TERIMA KASIH PAK LAH, SYABAS KEPADA DATO’ MOHD NAJIB MENERAJU NEGARA KE ARAH KETERBILANGAN.

TERIMA KASIH PAK LAH, SYABAS KEPADA DATO’ MOHD NAJIB MENERAJU NEGARA KE ARAH KETERBILANGAN.

dato-najib

Islam Hadhari, Modal Insan Ke arah Perpaduan Bangsa Malaysia

Saya benar-benar terharu dan kagum dengan keikhlasan YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi yang akan menyerahkan tugas dan tanggungjawab  Perdana Menteri Malaysia kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun abd. Razak. Peralihan kuasa jawatan ini,menjadi satu tradisi Parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional untuk menamakan calon pengganti beliau.Unik dan indahnya,peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan licin rakyat seperti biasa menjalankan kerja rutin harian,Negara dalam keadaan aman dan damai.

Jasamu dikenang YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi yang Berjaya membawa Negara Malaysia kearah yang gemilang. Perlaksanaan konsep Islam Hadhari dan program pembangunan Modal Insan selepas mengambilalih kepimpinan Negara daripada Tun Dr. Mahathir dilihat seluruh rakyat Negara ini sebagai amat tepat dalam menyempurnakan misi dan visinya sebagai menyeimbangkan sisitem pengurusan pembangunan Negara ke arah Negara maju.

p188-silam

YAB Dato’ Seri Abdullah menyediakan suatu formula yang berkesan menerusi penerapan perlaksanaan konsep Islam Hadhari yang mengandungi 10 prinsip untuk mengatasi pelbagai kelemahan masyarakat melayu dari konteks berfikir dan bertindak bersama. Perjuangan membangkitkan semangat generasi faska merdeka, samada dari aspek keagamaan,social,pendidikan,persekitaran dan pertahanan hinggalah terhadap soal ekonomi masyarakat ini.

Berdasarkan analisis yang saya jalankan, program pembangunan modal insane sebagai salah satu kejayaan bangsa Malaysia dalam pembangunan dana yang besar.Pendekatan ini berperanan memajukan rakyat dan Negara dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang diwakili oleh pelbagai parti, agama dan bangsa.

TRANSFORMASI BERSEPADU YAB DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BARU KE ARAH MENJANA KETERBILANGAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA.

najib2agung7

Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,

Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,

Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,

Peralihan kuasa kini sudah menjadi Realiti, Dato’ Seri Abdullah akan menyerahkan tugas Perdana  Menteri Malaysia kepada Dato’ Seri Mohd Najib bagi mengangkat dan memperkasa perjuangan memulih dan menterbilangkan Negara kepuncak “GLOKAL”.Saya yakin prestasi dan kewibawaan Dato’ Seri Mohd Najib yang sentiasa inginkan perubahan kearah postiif dan proaktif dan berpandangan jauh kehadapan bagi meletakkan Malaysia Terbilang dalam menghadapi arus dan era globalisasi dan liberalisasi.

Dato’ Seri Mohd Najib telah dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 7 januari tahun 2004, kurang sebulan sebelum BN menghadapi Pilihanraya UMUM serentak Mac 2004, mampu memperlihatkan kematangan beliau sebagai pemimpin parti yang diwarisi dawal politiknya aripada ayahandanya yang merupakan bekas Perdana Menteri ke 2, Tun Abdul Razak Hussein yang kembali ke Rahmatullah 14 januari, 1976.

Ahli Parlimen Pekan ini yang memiliki Ijazah Sarjana Muda di bidang ekonomi daripada kolej Lelaki Malver, Worchestershire,England memang mempunyai bakat dan pengalaman besar dalam bidang politik serta kepimpinan Negara.

Bagaimanapun keriar politik beliau hanya bermula selepas pemergian ayahandanya. Pemergian Allahyarham juga memberikan hikmah besar kepada beliau untuk menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pekan ketika beliau baru berusia 23 tahun.

