transformasi besar berteraskan semangat ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ : SALLEH,DUTA UPF di NAIROBI,KENYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam sejahtera

1- Bebaskan 13 tahanan ISA
2- Kaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri
3- Tarik balik larangan Harakah, Suara Keadilan

TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT selawat ke atas junjungan nabi Muhammad SAW para sahabat dan kaum muslimin dan muslimat, salam sejahtera kepada rakyat Malaysia semoga negara yang kita sayang ini mendapat rahmat,perlindungan,keamanan,keharmonian dan perpaduan yang jitu dan bersepadu dalam merealisasikan misi dan visi kerajaan untuk mencapai sebuah negara maju agar setanding dengan negara-negara maju di dunia.

Saya ketika ini berada di Nairobi,kenya untuk misi lawatan KEAMANAN bagi tujuan UN-HABITAT dalam merencana satu dimensi baru bagi menyusun semula masyarakat setinggan yang masih lagi menjadi topik masyarakat dunia sehingga kini.Dalam lawatan saya ini,kehidupan masyarakat di Nairobi amat memerlukan bantuan daripada pihak negara-negara yang maju agar kehidupan mereka boleh beruah dan paksi arah disini adalah amat dhaif.

Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana negara Malaysia yang kita sayang jauh lebih baik dan maju,moden serta amat menitikberatkan kepentingan rakyat semua kaum,perpaduan yang utuh,hidup aman dan damai,kemajuan teknologi canggih,peluang pekerjaan yang luas dan rakyat bersatu padu membangunkan negara.Saya ucap syabas kepada rakyat Malaysia yang benar-benar sayang kepada keamanan,keharmonian dan perpaduan.

dscn6902

Saya ucap syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas dan tahniah,tahniah,tahniah,tahniah,tahniah,tahniah,tahniah kepada YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6 memulakan pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta membuat kajian semula terhadap akta itu.Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan menerusi TV1 malam tadi, Najib turut mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, berkuat kuasa serta-merta.

 

Beliau berkata, pembebasan tahanan ISA dan penarikan larangan penerbitan akhbar parti pembangkang yang digantung permitnya bulan lalu itu bagi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa.

Tiga belas tahanan ISA yang dibebaskan itu ialah tujuh anggota Darul Islam Sabah iaitu Pakana Selama, A Artas A Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arasad Patangari, Idris Lanama dan Binsali Omar.

Turut dibebaskan dua pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), iaitu R Kenghadharan dan V Ganabatirau. Seorang lagi ialah anggota Jemaah Islamiah (JI), Wan Amin Wan Hamat.

Tiga lagi yang dibebaskan ialah warga asing yang ditahan atas kesalahan memalsukan dokumen keselamatan, Sundaraj Vijay dari India dan dua rakyat Myanmar, Amir Hussain serta San Khaing.

Saya menyokong penuh agar pembaharuan yang akan diperkenalkan kelak bagi menempa satu zaman baru demi menjelmakan kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Perdana Menteri Dato’ Mohd Najib berkata;”Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tiada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. “Kita juga akan merapatkan hubungan rakyat dan kerajaan bagi mengelak masyarakat dikelirukan atau diperdaya oleh permainan muslihat politik,” katanya.

Sambil mengajak seluruh rakyat untuk bersama melaksanakan transformasi besar berteraskan semangat ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ Najib berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat bagi membela nasib rakyat. Dato’ Najib berkata lagi;”Dalam situasi penuh mencabar ini, saya komited untuk memastikan kepemimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. “Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri mahu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan iktibar dengan pengajaran masa lalu berhasrat meneruskan agenda besar kerajaan membasmi kemiskinan, menstruktur semula masyarakat, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, serta meniupkan semangat generasi baru untuk berkhidmat kepada negara.

Najib berkata, dalam waktu terdekat ini, beliau akan bertukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.

Katanya, beliau akan mengambil inspirasi daripada dorongan Allahyarham bapanya untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya serta mengajak seluruh rakyat Malaysia memulakan satu langkah perjalanan hebat untuk negara.

Satu keterbilangan Perdana Menteri Malaysia ke-6 ini,dalam tempoh beberapa jam sahaja telah mencipta rekod merencana Transformasi bersepadu bagi merobah dan menjana perubahan ke arah satu Malaysia,Rakyat di dahulukan bagi mencapai fokus “SAYANG MALAYSIA

Sekian, terima kasih

 

YB. HJ. SALLEH HJ. KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

DUTA KEAMANAN PBB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: