<!–
By: Ramjit
–>
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan barisan kabinet baru pada 3 petang esok, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Sebelum itu, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 pagi untuk mendapatkan perkenan berhubung barisan kabinet tersebut.
Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.
Menurut kenyataan itu, majlis angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia oleh menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi Jumaat di Istana Negara.
Pembentukan barisan kabinet baru itu adalah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.
— BERNAMA
Tinggalkan Jawapan