Rumah pesara guru musnah dalam kebakaran di Kunak

terbakar1terbakar
KUNAK,9hb/April/2009 : Rumah seorang pesara guru di Kampung Sg.Atas, tiga kilometer dari pekan Kunak di sini musnah dalam satu kebakaran pada Khamis (hari ini). Bendie Tepou, 61 tahun – berbangsa Kokos yang tinggal bersama enam orang dirumah tersebut termasuk isterinya kehilangan harta benda yang dianggarkan ribuan ringgit.
     Bercakap kepada wartawan di lokasi kejadian, Bendie berkata rumah papan itu yang sudah berusia lebih 20 tahun merupakan tempat tinggal mereka sejak dulu lagi. 
“Saya hanya dapat menyelamatkan dokumen-dokumen peribadi keluarga .Semua harta benda di dalam rumah musnah sama sekali”, katanya sedih dengan kejadian tersebut. Menurutnya, ketika kejadian itu berlaku, beliau berada di rumah berdekatan dekat situ yang juga rumah anaknya. Hanya seorang anak perempuan beliau berumur 31 tahun sedang tidur di rumah yang terbakar itu tetapi anaknya sempat menyelamatkan diri kerana tersedar apabila mendapati ada api terbakar di bahagian sebuah bilik tidur. 
    Bendie bergegas untuk memadamkan api menggunakan air tangki yang ada di situ tetapi tidak berhasil kerana api cepat merebak. Difahamkan, kawasan di situ juga belum terdapat kemudahan paip bomba dan air paip graviti. 
Ketika kejadian berlaku, isteri dan seorang anak perempuannya yang sedang mengandung ke Klinik Kesihatan daerah Kunak pada pagi itu kerana menghadiri jadual pemeriksaan . 
    Bendie berkata, anak perempuannya yang mengandung itu terkejut dengan berita tersebut dan kemudian berkejar bersama isterinya balik ke rumah. Turut berada di tempat kejadian ialah Presiden Pembantu Kesihatan Awam negeri Sabah, Abdul Rahim Wahab yang kebetulan mengetahui kejadian tersebut. Kakitangan SESB juga terpaksa memotong sementara bekalan elektrik di kawasan berhampiran bagi mengelak berlaku renjatan . Turut berada di lokasi ialah Sarjan Mejar Norawi Ikok bersama seorang anggota Polis dari IPD Kunak .
        Sebuah jentera Bomba bersama anggota yang diketuai oleh Pegawai Penjaga Balai Bomba daerah, James Jalimbun berada di tempat kejadian untuk mengawal kebakaran. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 8.30 pagi . Setiba di sana, anggota hanya menggunakan air yang dibawa oleh kereta jentera pasukan itu kerana ketiadaan paip bomba dan paip graviti di kawasan berkenaan menyukarkan tugas pemadaman api. Bagaimanapun, rumah berhampiran terselamat daripada dijilat api. 
       Dalam pada itu, Bahagian Perhubungan Operasi Pejabat Ahli Parlimen P188 Silam di sini yang diketuai oleh Valentine Sebastian bersama Hamid Harun yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut  turut menyampaikan bantuan kilat berupa barang-barang keperluan harian termasuk makanan dan seumpamanya kepada ketua keluarga mangsa kebakaran itu, Bendie Tepou . 
Caption : Anggota Bomba bertungkus memadam kebakaran.
Caption: Valentine (kanan) wakil dari Pejabat Parlimen Silam – menyampaiakan bantuan kepada Bendie Tepou, 
               mangsa kebakaran di Kg.Sungai Atas 
               pada Khamis.
  
laporan Ibrahim, Kunak

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: