BN MENANG BATANG AI:MALCOLM MUSSEN LAMOH 3,907 UNDI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam perjuangan

Saya mengucapkan Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas dan tahniah kepada calon Barisan Nasional

  Barisan Nasional BNPRS (PRS) Malcom Mussen Lamoh

bn3bn9

batang ai

batang ai

bn15Calon Barisan Nasional (BN) Malcolm Mussen Lamoh mengundi di Rumah Renggiev Bukon,di N29 Batang AI yang memenangi pilihanraya kecil dengan 3,907 undi.Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai apabila calonnya, Malcolm Mussen Lamoh memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 1,854 undi.

Mussen, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi untuk menewaskan ahli politik veteran Jawah Gerang, bekas Anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Pegawai pengurus pilihan raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada 7.45 malam.

Batang Ai, sebuah daripada kerusi DUN dalam Parlimen Lubok Antu, mempunyai 8,006 pengundi berdaftar, termasuk 43 pengundi pos.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Datuk Dublin Unting Ingkot memenangi kerusi majoriti kaum Iban itu setelah menewaskan Nicholas Bawin Anggat daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 860 undi.

Pada 24 Februari 2009, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot daripada Barisan Nasional (BN).[1] Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah, pada pukul 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar yang dialaminya sejak 22 Mei 2008.

Saya mengucapkan syabas kepada pengundi-pengundi yang memilih calon BN.Ini bermakna rakyat melihat hanya BN sahaja yang boleh membangunkan kawasan mereka.Keprihatinan kerajaan kepada rakyat tidak boleh dipertikai oleh pihak pembangkang yang telah membawa perubahan yang amat besar kepada rakyat.Rakyat amat bijak untuk memilih kerajaan yang boleh membawa lonjakan paradigma,sosial,ekonomi,perpaduan dan sebagainya.

YB. HJ. SALLEH HJ. KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: