatan nombor satu Perdana Menteri Malaysia berjalan dengan lancar apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan, agar program istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri diadakan jam 10 pagi esok di Istana Negara merujuk maklumat daripada kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Berdasarkan maklumat yang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Mohd Sidek berkata, Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka jam 10 pagi tadi untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.
Katanya lagi,Perdana Menteri memaklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam bahawa Seri Paduka sudah memberi perkenan itu ketika beliau menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat mingguan Kabinet.
“Yang di-Pertuan Agong juga sudah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara.
Jutaan terima kasih kepada Pak Lah yang berjasa besar dalam mengangkat martabat bangsa dan negara dalam pembangunan yang lebih seimbang dan terancang.Jasa dan pengorbanan Pak Lah tetap kami hargai dan sanjung tinggi dan kagumi.
Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia marilah kita berdoa di hari yang penuh berkat DAN BERSEJARAH ini, semoga Yang Aamt Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak diberi kekuatan,kesihatan dan mendapat perlindungan ALLAH SWT, semoga negara yang kita sayangi ini melonjak ke arah Keterbilangan yang luar biasa dan menjadi satu rekod baru bagi negara kita.Amin.
Saya SALLEH KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM menyokong penuh YAB DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA BARU.Saya akan bekerja bersama-sama bagi membangunkan Modal Insan,ekonomi,politik,sosial,perpaduan bagi menjana Bangsa Malaysia ke arah Transformasi Keterbilangan Bangsa Maju setanding dengan negara-negara maju di dunia.
Sekian, terima kasih
Glokal Memacu Keterbilangan Bangsa Malaysia
YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI
AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP
DUTA KEAMANAN PBB
Tinggalkan Jawapan