Usia termuda selaku Ahli Parlimen tidak menghalang Dato’ Seri Mohd Najib untuk mendapat kejutan besar dalam pembabitan awal politiknya apabila hanya dua tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978, juga satu sejarah lantikan termuda ke jawatan itu pada usia 25 tahun. Kemudian pengalaman yang cukup buatnya, membolehkan Datuk Seri Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang di negeri kelahirannya pada tahun 1982 hingga 1986, juga satu lagi sejarah pelantikan termuda buat usia sedemikian dalam Negara.

Bentuk kepimpinan yang sederhana dan terlatih beliau ke jawatan itu jugalah yang mengangkat Menteri Besar Pahang itu menganggotai cabinet persekutuan di bawah perlantikan dan tanggungjawab Tun Dr. Mahathir.

Sebelum itu, Dato’ Seri Mohd Najib pernah menjawat Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan pada 1980-1981 dan Timbalan Menteri Kewangan pada 1981-1982.Dato’ Seri Mohd Najib memulakan tugas sebagai menteri di kementerian Kebudayaan, Belia dan sukan pada tahun 1986-1988,Menteri Belia dan Sukan 1988-1990,Menteri Pertahanan 1990-1995, Menteri Pendidikan 1995-1999 dan kembali ke Kementerian Pertahanan sejak tahun 1999 hingga beralih pula ke jawatan Menteri Kewangan.

Perjuangan dalam Parti UMNO,beliau memulakan keriar politiknya selepas dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan Exco Pemuda UMNO pada tahun 1976. Beliau kemudiannya dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Dato Seri Mohd Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokthar Hashim mengosongkan jawatan itu. Pada tahun 1987, beliau dipilih sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan menjadi ketuanya pada tahun 1988.Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada tahun 1993,1996 dan tahun 2000.

Selepas setahun Dato’ Seri Mohd Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO yang sekaligus menjadi Timbalan Pengerusi BN itu memperlihatkan kematangan politiknya apabila mampu membangkitkan idealism baru dalam perjuangan mempertahankan dominasi politik dan pembangunan melayu menerusi ucapannya bertajuk Menjana Melayu Glokal ketika melancarkan seretnatk Mesyuarat Agung Pergerakan, Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia 19 Julai 2005 di Bangunan PWTC, di ibu Negara.Ucapan bertajuk “Menjana Minda Melayu” dan “Memacu Minda Melayu” Dato’ Seri Mohd Najib telah menggariskan lima teras utama kea rah penyuburan fikiran sebagai kunci kejayaan.Minda melayu digerakkan melalui pemantapan kepimpinan transformasi,bekerja sebagai satu pasukan, menjayakan agenda Melayu,mempertahankan akidah dan memastikan kecemerlangan generasi muda. Keupayaan minda yang hebat katanya, membolehkan pelbagai masalah digarap dan dicerap secara lebih intelektual,rasional dan berstrategi. Katanya lagi, minda orang melayu wajar diasah dan diasuh sepanjang masa agar mereka berfikiran matang bagi menjauh pertelagahan,mencintai keharmonian dan mencintai kegemilangan.Hanya dengan kerangka minda dengan betul,bangsa Melayu dapat berhadapan dan bersaing pada peringkat global serta mencabar.

Kerajaan dan UMNO mahukan puluhan ribu peguam,doctor,akauntan,arkitek, dan jurutera melayu yang memiliki kelayakan professional dalam bidang strategic bagi mencapai status pakar bertauliah. Maka wanita,pemuda dan puteri mestilah cekal menterjemahkan harapan dan suara hati umat melayu ini;kata Dato’ Seri Mohd Najib.

Saya menyokong penuh peralihan kuasa, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak sebagai Perdana menteri Malaysia baru bagi merealisasikan keterbilangan Bangsa dan Negara Malaysia.

 

Sekian, terima kasih

Kepimpinan Berteraskan Modal Insan

Kasih Sayang Mengeratkan silaturrahim dan Perpaduan

Selamat, Aman Dan Makmur

 

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP

DUTA KEAMANAN PBB (UPF)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: